Friday 30 July 2010

Bukan Nak Mencarut...

Sekarang ni tengah panas pasal isu kopitiam di Malaysia takde status halal jakim. Yang dapat status halal pun cuma sebahagian produk saja iaitu minuman. Dua pagi lepas saya dengar berita radio while driving to office. Pengusaha kopitiam salahkan prosedur pensijilan halal jakim yang rumit dan cerewet sampai kena senaraikan setiap bahan menyebabkan mereka tak ambil pensijilan halal. Bahagian ni yang buat saya rasa nak mencarut. Tapi cukuplah setakat saya kata MENGARUT!

Kenapa saya kata mengarut? Sebab itu semua alasan nak memperlekehkan prosedur halal. Itu semua alasan yang datang daripada orang yang tak faham erti halal. But what do you expect? Dah sah lah pengusaha2 ni bukan orang Islam, dia peduli apa hala ke halala ke janji masyuk. Diaorang pun tahu ‘orang kita’ ni ramai yang tak kisah pasal halal ke haram. ‘Orang kita’ ni pulak jenis suka mengikut trend, trend orang pergi kopitiam habis semua pun nak pergi kopitiam. Padahal dah lama timbul kontroversi pasal kopitiam hidangkan makanan tak halal selain daripada kopi. Ramai lagi yang tak sensitif.

Tepuk dada tanyalah iman. Mencari yang halal itu tanggungjawab setiap daripada kita. Bolehkan kita nak sub kan tanggungjawab tu?

No comments: