Monday 23 April 2012

Bandung - Sightseeing

After my first entry on our Bandung trip which I made a lenghty elaboration about the place we stayed, ada yang bertanya sebenarnya OK ke tak the hotel tu.
Smile. Ye, saya tahu saya cakap ada tanah perkuburan betul-betul di belakang hotel.
Maaf kalau informasi saya itu buat anda rasa spooky.
Put aside my 'discovery' tu, let me assured you, the hotel was superb and is a superb place to stay.
Highly recommended. Servis sangat bagus. Harga reasonable. Lokasi berhampiran airport - cuma 15minit saja perjalanan. Makan pun sedap bangat!
Kalau ada rezeki pergi ke Bandung lagi, saya takkan teragak-agak untuk menginap di sana. InsyaAllah... tapi nak city view lah pulak nak tengok pemandangan kota.

Ok now nak sambung entry. Kali ni pasal aktiviti kami di sana. Tapi rasanya sama je aktiviti semua orang kalau pergi Bandung kan. Ha ha macam boring pulak nak tulis.
Tapi kena tulis juga because this is from my point of view, ye.

Day 1

Tangkuban Perahu

Before we fly off to Bandung we toyed with the idea of going to Jakarta. Ada kawan-kawan saya yang suggested to us alang-alang dah sampai Bandung pergilah melawat Jakarta sekali.
Destinasi tujuan utama adalah Tanah Abang kata mereka. Tempat berjualan fabrik, pakaian dan telekung. Bila difikir-fikir kami cuma ada masa 2 hari penuh setelah ditolak perjalanan pergi-balik.
Jakarta is 3 hours drive away from Bandung, bermakna it will take up the whole day untuk make a return trip. So we scrapped the idea of going to Jakarta and focus on Bandung. Lagipun kat Bandung pun ada tempat jual pakaian dan telekung.

After breakfast at the hotel, Heri came and pick us up at 9am. Our first sightseeing destination was to be the Tangkuban Perahu, a dormant volcano.
Perjalanan mengambil masa 45minit merentasi perkampungan yang berbukit bukau. Kalau nak diikutkan dari kota bandung pun boleh nampak tangkuban perahu tapi sebab kena rentas bukit bukau nak naik ke sana itu yang ambil masa 45minit.
Cuaca agak mendung and as we climbed higher semakin redup dan sejuk.
The roads are very very narrow dan sibuk, haruslah bijak mengemudi kenderaan. Seperti kata Heri, toleransi antara pengguna jalanraya di Bandung sangat tinggi. Saya sangat kagum dengan kesabaran orang Bandung. Dengan jalan yang sempit dan sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan pacuan empat roda dan motor yang kerap mencelah tidak ada seorang pun yang membunyikan hon! Tidak ada yang marah-marah, tiada jelingan pun bila trafik menjadi lembap kerana ada lori sarat memanjat bukit. Tiada geselan!!! Hebat mereka ini.

Sepanjang perjalanan Fahmi terlena dibuai mimpi while saya dan my mum memilih untuk menghayati keindahan alam. Pemandangan kampung dengan rumah yang berderet padat betul-betul di gigi jalan. Ngeri juga bila membayangkan what if ada kenderaan terbabas? Isyyy nauzubillah. Tapi rumah-rumah kampungnya cantik-cantik. Sayang kamera saya rosak sebaik tiba di Bandung - ye, memang pandai dia cari tempat untuk rosak. Tak dapatlah saya nak rakam kecantikan pemandangan Bandung. *sigh* ruginya!!!

Penduduk di kawasan tanah tinggi Bandung suka bercucuk tanam. Di tengah padang hijau yang lapang ini ada kebun sayur. Mereka tanam untuk makan sendiri dan jual di pasar secara kecil-kecilan.


Lereng-lereng bukit juga dimanfaatkan untuk penanaman sayur. Pemandangan sebegini mengingatkan saya kepada Cameron Highland. Yesss... memang sama tetapi di sini jauh lebih sejuk lagi. Kebun-kebun sayur di lereng bukit ini milik persendirian. Kalau yang dikendalikan oleh kerajaan jauh lebih luas dan tersusun. Mereka juga ada ladang penyelidikan yang dikelolakan badan kerajaan similar to FAMA dan MARDI.

