Sunday 29 August 2010

19 Ramadhan 1431H - Segalanya Pisang

iftar di rumah saya hari ini agak ramai. kami terima kunjungan abang ipar dengan anak-anaknya. pertama kali dalam bulan ramadhan ini kami makan di dining room dengan meja panjang 8 kerusi. kebiasaannya kami hanya makan di dapur sahaja, maklumlah bukannya ramai pun. seronok makan ramai-ramai begini, lebih meriah. daripada tak berselera jadi bertambah selera, apatah lagi bila yang datang tu bawa buah tangan.

saya masak gulai lemak pisang muda dengan ikan pari kering. gulai ini memang favourite saya sejak remaja lagi. dulu-dulu abah selalu beli aja di kedai. pisang ada banyak kat rumah. memang asalnya nak dibuat gulai. tapi hubby terbeli pisang yang dah hampir kekuningan. jadi saya peramkan saja biar dia masak sepenuhnya. the next day, hubby beli lagi sesisir pisang yang betul-betul muda. barulah boleh hendak saya gulaikan. itupun rasa gulai sedikit spoil sebab sesekali tergigit pisang yang sudah agak lembut dan manis rasanya. rupa-rupanya pada sesisir pisang yang baru dibeli juga ada beberapa biji yang dah hampir masak isinya. kalau nak buat gulai pisang muda selalunya saya guna pisang emas atau pisang lemak manis. tak pasti kalau ada jenis lain yang boleh digunapakai.

pisang yang dah masak tu saya guna untuk hasilkan kek pisang. saya buat 3 adunan petang tadi untuk dibawa ke surau.

2 comments:

liza@putralady said...

pisang?? eh, next time dtg je ambik kat umah liza nih.. arwah bapak liza tanam pokok pisang dan segala jenis pisang hidup subur nih.. sampai ada pisang yg we all xtau nama pun ada.. hehehehe

Liasari said...

hahaha liza punyalah byk spesis pisang smpi x tau nama yek. ni sure makan x habis heheh