Monday 28 November 2011

Hidup Kita Cuma 3 Hari

Tahun sudah pun berganti ~ 1433 Hijriah. Sesuai sangatlah kalau kita ambil kesempatan ini untuk teropong diri, buat post mortem dan buka buku baru.

Menginjak ke tahun baru ni memang sangat terkena dengan batang hidung sendiri. Saya memilih untuk berhijrah. Bertukar haluan, yang kebetulan akan tercapai hasrat saya itu bermula di tahun baru ini. InsyaAllah moga Allah swt perkenankan cita-cita saya itu. Semoga Allah swt beri saya kekuatan untuk tetap dalam haluan yang saya pilih. Keputusan saya ini bersebab, macam-macam omelan dan hint saya di blog ini tapi rasanya belum pernah saya cakap betul-betul apa sebabnya dan apa yang saya nak capai sebenarnya.

Saya terjumpa kata-kata pujangga Islam ini di satu laman grup facebook. Pendekkan cerita, saya benci facebook. Jangan tanya kenapa nanti panjang cerita. Tapi sejak saya jumpa ASST hati saya tak henti-henti disentuh. Tak henti-henti subur dengan kata-kata dan peringatan yang menyedarkan. Buat masa ini benda yang saya benci itu ada juga kebaikan yang boleh saya ceduk darinya. InsyaAllah asal saya tetap dalam niat mencari benda-benda yang baik.

Kata-kata pujangga Islam di bawah ini sedikit sebanyak boleh describe kenapa saya mengambil keputusan untuk 'berhijrah'. Saya tidak mahu hidup dalam kekesalan. Titik.

Jom kita share. Sharing is caring ;-)



HIDUP KITA CUMA 3 HARI
1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ...
Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa setem ...
apabila ditanya bagaimana suratitu akan sampai
pada penerimanya .. lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Apakah penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.



credit to Antara Benua Seribuso & Sandal Leha dari Grup ASST FB

http://www.facebook.com/groups/268819973139673/

1 comment:

azieazah said...

Terimakasih berpesan-pesan.