Tuesday 20 March 2012

Ganti Puasa

Tercuit hati dengan conversation with my children kejap tadi
saya temankan Fahmi yang tengah makan malam sambil saya mengunyah keropok
cik Yaya disebelah sibuk buat yogurt parfait dia sendiri
mulut dia berbunyi "Mama buka puasa ke?"

Saya : Taklah, mama tak puasa hari ni
Yaya : Ooo habis tu semalam mama puasa ganti ke?
Saya : Tak, mama puasa sunat - Isnin Khamis. Ganti dah lama mama buat

Tiba-tiba Fahmi mencelah "Alamak, macam mana abang nak ganti puasa ni? Abang rasa tak larat lah"
Saya terkejut. Fahmi ganti puasa?

Saya : Kenapa pulak abang nak ganti puasa?
Fahmi: Yelah sebab abang tak puasa 1 hari
Saya : Masa bila? Ada ke?
Yaya : Ha'ah , abang makan coklat kan?
Fahmi: Abang tak tahan

Terlopong kejap saya. Alahai anak ku yang berusia 8 tahun nak ganti puasa sebab dia kantoi 1 hari ramadhan tahun lepas
maknanya dia sudah faham puasa ramadhan itu wajib dan perlu diganti kalau tak cukup
saya tidaklah sampai ke tahap nak suruh dia ganti puasa, tapi dia sendiri yang terasa
aduhaiiii sejuknya hati saya, moga-moga dia sentiasa ambil serius hal ibadat sampai dia dewasa
Aminnnn...
last sekali dia cakap "abang tak sabar lah nak puasa..."
ermmm pulak dah! belum pun ganti yang kantoi tu dah eager nak puasa sebulan?
bagus3x...
moga Allah swt permudahkan mendidik anak-anak ini menjadi soleh dan solehah

No comments: