Wednesday 25 January 2012

Mixed Berries Parfait

You don't need to go to France to sample a taste of French.
Yelah tu, sebenarnya ayat cover sebab duit tak cukup kan nak travel ke France.
Owh whatever!.
Lepas makan nasi kerabu dengan daging bakar dan sos cili ala thai pedas berapi semalam haruslah di'tawar'kan rasa pijar tu dengan sesuatu yang manis kan?
Saya tak prepare sebarang dessert sebenarnya sebab bukanlah kebiasaan hakiki makan dessert lepas lunch or dinner
Tapi incik hubby request for this fruits parfait yang saya perkenalkan kepadanya malam sebelumnya
I initially made this parfait sebagai snack, malam-malam bila terasa lapar I just mixed then in a small bowl untuk hilangkan rasa lapar
maklumlah dah nak tidur tiba-tiba lapar cari biskut takde pulak
tak sangka become a hit pulak ;-)
Yang ini bergaya sikit punya lawa kan? Maklumlah nama pun dessert haruslah cantik, seksi dan menggoda
Lagipun dalam seminggu cuma 2 kali saya sediakan hidangan untuk keluarga, haruslah plating saya istimewa sedikit

What is parfait?
Parfait comes from a French name which means 'perfect'. Kalau kat France parfait sebenarnya adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang dibekukan menggunakan bahan utama seperti krim, sirap gula dan telur. Sila rujuk cik wikipedia untuk full version ye.


Parfait yang saya buat ini adalah versi popular in the northern US menggunakan yogurt (saya guna Greek plain natural yogurt), dilapisi buah beri, potongan buah pic, bijirin dan diperisakan secara asli dengan madu. Kalau tak letak madu memang masam sekali rasa yogurt tu.
Nak lapis dengan puri strawberry pun boleh.
Bijirin yang saya guna pulak comes from the granola bars that I bought recently. Dalam granola bars tu kan ada macam-macam bijirin - ada oat, bertih beras, dried cranberries. Tau tak granola bars ni takde sapa nak makan kecuali saya.
Tapi bila diletak dalam parfait semua orang suka!
Ia memberi rasa rangup dalam parfait yang lembut dan berkrim itu ;-)

Sesuai juga sebagai hidangan breakfast. Sangat healthy with no sugar added! Sinfully delicious but healthy, of course saya suka!
Nak makan 10 gelas pun boleh, tapi kalau lepas tu rasa macam terlebih lawas je jangan salahkan saya ;-)

No comments: