Saturday 21 January 2012

Selingan

My Banyak Makan Wang brokedown again, yeah *sigh*
but I don't want blog about the car again, cukup-cukuplah heartache
cerita pasal lain lah...
since i had to leave my car behind at the office yesterday, I had to asked for a colleague (my staff actually tapi saya tak suka sangat nak sebut perkataan staff tu rasa macam ada gap je)
to give me a ride home
he had to detour from his usual route... detour yang sangat jauh and it was so nice of him sanggup detour tolong saya semalam
rasa bersalah pun ada tapi takde pilihan sangat sebenarnya
another colleague yang duduk nearby my house who is also willing to lend a hand terpaksa rush ambil anak di asrama (yelah cuti panjang CNY kan)
owh but I do have a choice semalam but I decided to turn down the offer of another staff
an elderly man who lives in selayang tapi sangat baik hati offer diri hantar saya balik
tapi masa dia offer diri tu saya sangat was-was nak terima pelawaan dia
and it wasn't easy to brush off his offer - teruk kan saya?
Let's name him Haji K - mind the broken english ye

Haji K : ... so puan how you go home?
Me : it's ok haji saya tumpang orang
Haji K : siapa? if you want I can send you home
Saya dah cuak sikit sebenarnya. Ada dua sebab, 1. saya akui saya sangat prejudis kerana dia an elderly man of 70years old maka saya anggap dia memandu perlahan sangat dan saya sebenarnya sangat tak boleh tahan duduk dalam kereta yang di pandu perlahan, boleh pening, loya dan kaki mesti kejang je rasa macam nak tekan pedal minyak!
No.2, dia banyak cakap dan grumpy! Dah lah saya tengah stress sebab kereta breakdown, saya tak perlukan stress tambahan.

Me : it's ok haji, i can ask kafii to give me a ride (padahal kafii tak boleh nak tumpangkan)
Haji K : kafii? sapa tu? mana dia tinggal? (banyak pulak dia bertanya)
Me : dekat je dengan rumah saya... it's ok
Haji K : you sure aa? sure aa?
Me : ye haji don't worry... tq anyway
Haji K : OK... OK... (bunyi macam tak puas hati je kikiki)

But he's very kind actually, dia prihatin sebenarnya.

So akhirnya selepas I turned down Haji K's offer saya pun minta tolong J hantar saya balik. J ni was a famous football coach who gave up his career temporarily - don't ask me why saya tak suka pry into other people's business so I never asked, though I know why. Dia pool car dengan sorang kawan baik dia ni yang goes by the name Ah Chong (he's a Chinese looking Malay) who was also a famous footballer in the late 80's and 90's.
These two kept my mood lift up with their antics. Mereka berdua ni memang lubuk cerita, ada-ada je cerita lawak diaorang. Tapi satu perkara yang saya tak boleh tahan... J drove slow sangat! 70-80km/hour je sepanjang jalan dari Pulau Indah ke Shah Alam! Owh Tuhan... betapa saya rasa menyesal pulak, lemas. Tapi sempat pulak depa berdua kutuk driving style Haji K.

J : You know puan, antara kita 3 orang - myself, Ah Chong and R ada joke pasal Haji K
Me : oh ye, pasal apa?
J : all the 3 of us pernah naik kereta dengan Haji K. You know waht? Lepas naik dengan dia kita semua taubat tak nak naik dengan dia lagi dah

Dalam hati saya ingat betullah tu, mesti gaya Haji K bawa kereta slowlorise habis sampai semua orang tak tahan. Tapi saya silap! Coz what J said later buat saya terbuntang biji mata.

Me : apsal? slow sangat ke?
J : bukan! dia bawa kereta laju giler, takde jalan yang dia tak cilok.
Owh wow!
Me : Iye ke?
Ah Chong : betul puan aku dah rasa dah (sarawakian memang biasa bahasakan diri aku)
J : lepas tu dia suka hon... kalau dia nak potong orang, dia nak suruh orang tu ke tepi dia hon
Alamak dah gaya macam driving kat India dan Bali je. Saya dah terdiam. Bukan sebab terkejut lagi dah. Tapi rasa macam best je! Kalau saya tau dia memandu laju dah pasti I took up his offer. Sebab... si J who is 20 years ++ younger than Haji K, drive lagi slow!
Rasa gatal je mulut nak cakap... but I kept my mouth shut. Ha ha ha
Tengok tu, prejudis dengan orang tua, terus Tuhan bayar cash.

Sampai kat tol Kota Kemuning, saya hulur smart tag saya.

Me : J... nah pakai smartag I
J : eh tak payah puan, I punya ada ni (sambil keluarkan smart tag dia)
Me : eh... pakailah I punya
J : takpe... takpe... ok ni
Sekali lepas scan je nak tau apa yang keluar? BAKI RM2.70!!!
Saya terjeling skrin... J terdiam! Tapi nak kontrol macho dia cakap "...ok lagi" dengan suara perlahan, sangat tidak convincing okeh!
Of course it was not OK sebab dia nak balik ke Setapak dalam trafik jam yang teruk semalam haruslah pakai smart tag kalau nak jimat masa queuing up kat tol.
Saya nak tergelak... tapi tak sampai hati, gelak dalam hati je ha ha ha.

Kami lalu LKSA. Ada satu lagi tol. Kali ini cepat-cepat saya hulur smart tag saya. Dan dia tidak menolak! Aduhaiii bagus juga tumpang kereta mereka berdua ni. Kurang-kurang hilang sekejap tension dengan gelagat mereka berdua. These two are among the people who are very nice to me. Esok-esok bila dah tak kerja mesti terasa kehilangan sangat ;-).

No comments: