Saturday, 17 May 2008

Hari Bodoh Saya

i'm contemplating on 2 topics to blog about today; 1. buat tag cik puan nolie , 2. "the most stupid thing ever..."

harap ampun puan nolie because the urge to share with my blog readers about "the most stupid thing ever happen to me yesterday" lebih kuat. so, esok akan kubuat juga tag kamu itu... juga tag puan nad yang dah sebulan kuhutang.

The Most Stupid Thing Ever No. 1
i rushed out from the office during friday break yesterday sebab nak kejar pergi ke BSN to do some banking matters. lucky me sebab bsn tu dekat je dengan rumah so lebih kurang sama macam nak balik rumah seperti biasa di hari jumaat lah. the traffic was quite heavy kat terminal 3 subang semalam; i'm not in the mood to cut the queue (maklumlah hari jumaat semua jadi baik). sebaik aja melepasi traffic light tu di tengah2 jam tu tetiba 'gedebuk' ku rasa melambung skit dalam kereta. tengok cermin belakang nampak muka driver teksi cuak. serta merta hati rasa panas sebab seingatku ini kali kedua keretaku kena sondol kat lokasi yang sama. marah sesangat sebab kita merempit macam mana pun sedaya upaya elak langgar orang. kubagi signal sebelah kiri,sampai kat bus stop depan airod tu terus berhenti tepi, sambil2 tu toleh tengok teksi tadi, nampak dia pun macam nak berenti... sebaik je aku keluar dari kereta inspect bumper belakang, teksi tadi terus berlalu buat tak tahu... hampeh punya teksi. yelah walaupun bumper kereta aku tak suffer heavy damage tapi courtesy lah sikit dah ko tak pasal2 sondol. nasiblah ada kesan skit je tak calar...

The Most Stupid Thing Ever No. 2
sebab hati masih panas, duit yang kupegang ntah macam mana bleh bertaburan on the floor dalam bank... aduhhh malu... kena plak ada suara2 sumbang yang menyindir.

The Most Stupid Thing Ever No. 3
petangnya kat ofis while i was going down to the lower level, ntah macam mana boleh jatuh berpusing2 sampai melutut atas anak tangga. nak kata tergelincir tak pulak rasa licin...secara tiba2 masa jejak kaki kat anak tangga tu meluncur laju, sambil berdiri; sempat berpaut kat railing. masa dapat pegang railing tu rasa momentumnya macam dah stabil, tapi tak semena-mena badanku boleh berpusing (macam ice skater buat twist tu) 1 round, masa tu rasa macam dah tak boleh diselamatkan lagi, dalam hati berkata sure jatuh tersembam muka atas tangga... adoiii habislah my glassess pecah kena muka. tapi rupa2nya jatuh kedua2 lutut tersembam ... mak aiii sakitnya ... calar balar kaki ku... sejak petang semalam sampai today jalan terhincut2.

dengan 3 kejadian dalam satu hari, bolehlah ku rumuskan bahawa semalam adalah 'hari bodoh saya"... bak kata labu dalam cerita Labu Labi.

on the other hand, fahmi was doing well in school. since yesterday was teacher's day, i bought a box of farell's chocs wrapped in maroon wrapper complete with a ribbon for his teacher. baru tersedar petang semalam yang anakku dah bersekolah, so kena didik dia hargai & hormati cikgu. before he went to school this morning, mama dah pesan awal2 suruh dia bagi gift to kat teacher Intan dia. tengahari tadi masa hubby fetch fahmi, teacher dia delivered a good news about fahmi's progress. he'll be upgraded to level 2 starting next week. alhamdulillah... tak sia2 mama dia berhempas pulas perah idea nak bagi dia cepat ingat, hafal & menulis. thanks to hubby jugak for his effort while i'm away at work. btw, fahmi dah boleh melukis... the other day dia lukis bear mr bean tu sebijik... cuma kaki jer macam lidi & yang peliknya kenapa tang pusat dia buat obvious sangat?... *frown*

2 comments:

eiseais said...

hahaha...ni line from labu labi. used to memorise the script by heart...bapak saya kata hari ni hari bodoh saya...hahahha...

Liasari said...

wakakaka... tulah tak jumpa words lain to describe the whole incident in 1 day...