Thursday, 11 September 2008

11 September 1429H - Kisah Kuih 'Masuk Mulut Tak Boleh Bercakap'

harharhar... nak tergelak tengok hubby & kakak (my maid) tak larat nak habiskan chicken burger masa berbuka tadi. hubby cakap bun burger tu besar sangat! sebenarnya bun tu takdelah besar pun, cuma isinya padat tak macam bun kita beli kat kedai. tapi baguslah kan cepat kenyang dah tak payah makan benda lain.

kekadang rasa macam kenapalah kedekut sangat aku ni nak sediakan hidangan berbuka tapi bila fikir2 balik, tak semestinya mentang2 puasa kita kena perbanyakkan hidangan dan makan lebih untuk cover balik seharian tak makan? itu dah silap faham konsep puasa jadinya. bukan ke salah satu sebab berpuasa ialah supaya kita insaf bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik?

lagipun hidangan berbuka yang simple bukanlah sesuatu yang asing bagiku. masa zaman duduk hostel kat U dulu juadah berbuka ku simple juga. kadang2 beli nasi tomato sebungkus dengan kuih cara manis, kadang2 hanya kebab. Masa duduk bujang kat port klang pun macam tu jugak, kalau tak roti john mesti beli kebab... nasi memang jarang. Time2 berjauhan dari keluarga tu terasa rindu pulak nak berbuka sama2, memang lain benar feel dia. Cuma masa duduk hostel UKM agak meriah sikit sebab aku duduk bilik besar sharing berempat. Bilik kami jadi tempat berkumpul satu floor berbuka. Dalam ramai2 tu ada dua orang student masters, sorang Muslim from Sudan dan sorang lagi kristian from Phillipines. This filipino girl pun sama2 berbuka dengan kami. Lucunya dia tak pernah makan kuih cara manis (ni my feveret and kuih wajib), bila dia gigit kuih tu terus memancut air gula "oooh like a fountain", kata dia... ketawa besar satu bilik.

Ada sekali tu aku bawa sejenis kuih raya yang aku baru buat, kuih tart strawberry kelapa yang gebu sangat... gebu dia memang tak terkata. Aku introduce kuih ni to my friends kat hostel masa berbuka...aku bagitau kuih ni nama dia 'masuk mulut tak boleh bercakap'... depa semua tak percaya, ada yang terus sumbat sebiji masuk mulut. lepas tu macam kelemasan masing2 tak bleh buka mulut sebab kuih tu jeni melt in your mouth, sunyi sekejap bilik tu... aku sorang yang ketawa sampai sakit perut... kehkehkeh kelakar betul bila ingat balik.

dah lama tak buat kuih tu... agak2 kat mana aku simpan resipi dia? resipi kuih ni arwah abang ipar (my sister's first husband) yang bagi. sejak dia meninggal kami tak buat dah kuih ni, mesti sayu terkenang kat dia, lebih2 lagi dia meninggal 12 hari umat Islam berpuasa.

okay cukup2lah tu terkenang semasa dulu. dalam 4 hari lagi genap 1/2 bulan kita berpuasa... cepatnya masa berlalu, kan?

2 comments:

watie said...

mcm mana ek kuih tu ek? teringin gak nak tgk n rasa.

n yg best yer...dah ada la toy baru la..best..best..

Liasari said...

watie.. sabo ye, ingat nak cuba buat. jumpa kertas resipi tu tapi dah nazak tulisan dia, kena pandai2olah balik...kot tak jadi plak.

hahaha tulah nak 'toy' yg mcm ila & watie punya tak dapat, dpt toy kenwood pun jadilah.