Friday, 30 April 2010

Bila Kemboja Berbunga Lagi

owh kemboja saya berbunga lagi!!! sukanya!

pokok limau kasturi hubby
dah hampir botak pokok limau ni kami petik buahnya dijadikan bahan perisa masakan ;-)
pokok bunga griber kuning saya


daniel jiran sebelah kanan saya yang berbangsa tionghua turut teruja melihat ketekunan kami berkebun. 2 hari lepas saya nampak beberapa buah pasu pokok bunga disusunnya berderet bersebelahan pasu anak pokok keladi saya yang saya letak hampir dengan pohon kemboja. terkejut saya bila balik kerja tengok laman belah kanan dipenuhi pokok2 bunga padahal sebelum ini agak gersang pemandangan mata. hehehe... jiran sebelah pun terkena tempias kami obsess berkebun.

what else do i need? hmm 2 atau 3 biji pasu porselin putih yang tinggi untuk saya alihkan pokok2 keladi yang dikutip dari rumah mil. nak saya susunkan dikiri kanan pintu sliding. kat mana nak cari ye?

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

nak carik jugak pokok limau nieh .. kak beli kat mana .. nmpk elok jer tumbuh .. pokok2 nie kalau kita kena taruk baja yer kak?? baja apa yer???

Liasari said...

diana, kak lia beli kat nursery hasimah tepi jalan nak ke kota damansara tu. tapi ada nursery yang menghala ke puncak alam maybe kat situ pun ada gak.
pokok2 ni memang nak kena baja... baja daun, baja urea, baja buah dengan baja tahi ayam semua campur sekali. cuba tanya kat bursery mesti dia ada 4 jenis ni.