Thursday, 27 August 2009

6 Ramadhan 1430H - Bubur Butir Nangka

semalam hubby mengomel sebab hidangan iftar takde 'starter' katanya. selalu berbuka mesti alas perut dulu, solat maghrib kemudian barulah makan hidangan yang agak berat sedikit. aku sendiri tak kisah, ada starter atau tidak asalkan dapat berbuka cukup. tunggulah nanti saat penghujung puasa bila kerja makin menghambat masa, waktu tu lagilah aku takde masa nak berbuka proper. kalau dapat minum air suam dan kurma pun cukup kemudian sambung kerja.

jadi untuk iftar hari ini aku buatlah starter, that is roti john. sekejap aja dah licin pinggan, tak sempat nak snap pic. untuk main pula ku hanya masak nasi goreng sardin. sempoi kan? i had mine with keropok and sambal tempe leftover semalam

sebab terlebih rajin sikit, hari ni siap dengan dessert bubur butir nangka kusediakan. ada sesuatu yang special hari ini... hubby sediakan air bandung!hmm bukan senang nak tengok dia turun ke dapur ;-) ada yang gemuk, ada yang kurus. takde ISO punya tukang bikin kuih ni

Tuesday, 25 August 2009

4 Ramadhan 1430H

hari ini nyaris aku tak sempat siapkan hidangan iftar gara2 meeting mengejut kat ofis yang berakhir jam 6.30petang. mujur sepanjang jalan di terminal 3 menghala ke subang perdana tak sesak today, dapatlah aku reach home in less than 15mins (pasal tu lah sayang nak pindah dari sini coz dekat dengan ofis!)

itupun seawal jam 3.30petang aku dah sms hubby bagi instruction what to do with the ayam tandoori yang dah siap perap dalam fridge. just in case aku tak sempat juga sampai rumah in time, ku minta hubby tolong bakarkan dalam oven. as for the dalca sayur, since takde sapa kat rumah yang tau cara nak memasaknya, kusuruh siapkan bahan2nya aja.


plan asal nak buat roti naan. malangnya tepung atta yang kujumpa kat kedai malam tadi dah buruk berulat. euwww! entah macam manalah kedai tu boleh letak tepung buruk atas rak display. terpaksalah aku tukar rancangan kepada roti paratha segera aja. selain daripada roti naan, kusuruh kakak masak nasi beriyani. sengaja pelbagaikan hidangan karbohidrat tu supaya masing2 boleh pilih nak makan nasi or roti. nampak gayanya anak2 pilih nasi... maklum jelah bau nasi beriyani tu menggamit2 selera.

hari ni ada sebab yang munasabah juga kenapa kami hidangkan nasi beriyani. rupa2nya anak gadisku yaya berjaya puasa penuh dengan kehendak dan rela hatinya sendiri tanpa dipaksa2 mahupun perlu dipujuk. cool aja dia isi masa lapang dengan melukis dan mewarna petang tadi sementara menunggu waktu berbuka. i'm so proud of her. :-)
before iftar
during iftar

Monday, 24 August 2009

3 Ramadhan 1430H - Gulai Ikan Tongkol

hari ni tekak teringin nak makan nasi dagang. memang sedang elok dah teringin tu, sebab dalam fridge pun ada seekor ikan tongkol. sayangnya aku terlupa yang stok beras pulut dah kehabisan. hmmm... takpelah makan gulai ikan tongkol dengan nasi putih pun sedap!


blister kat lidah dan mulut fahmi dah makin kurang. selera makannya pun dah datang balik walaupun tak sehebat sebelum ni. demam dia pun dah agak kebah, cuma dedar ajalah. semalam selain pizza, aku masakkan juga bubur lambuk ayam untuk dia. masa iftar semalam dia tak jamah pun. sudahnya jadi habuan bersahur hubby pagi tadi dan juga habuan sahur fahmi.

alhamdulillah despite blister yang menyakitkan fahmi berjaya puasa penuh today, kali yang pertama after 3 days umat Islam berpuasa. okaylah tu, kuat juga semangat dia. aku janji nak belikan aiskrim untuknya kalau dia puasa penuh today. lepas isyak ni kena ke kedailah jawabnya heheh. yaya pulak dah 3 hari berturut3 dia berpuasa separuh hari. dia berbuka sekitar jam 5.45petang tadi. takpelah tu, untuk permulaan ni kira dah cukup bagus.

Sunday, 23 August 2009

2 Ramadhan 1430H

i made chicken pizzas for iftar today. the menu was transpired by the conversation that fahmi and farah, my niece had in the car while we were on our way to jusco seremban 2 for raya shoe shopping earlier this morning.

farah to fahmi : kakak suka kalau buka puasa makan kfc, best...
fahmi to farah : eh kita tak boleh makan kfc lah
farah to fahmi : kenapa pulak, kakak suka kfc best
fahmi to farah : kita tak boleh makan kfc. dia tu ambik duit kita lepas tu dia beli peluru banyak2 buat bunuh anak-anak orang Islam
farah to fahmi : kalau macam tu kita makan pizza hut jelah
fahmi to farah : pizza pun sama, tak boleh. kalau nak makan pizza biar mama je yang buat
farah (exasperated that semua yang dia cakap dibangkang fahmi yang 3 years younger than him) : okaylah kita makan pizza mummy buat! horayyyy!!!

chicken pepperoni takde, pakai sausages sajalah

thanks to fahmi, i had to shopped for bahan2nya after our shoe shopping. kalau kat our house in subang most of the ingredient dah sedia ada dalam fridge. tapi kat rumah my mom manalah ada mozzarella, pepperoni, capsicum and mushroom semua. before that i had to call hubby psiko dia supaya kami berbuka lagi hari ni kat rumah my mom. which means kami cuma akan bertolak semula ke subang after terawih.

adakah budak berdua tu makan pizza yang kubuat? ohh tidak sama sekali. beriya2 mereka bersorak nak makan pizza akhirnya jadi habuan my brother and hubby, of course. ;-)

Saturday, 22 August 2009

1 Ramadhan 1430H

the kids mula berpuasa hari ini. sengaja kukejutkan mereka bangun sahur lewat sedikit. lagipun budak berdua masih dalam proses latihan, so bagi kelonggaran sikit biar perlahan2 mereka dapat sesuaikan diri. sahur mereka ialah jam 7 pagi tadi. this will be the 2nd time for fahmi & the first time for yaya. they had nasi goreng sardin dan sekeping wafer coklat each.

badan fahmi agak suam2 panas. petanda awal dia nak demam. sambil aku menaip entry ni pun perut dia tak berhenti2 berbunyi. kenapa agaknya ye? padahal baru je bersahur. stomach dia upset agaknya. lagipun dia tak makan banyak sahur tadi. lidah dia ada 2 tompok blister. dan bila kubelek lagi rupanya ada satu blister ditepi sebelah dalam bibirnya. patutlah sejak malam tadi dia lebih banyak mendiamkan diri sambil mengulum bibir. kesian dia. patut pun kurang selera makan.

okay i'm off to the clinic. got to get the doctor to check him. lepas tu nak fetch yaya from her saturday class pulak and after that we are off to my mom's house in seremban. my niece yang berumur 2 tahun asyik call sejak malam tadi suruh 'mummy'(nama panggilan anak2 saudara pada ku) balik. geram kat dia, debab... jagalah dia kugomol petang nanti.

