Wednesday, 10 September 2008

10 Ramadhan 1429H - Si Gebu

emm si gebu ni semerbak bau dia macam bau biskut raya pulak. teringat masa kecil dulu malam2 lepas berbuka kami 4 beradik mesti bersila keliling ma kononnya nak tolong terap doh kuih. tolonglah konon... patutlah my fahmi & yaya suka sangat nak 'tolong' tiap kali mama dia sibuk baking... menurun rupanya.

yang kat atas tu ialah roti bun burger. buat untuk makan berbuka esok. penyakit M dah datang, so berbuka esok maybe makan chicken burger je. since chicken pattie dah siap buat & bekukan, esok tinggal nak goreng jer... aduhhh senangnya kerja! bun burger kat atas tu ku uli guna tangan jer tapi kena adjust skit adunan dia sebab adunan asal untuk dibuat dalam breadmaker, since kita ni takde BM so kena pandai2lah adjust sukatan.

berbalik kepada cerita buat kuih raya zaman kanak2 dulu, i cannot imagine macam mana ma handle kami berempat yang suka menyibuk ni. tiap kali raya ma mesti buat biskut kacang, biskut bangkit santan bentuk itik - tugas kami titiskan pewarna merah sebagai mata itik, kuih siput manis dan mini kek cawan. mind you kek cawan my mom was a hit masa kat kuarters polis dulu... tetamu yang datang mesti tanyakan kek cawan, kalau ma tak buat mesti masing2 macam kehampaan.

tapi itu dulu lah... sekarang ni ma dah tak buat kuih lagi. i took over buat kuih raya masa i was 15yo... masa tu baru belajar buat kuih tart nenas kat kelas puteri Islam. lepas tu aku belajar buat kuih makmur dari jiran kami dan belajar buat lemon frosted cornflakes cookies dari keratan akhbar. jadinya sejak tu ma dah boleh concerntrate menjahit tempahan baju raya sebab anak dara dia dah boleh diharap buat kuih ;-)

but sejak 3 tahun kebelakangan ni aku dah tak buat kuih raya lagi. kalau tak dulu selalu buat untuk supply rumah ma. so kiranya ma terpaksa mulakan balik operasi buat kuih raya sendirian. takpe, insyaAllah akan kubuat juga walau satu jenis. selebihnya aku target nak buat moist fruit cake jer... toy baru dah ada kan? bila lagi nak bagi dia kerja keras? ;-)

4 comments:

Ami said...

lia uli pakai tgn eh,bagusnye..gebu jer bun tue.
ami tau campak2 dlm breadmaker jer,uli sendiri tak pernah try,bun burger pon belum penah buat jugak.

Liasari said...

hi ami,
ha'ah uli dgn tangan jer, kalau ada breadmaker mau jugak campak dlm tu senang kerja hasilnya pun tentu x menghampakan.
tahnks for dropping by...singgah selalu

nOLie said...

Lia...sama kita..rindu nak buat kuih raya dengan mak...dulu 10 jenis memang confirm...penoh meja..satu pun takde beli...macam macam rasa...satu malam boleh siapkan 3 jenis...sekarang dah takde dah...dah kawen..sibok ngan anak...mak pun takde ati nak buat sengsorang..so kuih tunjuk tunjuk jelah....

Liasari said...

tulah yang rindu nak buat kuih raya nolie. agaknya mcm ginilah yg mak kita rasa ms kita kecik... nak buat kuih takut ada yg mengacau... tak nak buat langsung tak best plak... baru kutahu