Silap pula tak tanya Heri apa nama kampung-kampung yang kami lewati dalam perjalanan ke tangkuban perahu. Saya terlalu ralit dalam dunia saya melihat pemandangan untuk bertanya.

After a while merentasi kampung-kampung kami tiba di pekan Lembang. A small town yang meriah dengan kedai-kedai dan bank.




Banyak sungguh gerai-gerai kecil berjualan makanan menjadi satu pemandangan yang sangat tidak asing di Bandung mahupun di kampung-kampung dan pekan Lembang ini. My mum cakap lebih banyak gerai makan dari orang, dia risau ada ke orang yang beli makanan ni semua ;-)

Selepas meredah pekan Lembang perjalanan kembali menjadi pendakian apabila kami semakin menghampiri gunung tangkuban perahu. Seksa juga mpv suzuki AFV yang dipandu Heri panjat gunung.
Hutan disepanjang pendakian gunung tangkuban perahu kaya dengan pokok-pokok pine. Ini kali pertama tengok pokok pine depan mata. Heri dan hubby agak terkejut saya pantas mengenal pokok pine. Heeee ... banyak faedahnya attend kuliah etnobotani zaman belajar dulu kan.

Satu lagi persamaan dengan Cameron Highland
Di pergunungan ini juga banyak pokok-pokok kecubung @ datura dengan bunga jenis menunduk ke bawah - macam trompet kan? Bila saya tunjuk dekat my mum "Tengok tu pokok kecubung" my mum bangkang. Katanya itu bukan kecubung, pokok kecubung rendah je dan bunganya kecil dan tak terlungkup ke bawah macam ni. Ermmm... saya malas nak menjawab. Saya diam je. Sebenarnya saya susah nak ingat nama pokok kecubung ni sebab saya kenal ia dengan nama latin datura solanacea, hasil kuliah etnobotani juga. Barangkali kat kampung-kampung kat tempat kita yang ada jenis bunga kecil dan pokok rendah kot?

Akhirnya kami tiba di pintu masuk tangkuban perahu. Saya tak ingat how much we paid for the entrance fee.

Bila sampai ke puncak gunung, Heri beri pesanan tegas tapi lembut. Kami diberi amaran that we will be hoarded by peniaga-peniaga barang souvenir yang bersifat suka mendesak. Harga juga mahal 5 kali ganda. Kalau mahu beli tawar 5 kali lebih rendah. Kalau tak mahu beli jangan keluarkan kata-kata tak enak. Memang ramai yang terkena.
Owh tapi memang rimas sungguh berada di puncak gunung ini. Sikap peniaga-peniaga yang tak henti-henti harrass pengunjung is a major let down. Spoilt terus mood kami nak menikmati pemandangan. Kita baru nak stretching kaki selepas penat 45minit dalam kereta dah dikerumuni peniaga. Kita baru nak tangkap feeling tengok kawah gunung berapi, peniaga-peniaga macam langau (excuse my word) dok pot pet tepi telinga. Memang potong stim! Nasihat saya if you can't resist the temptation - bukan untuk membeli barang tapi kerana orang kita ni kaya dengan sifat kesian - dari kesian nanti tersangkut membeli, jadi masa merayap di puncak gunung tak perlu bawa duit, tak perlu bawa beg tangan, tak perlu sangkut 'puch' atau sling bag di pinggang/bahu, tak perlu pakai barang kemas bling bling - itu semua petanda anda banyak duit. Cukup anda layan 1 penjaja dijamin 10 penjaja akan kerumun anda semuanya guna tagline yang sama "buat pecah telor aja bang". Ye, berapa banyak telur nak dipecahkan?

Kawah Ratu. Pertama kali melihat gunung berapi owhhhh amazing! Bau sulfur sangat kuat - busuk dan semakin lama semakin menyesakkan hidung. Terutama kalau ada spot tertentu berwarna kuning (sulfur) yang masih aktif mengeluarkan asap.

