Cuti baking saya sudah berakhir. Saya dah kembali bergelumang dengan tepung, gula icing dan buttercream sejak hari isnin baru ni. Bahu dan tengkuk saya masih sakit, sesekali bila angkat tangan saya tersentap dek sharp pain macam kejutan elektrik gitu. Nak menoleh ke kiri lebih susah berbanding kanan. Doctor bagi 2 jenis ubat, to be taken twice daily dan disuruh bersabar untuk melihat kesannya dalam tempoh 3 hari. Tapi 3 hari dah berlalu,bahu saya masih lagi sakit. Malam tadi saya minta hubby urutkan dengan minyak panas, setiap kali tangannya menekan bahu terasa sakit sekali dan keras sungguh muscles saya. Kata doctor masa diperiksa tempoh hari masih bengkak dan sebab dah hampir 2 minggu berkeadaan begitu ia akan ambil masa sikit untuk pulih. Atau mungkin sebab saya sendiri agak culas makan ubat! Bukan sengaja tapi sebab saya berpuasa sunat Isnin dan Khamis jadi adalah 2 hari skip ubat. Tak sure lah pulak sakit ni sebab salah posisi tidur, salah bantal atau sebab kerja keras saya menguli fondant 4 kilo 2 minggu lepas! Decorating cakes with fondant can be a really hard work, pasal tu charge dia mahal! ;-)
The kids on the other hand has been enjoying their school break to the fullest. Setiap pagi, celik saja mata tak mandi tak makan terus kayuh basikal depan rumah with their friend Firdaus. Agaknya bila matahari dah tinggi dan lencun dek peluh barulah diaorang masuk mandi kot. Yaya has found a new girl friend, Diana cucu jiran depan rumah. Bagus juga dia ada kawan perempuan, that will keep her mellow sikit kalau tak syik bermain dengan lelaki je, rough. Oh I found out she invited Diana in to the house the other day sebab kehausan bermain. And ada satu hari Fahmi secara tak sengaja terlanggar Diana dengan basikalnya, luka lutut Diana. Patutlah satu petang tu saya nampak lutut Diana berplaster. Still, si gadis kecil tetap dibenarkan bermain dengan anak saya. Urghh cuak juga saya kalau her parents (yang tak pernah senyum) or her nenek and atok marah kat saya disebabkan kecuaian anak saya. Hmmph... tinggal hari ini cuti sekolah nak berakhir. By tomotrrow they'll be back to school, kuranglah sikit hingar bingar dalam rumah ini sebab diaorang dah kepenatan seharian kat sekolah, bila saya balik kerja malam diaorang selalunya senyap sikit. Kalau tak ke sekolah energy diaorang tak habis spent tu yang sampai ke malam asyik melompat, menjerit, bergaduh, terkinja macam beluncas sepanjang 2 weeks ni, pening saya dibuatnya.
owh my panda eyes still hasn't go away. tepek uncang teh pun tak mahu hilang dah pasal jadual tidur sudah jadi tak menentu, asyik tidur lewat, pukul 1 or 2 pagi barulah mata nak lelap. too many things bermain di kepala. what a stressful week. benci.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago
No comments:
Post a Comment