Wednesday 9 February 2011

Selamat Datang

Just a couple of weeks ago somebody whine pasal baju yang dibasuh tak kering-kering, stokin yang cuma dua pasang tak sempat berganti;

Baru a couple of weeks ago somebody whine about leaving the office late, sebab seringkali separuh perjalanan terperangkap bila langit melimpahkan isi perutnya;

Baru beberapa minggu lepas, somebody bersorak ria sebab tak perlu nak basuh kereta setiap hari bila balik kerja, sebab dalam perjalanan pun dah umpama masuk drive through car wash - habis bersih semua;

Nah tak lama beberapa minggu selepas itu, sidai baju baru 2 jam pun kain dah nak rentung;

Keringkan rambut rasanya baru sekejap dihalakan dryer tapi sudah kering rambutnya, tak sempat nak tersengguk mata sebab sudah lewat sangat baru mandi - mata pun dah mengantuk;

Bekalan air pun sudah dua hari terputus, dalam hati saya berkata aisyyy baru beberapa hari panas takkan dah kering air di empangan - owh rupa-rupanya paip pecah di greenhill maka kering kontanglah tangki air alam budiman;

Sudah dua hari jugalah kereta saya tak mandi, dek kerana cuaca sudah beralih panas dan juga kerana bekalan air terputus - maafkan lah saya andai anda sakit mata melihat kereta yang sudah tak serupa kereta kerana diselimuti debu - satu lagi kesan cuaca panas apatah lagi berhadapan laut seperti ofis saya;

Selamat datang musim panas, el nino, el nina dan yang sewaktu dengannya...

No comments: