Tuesday, 20 March 2012

Toturial DIY: Make Your Own Garlic Butter Spread

Hari ini mood sharing is caring tengah meluap-luap
saya nak share cara buat garlic butter spread di rumah
bagi yang suka makan garlic bread cicah sup macam kami sekeluarga ni
memang saya galakkan buat sendiri
nak senang boleh... siapkan duitnya pi beli kat kedai
tapi bagi an advocate of home cooked meal macam saya ni
lebih selesa buat sendiri, setidak-tidaknya saya tau macam mana my favourite food dibuat
memang saya punya curiosity yang tinggi bab ni
setiap benda yang menarik minat saya akan saya kaji
lebih-lebih lagi bab makanan kegemaran
lagi satu, bab kesucian dan kehalalan sesuatu makanan tu penting
garlic butter spread memang banyak dijual di pasaran
tapi halal ke?
ehh takkan butter spread perisa garlic pun nak dipersoalkan kehalalannya?
of course!
kenalah check mentega apa yang dipakai? mentega tu ada letak lemak babi tak?
memang banyak mentega di pasaran tapi tak semua halal kan?
so berhati-hatilah... maka lebih baik buat sendiri garlic butter spread
pilih butter yang halal jadi kita boleh kawal apa yang masuk dalam perut dan menjadi darah daging kita, maaf tazkirah panjang sikit hari ni
bukan perasan bagus, banyak lagi kelemahan saya tapi kalau dapat seru kepada kebaikan
walaupun kecil usaha ini, apa salahnya kan?

Ok this is how I prepared my garlic butter spread
Jamie Oliver's way... pernah tgk sekali lalu je jamie buat kat tv
nampak tak susah... cuma garlic tu perlu dipanggang
selalu saya buat pakai garlic mentah dicincang... rasa dia 'tajam' (tangy) sikit lah
pakai roasted garlic ni lebih sedap!
Ok jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya dengan tutorial bergambar di bawah ini.






Process I: Roasting the Garlic Bulb





1 garlic bulb







peel off the outer skin yang berlapis-lapis tebal tu







chopped off the garlic head tu sikit to expose isinya
letak garlic bulb atas aluminium foil
drizzled sedikit minyak zaitun, lebih kurang dalam 1 sudu teh, lumurkan keseluruh dan dicelah2 garlic bulb tu






balut garlic bulb dengan aluminium foil tadi
panggang dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C selama 30-35 minit. Biarkan sejuk sebelum digunakan







Process II: Preparing The Garlic Butter Mixture





Garlic bulb yang dah dipanggang, harum bau bawang putih







Bila garlic bulb dah sejuk picit keluar isinya dengan menekan bahagian bawah bulb menggunakan ibu jari seperti di atas







Saya tak picit pun, boleh peel sikit kulit dah keluarkan isi. Seronok dan ralit buat benda ni he he







Mesh the roast galic with the back of your knife atau dengan sudu. Garlic tu dah lembut sangat so you can mesh effortlessly.





Scooped them into a bowl. Saya tak guna bowl pun, less kitchen utensils used in this process. Saya buat kerja atas papan pemotong sayur je, nampak ala-ala naked chef gitu he he he







Letakkan 1/2 ketul mentega spreadable atau mentega soft. Sukatan dia 1:2, 1 bahagian roasted garlic dicampurkan dengan 2 bahagian mentega.







Tabur secubit garam, tapi kalau mentega tu dah masin tak perlu tambah garam. Dan gaulkan juga grounded parsley flakes atau nak guna fresh parsley pun boleh, sila cincang halus.







Tadaa... Dah siap!!!







Boleh simpan dalam mini container. Tapi saya gegedik sikit nak balut dalam cling wrap. Bajet kalau nak guna boleh potong je sebanyak mana yang diperlukan dan tak payah nak basuh container lepas tu. Dasarrrr!
Bentangkan cling wrap atas kitchen counter. Letak garlic spread ditengahnya, tarik one end of the cling wrap ke tengah. Kemaskan balutan dan gulung sampai habis.






Pintal both ends macam pembalut gula-gula.
Boleh disimpan dalam peti sejuk.







Sekian tutorial hari ini. Selamat mencuba!

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

nak .. best ler resepi kak nieh .. sempoiiii tp berbaloi ;-)

Liasari said...

Diana,

silakan cuba. minyak zaitun bleh ganti dgn minyak masak biasa. memang berbaloi!
Yaya selalu makan roti bakar sapu garlic spread ni mcm gitu aja, x yah cicah sup pun sedap kata dia he he