Friday, 23 January 2009

Sunyi Sepi

aku baru je lepas siap buat karipap. bungkus satu persatu dengan plastik, susun dalam bekas & simpan dalam freezer. dapatlah 25biji, boleh jugak buat sarapan pagi esok.

balik kerja hari ni agak terkejut aku bila tengok both my kids dah terlentang tidur atas sofa. selalunya bila aku balik dua2 mesti sembunyi kalau tak belakang pintu mesti kat belakang sofa. so malam tadi sampai je depan pintu bila kutengok tak nampak bayang pun budak berdua tu aku ingat memang diaorang pakat2 sembunyilah tu... tup tup terlentang atas sofa... patutlah senyap sunyi je. senang sikit kerja aku menguli doh karipap tadi. kalau tak sure ada 'minah kacau' yang sibuk nak menggentel tepung jugak.

senyap sunyi macam ni bolehlah aku berblogging sambil tunggu hubby balik dari outstation. petang tadi katanya mungkin sampai dalam 11pm... jalan jam kot maklum jelah weekend ni cuti bersambung dengan raya cina, semua orang ambil kesempatan balik kampung.

since dua2 tidur atas sofa, kenalah mama angkat dua2 naik ke bilik. aduhaiii rasa nak patah pinggang angkat fahmi. serius cakap aku memang tak larat nak angkat anak bujang ni... berat dia aja dah 27kg. senak perut aku. pastu angkat yaya pulak... sib minah ni tak sampai 15kg. kebelakangan ni terasa sangat kekurangannya bila berat badan aku dah makin kurang. tau tak apa kekurangan yang aku rasa? 1. nak angkat benda berat pun tak larat, bukan apa bila lengan dah tak pejal, tapak kaki pun nipis nak mengangkat budak pun rasa tak stabil 2. kekadang tak tahan berdiri lama2 coz sakit tumit 3. sakit peha kalau yaya tumpang baring on my lap.

dulu masa badan berisi takde pulak masalah2 yang aku sebutkan... cuma tulah kalau naik tangga semputlah sikit. hmm... gemuk susah kurus pun susah. atau mungkin itu bukan masalahnya... aku ni kurang bersenam & kurang ambil kalsium tambahan. hmmm dah banyak kali nak jogging pagi2 tapi tak menjadi... liatnya nak bangun awal hujung2 minggu. bahananya tanggung sendiri ye ;-)

esok nak ke smart reader di subang bestari. nak register yaya for the english tutorial class... sama macam fahmi dulu every saturday je kelas dia. cuma kali ni jauh sikit sebab centre yang kat depan rumah dah tutup. she will start her first class in february (salah aku sebab daftar lambat) and kelas yaya pun akan mula awal 8.30am sampai 10.30am. entah macam mana lah nanti anak dara yang kuat tidur ni nak bangun awal. selalu dia bangun sekitar 9am. there's another centre kat subang 2operated by the same owner with subang bestari, cuma kat sini kelasnya mula agak lewat at 10.45am. memang kami sengaja pilih yang start awal coz in case hubby takde boleh aku hantar since aku masuk kerja pun 8.30am.

harap2 she can sit for 2 hours dalam kelas. i know she's so eager to go to school and eager sangat nak learn english sampaikan aku naik malu dengar dia punya gibberish in english. tiap kali aku bawa dia ke mph automatik dia akan switch to english, kalau cakap tu betul takpelah... ni bunyi macam cakap german je. penat suruh dia diam... tebal muka mama. hahahaha... i cant blame her though. bukan ke aku yang nak sangat anak2 pandai speaking? :-)
so smart reader, here we come...

our plan for the weekend yang panjang? ermmm kena tanya incik hubby... he's the one with plans, i don't have any or mine actually can be postpone ke masa lain. if you don't see any more entries after tonite's, that means either i'm away (mengikut plan hubby) or i'm busy making my own plans or i'm just damn lazy!

3 comments:

iswatie "colours of life" said...

kak lia..karipap seringgit...

eiseai said...

sunyi sepi...i'll only get that next monday cos semorg kerja & school except me :)

Liasari said...

cukup ke seringgit karipap menggerutu watie? skg ni nak beli kuih pun naik harga, baik wat sendiri kan?

sally... bestnya u already know when u get free time, boleh plan things to do. mcm i unexpected and sangat jarang berlaku... ;-)