Smile. Ye, saya tahu saya cakap ada tanah perkuburan betul-betul di belakang hotel.
Maaf kalau informasi saya itu buat anda rasa spooky.
Put aside my 'discovery' tu, let me assured you, the hotel was superb and is a superb place to stay.
Highly recommended. Servis sangat bagus. Harga reasonable. Lokasi berhampiran airport - cuma 15minit saja perjalanan. Makan pun sedap bangat!
Kalau ada rezeki pergi ke Bandung lagi, saya takkan teragak-agak untuk menginap di sana. InsyaAllah... tapi nak city view lah pulak nak tengok pemandangan kota.
Ok now nak sambung entry. Kali ni pasal aktiviti kami di sana. Tapi rasanya sama je aktiviti semua orang kalau pergi Bandung kan. Ha ha macam boring pulak nak tulis.
Tapi kena tulis juga because this is from my point of view, ye.
Day 1
Tangkuban Perahu
Before we fly off to Bandung we toyed with the idea of going to Jakarta. Ada kawan-kawan saya yang suggested to us alang-alang dah sampai Bandung pergilah melawat Jakarta sekali.
Destinasi tujuan utama adalah Tanah Abang kata mereka. Tempat berjualan fabrik, pakaian dan telekung. Bila difikir-fikir kami cuma ada masa 2 hari penuh setelah ditolak perjalanan pergi-balik.
Jakarta is 3 hours drive away from Bandung, bermakna it will take up the whole day untuk make a return trip. So we scrapped the idea of going to Jakarta and focus on Bandung. Lagipun kat Bandung pun ada tempat jual pakaian dan telekung.
After breakfast at the hotel, Heri came and pick us up at 9am. Our first sightseeing destination was to be the Tangkuban Perahu, a dormant volcano.
Perjalanan mengambil masa 45minit merentasi perkampungan yang berbukit bukau. Kalau nak diikutkan dari kota bandung pun boleh nampak tangkuban perahu tapi sebab kena rentas bukit bukau nak naik ke sana itu yang ambil masa 45minit.
Cuaca agak mendung and as we climbed higher semakin redup dan sejuk.
The roads are very very narrow dan sibuk, haruslah bijak mengemudi kenderaan. Seperti kata Heri, toleransi antara pengguna jalanraya di Bandung sangat tinggi. Saya sangat kagum dengan kesabaran orang Bandung. Dengan jalan yang sempit dan sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan pacuan empat roda dan motor yang kerap mencelah tidak ada seorang pun yang membunyikan hon! Tidak ada yang marah-marah, tiada jelingan pun bila trafik menjadi lembap kerana ada lori sarat memanjat bukit. Tiada geselan!!! Hebat mereka ini.
Sepanjang perjalanan Fahmi terlena dibuai mimpi while saya dan my mum memilih untuk menghayati keindahan alam. Pemandangan kampung dengan rumah yang berderet padat betul-betul di gigi jalan. Ngeri juga bila membayangkan what if ada kenderaan terbabas? Isyyy nauzubillah. Tapi rumah-rumah kampungnya cantik-cantik. Sayang kamera saya rosak sebaik tiba di Bandung - ye, memang pandai dia cari tempat untuk rosak. Tak dapatlah saya nak rakam kecantikan pemandangan Bandung. *sigh* ruginya!!!


Silap pula tak tanya Heri apa nama kampung-kampung yang kami lewati dalam perjalanan ke tangkuban perahu. Saya terlalu ralit dalam dunia saya melihat pemandangan untuk bertanya.
After a while merentasi kampung-kampung kami tiba di pekan Lembang. A small town yang meriah dengan kedai-kedai dan bank.


Selepas meredah pekan Lembang perjalanan kembali menjadi pendakian apabila kami semakin menghampiri gunung tangkuban perahu. Seksa juga mpv suzuki AFV yang dipandu Heri panjat gunung.

Satu lagi persamaan dengan Cameron Highland

Akhirnya kami tiba di pintu masuk tangkuban perahu. Saya tak ingat how much we paid for the entrance fee.
Bila sampai ke puncak gunung, Heri beri pesanan tegas tapi lembut. Kami diberi amaran that we will be hoarded by peniaga-peniaga barang souvenir yang bersifat suka mendesak. Harga juga mahal 5 kali ganda. Kalau mahu beli tawar 5 kali lebih rendah. Kalau tak mahu beli jangan keluarkan kata-kata tak enak. Memang ramai yang terkena.
Owh tapi memang rimas sungguh berada di puncak gunung ini. Sikap peniaga-peniaga yang tak henti-henti harrass pengunjung is a major let down. Spoilt terus mood kami nak menikmati pemandangan. Kita baru nak stretching kaki selepas penat 45minit dalam kereta dah dikerumuni peniaga. Kita baru nak tangkap feeling tengok kawah gunung berapi, peniaga-peniaga macam langau (excuse my word) dok pot pet tepi telinga. Memang potong stim! Nasihat saya if you can't resist the temptation - bukan untuk membeli barang tapi kerana orang kita ni kaya dengan sifat kesian - dari kesian nanti tersangkut membeli, jadi masa merayap di puncak gunung tak perlu bawa duit, tak perlu bawa beg tangan, tak perlu sangkut 'puch' atau sling bag di pinggang/bahu, tak perlu pakai barang kemas bling bling - itu semua petanda anda banyak duit. Cukup anda layan 1 penjaja dijamin 10 penjaja akan kerumun anda semuanya guna tagline yang sama "buat pecah telor aja bang". Ye, berapa banyak telur nak dipecahkan?





We spend about 1 hour di puncak gunung tangkupan perahu. Tak larat nak daki mengelilingi kawah ratu. Lutut kiri saya semakin sakit, teramat sakit sebenarnya. Silap juga sebab saya terbeli kasut yang agak ketak menekan di atas tapak kaki. Hasilnya kurang selesa berjalan dan aliran darah pun tak lancar. Lutut saya bengkak hasil kegigihan memanjat gunung :-E. My mum steady je sihat walafiat.
Di puncak gunung akan ada freelance tourist guide yang menawarkan khidmat memandu arah menuruni gunung hingga ke kawah domas. Maaf saya tak tahu di mana kawah domas itu dan berapa jauh, tapi menurut Heri memang makan masa berjam juga ke sana. Nasihat saya dan nasihat Heri juga, janganlah ikut godaan tourist guide semua tu. Bayarannya mahal dan tidak berbaloi. Ramai yang kata pergi sendiri tanpa guide pun boleh. Kami memang tak pergi sampai ke kawah domas sebab itu bukan objektif kami ke tangkuban perahu. Dapat tengok kawah volcano dan nikmati suasana sejuk sudah cukup. Panjat dan turun gunung langsung tak berpeluh, nyaman je. Lepas sejam di puncak kami teruskan perjalanan ke hot spring pula.
Sari Ater Hot Spring
Kolam air panas tempat berendam dan bermandi manda. Ada aktiviti lasak seperti menunggang ATV juga di sini. Sampai je kat sini kami tuju cari musolla dulu. Buat solat zuhur dan jamak takdim solat asar sekali. Di Bandung ada banyak 'masjid' kecil yang kalau dibandingkan di Malaysia setaraf surau tetapi saiznya lebih kecil dari surau. Di tempat-tempat rekreasi kita boleh jumpa musolla. Musollah di Sari Ater besar dan sangat selesa. Bila masuk musolla banyak mata yang memandang saya. Jadi tarikan sebab gaya tudung yang berbeza dengan mereka. Dah tentu that's the biggest give away that I'm not one of them :-).



...bersambung di entry lain
2 comments:
tak de sambungan lagi ke?
ila,
tunggu writing mojo comes back hahaha dasar jenis buat kerja hangat2 tahi ayam mcm nilah... ok insyaAllah will be continued... dah upload pics tp x tulis apa lg... hehe
Post a Comment