Clockwise from middle - kawah ratu, deretan kedai-kedai barang souvenir di cerun gunung, bumbung deretan kedai, kawah yang masih aktif mengeluarkan asap, Fahmi dan Soraya di atas batu, laluan pejalan kaki berpagar, saya & Yaya take 5 selepas penat mendaki, acara wajib bergambar di papan tanda, kawah bertakung kerana hujan semalam.

Fahmi & Yaya berlatarbelakangkan kawah ratu. Tengok Fahmi tak lepas dengan jajannya asyik makan je bukan tengok pemandangan pun


Fahmi & Soraya di atas batu besar. Saya cuba nak panjat tapi hubby tak bagi, buruk kata dia he he he


Pokok-pokok yang berwarna hitam seakan-akan terbakar. Kenapa ye?


We spend about 1 hour di puncak gunung tangkupan perahu. Tak larat nak daki mengelilingi kawah ratu. Lutut kiri saya semakin sakit, teramat sakit sebenarnya. Silap juga sebab saya terbeli kasut yang agak ketak menekan di atas tapak kaki. Hasilnya kurang selesa berjalan dan aliran darah pun tak lancar. Lutut saya bengkak hasil kegigihan memanjat gunung :-E. My mum steady je sihat walafiat.

Di puncak gunung akan ada freelance tourist guide yang menawarkan khidmat memandu arah menuruni gunung hingga ke kawah domas. Maaf saya tak tahu di mana kawah domas itu dan berapa jauh, tapi menurut Heri memang makan masa berjam juga ke sana. Nasihat saya dan nasihat Heri juga, janganlah ikut godaan tourist guide semua tu. Bayarannya mahal dan tidak berbaloi. Ramai yang kata pergi sendiri tanpa guide pun boleh. Kami memang tak pergi sampai ke kawah domas sebab itu bukan objektif kami ke tangkuban perahu. Dapat tengok kawah volcano dan nikmati suasana sejuk sudah cukup. Panjat dan turun gunung langsung tak berpeluh, nyaman je. Lepas sejam di puncak kami teruskan perjalanan ke hot spring pula.



Sari Ater Hot Spring

Kolam air panas tempat berendam dan bermandi manda. Ada aktiviti lasak seperti menunggang ATV juga di sini. Sampai je kat sini kami tuju cari musolla dulu. Buat solat zuhur dan jamak takdim solat asar sekali. Di Bandung ada banyak 'masjid' kecil yang kalau dibandingkan di Malaysia setaraf surau tetapi saiznya lebih kecil dari surau. Di tempat-tempat rekreasi kita boleh jumpa musolla. Musollah di Sari Ater besar dan sangat selesa. Bila masuk musolla banyak mata yang memandang saya. Jadi tarikan sebab gaya tudung yang berbeza dengan mereka. Dah tentu that's the biggest give away that I'm not one of them :-).

Di Sari Ater



Fahmi menikmati aiskrim sambil berendam kaki. Di Sari Ater juga kami diganggu penjaja aiskrim yang sanggup mengekor kami sampai ke musolla. Ingatkan bila kami solat dia pun pergilah. Siap solat kami keluar tengok dia masih setia menanti! Tips nya, silalah beli barang setangkai dua aiskrim. Selagi tak beli selagi itu dia akan mengekor. Rimas. Tapi harus dipuji sikap mereka yang sangat proaktif mencari rezeki.


Milik siapa? Kaki kecil tu saja menyibuk, dia tak berani pun rendam kaki. Setakat letak atas batu. Memang panas air di sini lebih kurang 35C. Di sini tapisan kedua.Tips nya kalau nak rendam kaki di sini kena celup kaki dan tunggu sampai kulit kita adapt kepada suhu air. Jangan celup dan tarik kaki keluar bila tak tahan panas sebab sampai ke sudah kita tak boleh sesuaikan dengan suhu air. Kolam pertama paling panas 42C. Separuh masak mak!



...bersambung di entry lain

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

tak de sambungan lagi ke?

Liasari said...

ila,
tunggu writing mojo comes back hahaha dasar jenis buat kerja hangat2 tahi ayam mcm nilah... ok insyaAllah will be continued... dah upload pics tp x tulis apa lg... hehe