Sunday, 1 February 2009

Cooking Marathon

alhamdulillah dah siap masak 10kg nasi beriani. syukur sangat2 nasi elok masak semua takde yang mentah. 3 kali masak dalam periuk nasi besar 3.6l dan 3 kali dalam periuk nasi aku yang separuh daripada saiz itu. heheh buat malu je aku ni kan orang lain masak untuk kenduri besar rilek je, aku baru masak 10kg dah rasa nervous bagai nak rak. cuma aku kurang puas hati dengan hasil dari periuk besar tu, kelembapan tak sekata akibatnya nasi bahagian bawah di tengah2 periuk agak terlebih lembut sikit. takleh nak buat apa sebab kalau kurangkan air nanti ada yang mentah. yang aku masak dalam jar rice cooker kecil aku sendiri takde masalah pulak.



hubby baru kejap pergi hantar nasi beriani satu flask besar ke rumah kak malissa. majlis dia mula pukul 3 petang. aku nak berehat kejap sebelum bersiap2. ada lagi satu flask kecil & satu periuk nasi lagi dengan aku. nanti kami bawa sekali ke majlis dia. penatnya rasa... kalau dapat tidur best ni ;-)

5 comments:

iswatie "colours of life" said...

wah tabik spring...x berani lagik nak masak nasik tuk org ramai..

lemongrass said...

wah, terer betul lah u masak nasi 10 kg. I masak nasi 1 kg tu pun takut, hehehe. Beriani pulak tu! Memang tabik lah....

SHIRAH said...

Wa..masak ler skit tuk aku...sedapnyer..terliur

Liasari said...

watie,
agak2 boleh dapat award jiran mithali ke? uwekkk!

LG,
tidur malam asyik terbayang2kan cara2 nak masak nasi! masa nak masak kecut perut tengok beras berlambak2, rasa macam tak nak luak je... seriau! rezeki birthday girl agaknya semuanya mudah.

shida,
apa kata satu hari kita wat potluck? aku bawa nasi beriani, ko bawa lauk? ok tak? eh eh... terliur ni ada apa2 ke? ;-)

SHIRAH said...

Wa : blom ada apa2 lagi..
haa bole.. ko arrange laa...hehehe