Sunday 14 September 2008

14 Ramadhan 1429H - Hari Kelam Kabut

the title sums up everything about today. i, sometimes walaupun rasanya dah cukup organise things-to-do (dalam kepala) but still my to-do list goes haywire sampaikan ke hujung waktu nak berbuka masih lagi memasak. kalau masak grand ke takpe juga.

padahal hari ni cuma masak ikan pari bakar, cekodok kentang + udang dan chicken cornish. yang part chicken cornish tu salah satu sebab jadual aku jadi haywire, inti dah buat in advance tapi bila uli2 shortcrust pastry terasa lembik sangat macam doh tart pulak. terpaksa letak balik dalam fridge but after 1 hour masih tak boleh nak bentukkan dia macam karipap 'berdiri' sebab crust dia pecah2. susah sangat aku canaikan dan sumbat dalam acuan pai mini... hah jadilah mini chicken pai.

my day started early sebenarnya today. patut hujung2 minggu di bulan puasa ni dapatlah berehat panjang, stretch your legs hilangkan lenguh2 pinggang & kaki kiri yang makin menjadi2. instead pagi2 lagi aku sorang diri shoot ke seremban. semuanya gara2 nak collect baju raya dari tailor. aku tau, sungguh kurang bijak buang masa, duit petrol & tol... nak buat macam mana aku cuma tau & selesa dengan apek tailor tu sorang jer. setakat ni tak berani lagi nak hantar kain kat tailor area shah alam/subang ni... not that i know that many. lagipun apek ni charge reasonable & kalau dia buat kurung moden memang elok 'terletak' kat badan kita. sebenarnya aku boleh ambil baju tu hari lain, tapi sebab baju kurung moden polos tu perlu dijahit manik supaya bertambah vogue lagi ala datin2, maka lebih banyak masa diperlukan. dan pakar jahit manik ku yang masih sudi ambil tempahan tak lain tak bukan my own mom... nasib ada mak yang pandai menjahit.

hubby won't be around for iftar tomorrow, he's going for outstation duty. hanya tinggal aku & kakak (maid) je yang akan berbuka sama. awal2 aku dah cakap dengan kakak, esok tak payah susah2 kita masak macam2, goreng nugget dengan potato wedges cukup. eh... alih2 fahmi menyampuk "cukup ke makan nugget je", sibuk je orang tak puasa tu, sure dia risau sebab tiap hari berbuka dia tumpang sekaki. tergelak hubby dengan ngomel fahmi.

btw, fahmi janji nak cuba puasa setengah hari esok.setiap kali me & hubby tanya kenapa dia tak puasa, mesti dia salahkan kakak "kakak tu yang bagi abang makan," . Ada2 je alasan dia. Kali ni kakak terdengar perbualan kami, terus kakak bagitau kalau kakak tak bagi dia makan nanti dia sendiri yang order nak sarapan apa. Haaaa pecah tembelang fahmi.

No comments: