Monday, 20 May 2013

Restoran 'Bumbung Hijau' di Rusila, Marang

Sekarang ini kalau kami balik ke Kuala Terengganu, dalam perjalanan balik ke KL semula, singgah sarapan di 'restoran bumbung hijau' di Rusila, Marang jadi sebahagian agenda wajib. Sebab apa? Sebab nasi dagangnya tersangatlah sedap!

Kali pertama singgah di sini was 2 years ago. Masa percutian kami yang ini. Masa tu kami tak bermalam pun kat rumah arwah atuk saya. Kami bantai lepak hotel di Teluk Ibai je. Kat hotel takde langsung hidangan tradisi Ganu. Selama 2 hari itulah kami jadi kemaruk nak makan nasi dagang. Balik ganu haruslah makan nasi dagang. Kalau tidak, serupa tak balik langsung lah. Pagi akhir di sana, kami check out sekitar jam 10pagi. Itupun sesudah breakfast. Dalam kereta mr hubby masih mengomel, tak puas hati. Dah nak balik sebutir nasi dagang pun tak merasa lagi ni. Dari Teluk Ibai kami pandu kereta perlahan sambil mata mengintai-intai kalau ada tempat makan yang masih beroperasi. Almaklum jam 10pagi tu sudah kira siang benar, banyak menu sarapan pagi yang dah habis. Akhirnya saya ternampak sebuah restoran berbumbung hijau ini. Alhamdulillah dapat nasi dagang 2 pinggan, one for me one for mr hubby. Itu je pun baki yang tinggal. Gulai ikan aye dia masyaAllah... memang world sangat. Hahaha... itu komen orang kemaruk. 


Nasinya sebutir-sebutir tapi lembut.


Kerana masih terimbau-imbau gulai ikan aye yang  world itu, masa balik kenduri kahwin sepupu saya bulam Mac lepas, kami selitkan agenda singgah sarapan di restoran bumbung hijau dalam perjalanan balik. Dek kerana nak sempatkan makan nasi dagang ni, sanggup bersiap terus lepas subuh tu. Bajet nak keluar awal. Takut terlambat nanti habis you! Ha ha ha.

Berbekalkan memori saya semata-mata, sebaik tiba di Teluk Ibai kami mula pandu perlahan menyusuri Rusila. Hati berdebar-debar takut terlepas. Yang saya ingat mesti jumpa 1 traffic light simpang 4, kemudian ada pondok bas diikuti papan tanda sebuah kampung pesisir pantai diperbuat dari tayar lori. Traffic light dah jumpa, pondok bas banyak dah lepas... ehhh tayar lori pun dah 2 kunampak... tapi bumbung hijau belum ketemu. Rasa macam dah jauh je ni. Aduhaiii janganlah terlepas.


Dalam cuak akhirnya tu diaaa...


Alhamdulillah tepat gambaran visual yang terpahat dalam ram memori saya - 'restoran bumbung hijau'. Hanya satu ini saja di Rusila. Di tepi jalan utama, Jalan Pantai Rhu Dua.


Tempat parking kereta cukup luas. Tak susah nak berhenti makan. Restorannya adalah lot kedai bina sendiri 1 tingkat yang dibina di atas tanah persendirian. Berkeluasan yang sangat selesa. Kali kedua ini barulah saya tau, nama sebenar restoran adalah Warung Rusila 2. 




Pemiliknya seorang lelaki dari lesen perniagaan yang terpampang. Menariknya restoran ini dikendalikan oleh pekerja-pekerja 100% wanita. Dari dapur hingga ke depan. Pembancuh air, pelayan dan cashier semuanya perempuan. Muda-muda pulak tu. Berbaju kurung dan bertudung kemas siap berapron. Sangat tertib, sopan tingkah laku dan butir bicara. Pelanggan masuk terus dilayan. Dan pelayan yang sama akan pastikan hidangan tiba lengkap dengan sudu garfu dari nasi, air hingga ke tisu. Takdelah dibiarkan kita cari sendiri sudu garfu dan tisu biarpun semuanya ada di meja sebelah saja. Nampak sangat komited. Hingga mr hubby kata barangkali restoran ini dari owner hingga ke pekerja adalah dari kalangan adik beradik atau ada pertalian saudara. Masing-masing cukup menjaga. Hmmm mungkin ada benarnya teori mr hubby tu. Ada tempat makan yang kita pergi sungguhpun pelayan ramai tapi nak kena lambai berulang kali baru pelayan mampir. Itu belum dapat jenis yang kita duduk dekat 15minit jangankan layan pandang pun buat derk aja. Kat sini pula jangan haraplah nak dengar suara orang menjerit memanggil pelayan, jerit pekik antara pelayan jauh sekali. Aman!

Restoran juga bersih hingga kita rasa tenang dan lapang dada di sini. Bila saya kata bersih bukan bersih pandangan mata kasar saja, bau yang tak menyenangkan pun tiada. Tidak menghairankan kalau restoran ini diberi tahap A untuk kebersihannya!



Air milo ais yang sedap. Pekat dan cukup rasa. Tersenyum senang dapat minum air sejuk di pagi hari!

Makan? Untuk sarapan gaya pantai timur boleh pilih nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning ataupun 'nasi kunyit' (istilah pulut kuning bagi pantai timur). Pilihan lauk gulai ikan aye, gulai ayam, kurma ayam atau ayam goreng. Roti canai pun ada. 


Sekian saja review saya. Bukan setakat review makanan, habis dengan pekerja-pekerjanya sekali saya kasi review. Itu tanda hati sudah tangkap pesona... Ha ha ha. 






4 comments:

syaz said...

marang kampung mak saya tu kak. kl balik msia, tiap2 mggu drive KT-marang tapi xperasan plak kedai ni.

Liasari said...

Syaz,

lah ye ke? ok next time syaz balik try cari ye... klu from KT it will be on ur left. oh btw, i've tried SR punya beef noodles... ummm yummmssss! ;-)

syaz said...

ok! kl saya jumpa kedai tu sy uploadkan akk gmbr nasik dagang :P rasanya tahu kot kewujudan kedai hijau tu tapi oleh sebab byk sgt kedai mkn sepanjang jalan, jadi tak tersinggah.

sedap kan yg kat SR! boleh celen yg original vietnam punya tak? hehe ;)

Liasari said...

Syaz,

beef noodles tu... org kata klu x dpt gading, tanduk pun jadilah. hjh basiroh punya & SR punya both ada keistimewaan tersendiri. one day u got to try hjh basiroh punya pulak hehe