Monday, 3 November 2008

What's New In My Garden?


jom cuci mata tengok kehijauan... elok untuk tajamkan fikiran. inilah pokok temulawak? (or seakan dengannya aku dah lupa nama dia) yang kutanam 3 bulan lepas. ni bukanlah pokok temulawak yang sebenar2nya... tapi jenis spesis yang sama yang membiak melalui rizom, kelopak bunganya pun seakan2 sama dengan pokok temulawak (yang dalam pic ni tak berbunga).

pokok ni aku tanam untuk menghasilkan lebih banyak anak2 pokok supaya by the time kami pindah ke rumah baru nanti boleh cabut dan transfer je ke small yard kat rumah baru nanti. pokok ni sesuai sebagai pokok pagaran. aku tak suka tengok tanah yang gersang dan kosong je, sakit mata (tapi dalam pada tu taman kami tetap tak berumput! hehe rumah sewa gitu ler)... dan aku juga jenis yang tak sabar nak tengok pokok merimbun, pasal tu aku tanam pokok ni awal2 kat sini supaya dia membiak dan membesar bagai johan.

kalau ikutkan boleh je nanti beli pokok ni banyak2 masa nak pindah, tapi kan lagi jimat kalau beli awal2 & biakkan sendiri? tak susah nak jaga pokok yang boleh mencapai ketinggian 2m ni sebab dia memang jenis tahan lasak, cuma kalau nak cepat membiak kena siram selalu. alhamdulillah kebetulan for the past 1 month plus & sepanjang bulan puasa kan kerap hujan, so makin cepat tumbuh anak baru & daunnya pun makin lebat. cuma masalahnya sekarang daun2 pula diserang belalang, habis dimakan belalang daun2 pokok ni jadi buruk lah pulak.

nanti nak cuba spray dengan cecair rodent serai wangi afi hanif macam yang kak ruby (jiran sebelah kanan) pesan. harap2 menjadi... sayang tengok daun pokok berlubang2.

tau tak, fahmi & yaya rajin berborak dengan pokok ni? *lol* i was only joking when i told them kita kena rajin bercakap dengan pokok barulah dia cepat besar. jadi, kekadang tu ada jugalah fahmi & yaya cakap kat pokok "pokok cepatlah besar ye?"

kalau dulu masa mula2 tanam pokok ni sama tinggi dengan yaya & fahmi, sekarang budak berdua ni dah boleh tumpang berteduh kat situ, macam payung pulak ;-)

nak kata aku ni suka berkebun tu taklah juga... ikut mood, ada pasang surutnya. kalau aku dah obses dengan satu2 benda tu aku tumpu kat benda tu je... bila dapat obsesi baru aku tinggalkan yang lama, tapi obsesi aku macam cycle, nanti dia akan berulang balik takdelah terpinggir terus. kalau nak ikutkan kegemaran aku berkebun ni aku warisi dari abah. abah pun banyak kemahiran dia, daripada bertukang kayu, membaiki barang elektrik sampai ke berkebun. kata orang hanya orang2 yang bertangan sejuk je menjadi tanamannya, aku rasa abah macam tulah... rumah kami dulu abah yang buat lanskapnya. sampaikan abah pernah diupah sebagai tukang kebun 'membela' taman jutawan cina dulu. aku cuma mewarisi kegemarannya berkebun je, tangan sejuk tu aku tak dapat kot sebab tak semua yang aku tanam hidup segar bugar, macam pokok basil yang dah mati tu.

ermmm... encik hubby pulak ada juga cuba2 menanam pokok. tapi aku rasa dia tak mewarisi tangan sejuk mak dia sebab pokok yang dia tanam sebelum ni semua matiii!!! pasal tu kami semua terkejut bila pokok cili api yang dia bawa balik dari kampung dah membuahkan hasil... 5 biji cili api dah pun menjadi bahan tambahan gulai ikan tongkol aku semalam.

besarnya tapak tanganku... hehe cili padi hidup segan mati tak mau, cinonet jer cilinyer nak makan pun segan! ;-P

tapi kan... aku rasa itulah 5 biji cili api yang pertama... dan mungkin juga satu2nya yang dapat kami tuai hasil hehehe.

2 comments:

nOLie said...

Uihhh dah jadik petani lah pulok hehehe

Liasari said...

kuang3x... abih tu aku teruja jugak dgn citer petani cendawan. nak tanam cendawan takde space, tanam ler cili api kiut hehehe