Sunday, 22 February 2009

Bila Hari Hujan...

sejak malam tadi hujan je sepanjang masa. kalau hari minggu yang lepas2 pagi2 mesti kami bawa budak berdua ni ke taman jaya, but since malam tadi hujan dan bangun pagi tadi pun tanah masih lagi lembap, we decided to skip our morning outing this weekend.

dah tak dapat bermain kat taman, the kids tak senang duduk pulak jadinya, so they asked their daddy to bring them out untuk berbasikal. pagi ni pulak jiran flat depan buat gotong royong. siap membakar sampah sekali, sungguh aku tak berkenan. pantang sungguh aku dengan orang yang suka bakar2 sampah or daun kering ni. maaf cakaplah ye, tapi kita yang duduk kat kawasan perumahan ni dengan rumah yang rapat2 tak sesuai lah nak bakar2 sampah. tambahan dengan cuaca yang panas dan kering sekarang ni kan, pedih mata. habis berasap masuk ke rumah, sesak nafas pun ye, pagi2lagi dah mencemarkan udara. aduh penat kerajaan keluarkan iklan dan larangan jangan bakar sampah... it seems to fall on deaf ears. terus aku heret budak berdua dengan basikal2diaorang sekali masuk rumah. agaknya tak tahan tengok budak berdua tu merungut nak main kat luar, akhirnya hubby bawa diaorang pergi ronda2 dengan kereta.

eloklah juga sementara aku kat dapur menyibukkan diri masak nasi tomato dan lamb koorma for lunch. rancangan kami nak bawa budak2 berjalan2 petang pun tergendala sebab hujan lagi. so we stayed indoor the whole day. aku pun terasa boring duk kat rumah je, apalagi ligatlah aku masuk dapur buat egg tart.

idea nak buat egg tart ni pun datang sebab tengok dalam fridge melimpah ruah stok telur bertenggek2 atas bekas telur. malam tadi dah aku selamatkan 6 biji buat seri kaya... cukup untuk stok 2 bulan kot :-). ni buat egg tart siang tadi selamat lagi 4 biji.

1 comment:

++Lemari Ummi++ said...

kak,bg resepi nak buat tart telur ni kak.