Sunday, 28 September 2008

28 Ramadhan 1429H - Fahmi's Special Treat

hari ini hanya fahmi seorang yang berpuasa (with exception to hubby who was still away at mil's house). cekal betul anak teruna seorang ni walaupun tak bersahur. salah mama sebab mama yang tak larat nak celik mata walhal dah set alarm at 5am. tak boleh harap betul mama ni. as a reward untuk fahmi yang dah masuk hari ke 5 berpuasa, aku bawa dia berbuka kat luar. pilihan utama fahmi biasalah... mcD. pujuk2 ajak makan tempat lain jawapan mcD juga yang kudapat. dah sebulan dia tak merasa makan mcD so kali ni kuturutkan je... he wants fried chicken, fries, air milo & bubur for berbuka. duhhhh... takut kumendengarnya. i got him the first 3 item only, takut dia muntah kat situ juga kang haru.

sempat juga petang tadi pegi weigh myself... ha ha jangan jeles, berat kuturun lagi! 53.9kg! ni kira catatan berat paling rendah kucapai sejak bersalinkan yaya... in total i've lost 4.6kg (hasil berpuasa sejak rejab, syaaban hingga ramadhan) huhu sah muat semua baju2 lama. tapi yang tak best tu tempat2 lain semua macam lempeng cuma tang bumper je yang tak mau lempeng :-(. ermmm ... pastu petang temankan fahmi berbuka bantai fastfood molek sangatlah tu dah penat2 turunkan berat badan dengan 1 meal jer terus burst balik. huhu lepas raya ni tak taulah macam mana harap2 jadi imune tengok food sedap2... buleh ke? macam tak caya jer.

pagi tadi celik je mata terus sambung buat 1 biji lagi fruit cake. jam 1 petang siap dikukus. beginilah hasilnya, guna loyang 7x7x3 sebab loyang 8x8 dah habis dijual. kusejukkan sementara kami keluar petang tadi, balik je rumah terus wrap dengan cling wrap. esok masuk bekas untuk dibawa balik.


oh ya, sunyi pulak rasa hari ni. jiran2 ramai yang dah beransur balik kampung. time2 gini yang buat hati aku tak keruan meronta2 nak tinggalkan subang. sunyi sepi macam deserted cowboy town je. isyy macam manalah puan sally boleh tahan beraya kat rumah sendiri. ternyata aku masih belum cukup kuat lagi. itu belum tercampak jauh kat negeri orang macam LG. dan sama juga macam my own mum yang duduk jauh dari parents sendiri, seingat aku masa kami kecil tak pernah ma dapat balik beraya. abah juga tak pernah bawa kami balik beraya kat kampungnya.

sempat kemas rumah & pack my clothes siang tadi. cuma baju anak2 je belum packing lagi. harap kat kakak jelah cuma petang esok balik kerja aku kena check semula kot tertinggal apa2. apasal ye kali ni rasa kurang organised pulak. selalu walaupun busy dengan keje sampai ke suntuk raya tapi bab mengemas puas hati le. kali ni macam banyak tak siap je. where's my checklist?

2 comments:

eiseai said...

pn salwa...selamat hari raya from the five of us. maaf zahir & batin if terkasar & terlembut.

wah...siap turun berat lagi tu. congrats. uwaaa bila lah i nak memanaskan dapur mcm u. tunggu 1-2 tahun lagi, when i dont have toddlers hugging my leg all the time.

p/s bila kita nak bersalaman di pagi raya bersama2 ni ;P

Liasari said...

pn sally,
alhamdulillah this time around i've been blessed with a serene ramadhan. takde chaos with office work mcm tahun2 lepas, so i have extra time & energy nak buat kuih semua. plus, my children dah independent.

in 1-2 yrs time? heyyy i tot u belum cukup kuota apa. hehehe.