Sunday, 14 December 2008

Landlord Oh Landlord

we received unexpected visit from our landlord sekejap tadi. i was taking my shower lepas solat maghrib coz we took the children out petang tadi and return home dah dekat maghrib; rain has just started to pour again so aku mandi juga walaupun lewat dan sejuk sebab takut sakit kepala nanti. hubby pulak was busy packing his clothes for a 3 day outstation to melaka and he was about to leave when the guest arrived unannounced.

we dread this visit sebenarnya, we know that they will comeback someday after their unexpected visit in april cuma dalam hati aku berdoa semoga Allah swt bukakan mata hati diaorang to look deep into the issue so that we don't have to go through this dreadful visit again.

when they 1st came in april they said they've been trying to get hold of us banyak kali dah but everytime they came we were not at home. yeah same here, we've been trying to contact them since last year but to no avail. bukannya apa just a courtesy call sebab sejak 3 tahun sewa rumah ni kami tak pernah tengok batang hidung landlord, tak sedap hati juga.

mulanya we were relieved juga bila dapat jumpa diaorang april lepas, bolehlah berkenal2an dengan rapat dan kami ingat akan lebih memudahkan komunikasi dengan mereka sebab rumah ni pun in dire need of repair sana sini. tapi rupa2nya diaorang datang hari tu dengan satu tuduhan bahawa kami dah dekat 11 bulan tak bayar sewa rumah!!! giler apa aku tak bayar sewa 11 bulan pastu boleh lagi duk tercangok depan landlord. logiknya kan kalau orang tak bayar sewa rumah tentu dah lama cabut lari tengah malam kan? mak cik tu cakap dia check statement account dia tapi tak jumpa payment yang kitaorang buat. 11 bulan yang dia claim tak bayar tu pulak bukan recent months tapi dari tahun 2006 ke 2007. minta maaflah makcik, kami ni memang takde duit berkepuk2 tapi tidaklah sampai ke tahap tak berduit langsung nak bayar sewa rumah. yang aku rasa kecewa benda yang dah lama pun dia nak ungkit up, padahal manalah dapat nak cari bank slip tahun 2006 to proof payment. selama ni tiap kali kami bank in duit sewa mesti sms dia tapi takde reply. akhirnya dia mengaku yang dia dah tak pakai no handphone tu sebab dia tak reti pakai handphone sebenarnya! dah tu janganlah bercakap as if kitaorang ni tak pernah nak cuba contact dia.

aku frust betul dengan cara dia bercakap seolah2 menuduh kami ambil kesempatan atas sikap dia yang tak ambil pusing hal duit2 ni. kononnya dia tak berkira sangatlah dengan duit sewa yang dia anggap rendah padahal kata dia rumah lain sewa tinggi sikit. mak cik ni tak sedar agaknya masa aku masuk rumah dia ni takde rupa rumah decent langsung... serupa rumah hantu dengan cakar sana sini kat dinding, cat pun dah lusuh, pam air rosak, pintu dah rompong dimakan dek air. sebab aku duduk rumah dialah rumah ni ada rupa rumah orang.dia langsung tak nak keluar duit sesen pun untuk touch up rumah dia. pendek kata dia tak peduli lah... bayangkanlah 3 tahun kami dok rumah ni dia tak pernah datang jenguk.

hubby suggest kat makcik ni suruh check statement account dia betul2. sebab kekadang duit yang kami masukkan dalam cash deposit teller tu terpaksa split buat 2 transaction so kalau nak tengok selepuk bulat figure tu memang takdelah. ehhh mak cik ni memang dah nama nya orang lama kot dia tak mau gak terima cadangan kami. dia bertegas gak nak tengok selepuk figure tu. payah berbahasa dengan 'orang lama' ni. rigid betul. aku tak nak lah disebabkan perangai dia tu kami pulak yang jadi mangsa. bukan sikit duit 11 bulan tu. akhirnya hubby cuba gak pujuk dia bawa statement dia ke rumah so that kita boleh sama2 review.

tulah semalam rombongan makcik dengan suami & anak2nya datang. hubby agak bengang skit dengan suami mak cik ni yang mula2 nampak berlagak, yelah dah orang sangka kita ni ada hutang dengan dia kan so dia pandang kita pun semacam jelah. bila direview bersama statement tu jelaslah yang tuduhan mak cik tu tak berasas... kan bagus kalau mak cik ni (yang claim diri dia cikgu) bertindak bijak sikit and spare us the misery. akhirnya dia malu dan segan juga dengan kami, dan suami dia yang mulanya berlagak sikit terus diam seribu bahasa. mak cik ni pun awalnya punyalah eksyen tetiba ramah pulak berborak. nak cover line agaknya siap puji2 lagi kami jaga rumah dia elok. bila dia nak balik tu dia minta maaf... aku pun terkejut bila dia minta maaf.

aku sejak dari 1st visit dia aku dah rasa cuak. tu yang malam tadi malas nak berborak sangat dengan dia sebab aku betul2 rasa terluka dan terhina dengan kata2 dia... malas nak ulang kat sini apa yang dia cakap. kerana serangan dia tu aku laki bini kekadang sampai bertekak... berbulan kami tension nak cari balik proof payment tahun 2006 yang memang dah tentu takde, slip bank dari atm mesin tu bukannya tahan lama kan? dakwat dia dah pudar. aku bengang dengan sikap dia yang membuatkan kami jadi mangsa.

sejak kami kahwin kami memang banyak kali berpindah rumah. mula2 kami cuma duduk rumah flat 2 bilik tingkat 4 yang sempit aku gelarkan 'rumah burung'. dekat 1 tahun duduk rumah ni tapi terpaksa pindah rumah teres 1 tingkat yang luas sikit sebab aku dah sarat pregnant kan fahmi masa tu tak larat nak naik tangga tiap hari. masa kami nak pindah keluar landlord siap merayu lagi kami jangan pindah sebab kami tenant yang baik dan punctual. sorry bukan nak bangga diri tapi just laying our track record and testimoni je ;-). sampaikan landlord dengan murah hati offer kami simpan barang2 kat situ kalau tak sempat nak kosongkan rumah dalam tempoh yang sepatutnya.

bila diserang dengan tuduhan tak bayar sewa ni menyirap betul darah aku. bukan nak bangga diri tapi Alhamdulillah setakat ni kami takde masalah kewangan lagi, tak sampai ke tahap tak mampu bayar sewa rumah. logiknya kalau kami ni jahat or ambil kesempatan dah lama kami cabut lari sejak their 1st visit. buat apa nak hang around kan? tapi sayang they don;t see the logic... i wonder if they are in desperate situation because something they said implies so... isyyyy dah tak mau fikir pasal diaorang lagi.

benda2 macam ni buat aku tak sabar nak pindah rumah sendiri. tak kuasa nak layan kerenah landlord macam ni.

3 comments:

iswatie "colours of life" said...

kak lia..x per sabar....x lama lagik nak pindah umah sdr..

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

sabo jer jumpa org cam gitu .. x check betul2 dulu .. x per kak nanti ada rezeki pindah umh sendiri ... apa da tuan rumah ....

nOLie said...

heheheh...umah sewa yang aku duk sekarang neih pun species itu jugak Lia...tapi seb baiklah somi aku tuh pandai "bercakap" heheheh...kalau aku angguk jer..tapi ngan mamat tuh sorrylah...heheeh...