Friday, 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H

syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dan keizinanNya dipanjangkan usia kita untuk berkesempatan bertemu Ramadhan 1430H. i'm always excited about Ramadhan, selalu tertunggu2 dan bila dah menempuhinya terasa tak mahu Ramadhan berakhir sampai bila2. itulah perasaan orang yang lemah iman macam aku ni. sebab Ramadhan selalu aku jadikan titik tolak untuk muhasabah diri, perbaiki kelemahan, tetapkan keazaman, buat perubahan dan sebagainya. yess aku tau semua tu seharusnya kita perbaiki selalu, tapi bagi orang yang lemah macam aku ni, Ramadhan umpama beri aku kekuatan yang sangat berlainan dan umpama satu lembaran baru dalam hidup aku selalu bermula dengan Ramadhan.

percaya atau tidak, sehingga sebelum 12 Ramadhan tahun 2001 aku tak pernah amalkan membaca surah Yasin, apatah lagi setiap malam jumaat. ye, dulu memang aku selalu mengaji, hampir setiap malam selepas solat maghrib tapi bila tiba malam jumaat aku tak pernah baca surah Yasin, malah aku mengaku tak berapa lancar membaca Yasin sebab tak amalkan selalu. sehinggalah 12 ramadhan tahun itu bila tiba2 aku dikejutkan berita kematian arwah abang ipar. disubuh hening masa bangun sahur barulah aku dapat mesej. hati tak tenteram - sedih, gelisah dan kecewa sebab aku ketika itu jauh di port klang takde kenderaan sendiri nak balik kampung. mahu tak mahu kena tunggu jam 6.30 to board the first bus. nak tenteramkan hati aku ambil wuduk, ambil al-Quran dan buat pertama kalinya helaian pertama yang kuselak adalah surah Yasin.

Maha Suci Allah, aku yang tak berapa lancar membaca surah Yasin ni secara mudah dapat mengalunkan kalimat2 suci itu dengan penuh khusyuk. dan buat pertama kalinya aku betul2 rasa tenang, satu perasaan tenang,nyaman dan reda yang tak pernah aku rasakan sebelum ini. betapa besarnya nikmat surah itu, barulah kini kutahu. betapa ruginya aku sebelum ini. dan betapa bertuahnya aku kerana masih berpeluang discover kelebihannya. syukur Alhamdulillah. sesungguhnya Ramadhan tahun tersebut dan pemergian arwah abang ipar tahun itu banyak memberi kesan dalam hidupku.

okaylah enough with my ramblings. harap jangan muntah membacanya. it's not easy to confess that you are just an ordinary human being with flaws and everything. nobody is perfect but Allah swt.

kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban WA ballighnaa Ramadhan Aminn.

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Tuesday, 11 August 2009

Latih Puasa

tak terlewat nak ucapkan terima kasih to all my friends yang tinggalkan comment on my entry pasal my homemade cakes. you guys witnesses my passion for baking grows from day to day. Daripada takde tools sampailah ada tools, my mad trip up and down ke bagus kota damansara and wilton, my experiment with my new found tools, disogokkan dengan macam2 gambar kek2 yang kubuat – ada yang hodoh, yang jelik sampailah yang senonoh. It means so much to me to share it with you, walaupun setakat dalam entry atau melalui gambar aja. okay sudah2lah bercakap pasal kek dah ada satu blog khas untuk itu.

mari kita bercerita pasal Ramadhan yang lebih kurang seminggu lagi nak tiba. Alhamdulillah ramadhan tahun lepas kami dah berjaya melatih fahmi berpuasa. walaupun tak puasa penuh sebulan tapi berjaya juga dia gagahkan diri cukupkan 10hari. itupun sebab aku yang terlewat melatih dia, agaknya kalau sejak awal ramadhan aku mulakan entah2 dapat dia puasa 30hari penuh. anak sulung aku ni boleh tahan kuat semangat dia dan agak mudah nak dibentuk. yang penting kita tak putus bagi semangat dan psiko dia. harapan kami ramadhan kali ini bertambah jumlah hari dia berpuasa. insyaAllah...

yang agak merisaukan kami ialah yaya. minah ni terlebih manja - bukannya dimanjakan tapi dia yang memanjakan diri sendiri. dia ni agak lembik skit, tapi bukan sebab dia lembik, cuma dia suka buat2 lembik. geram dengan dia. sebagai persediaan awal, semalam kami ajak kedua2nya berpuasa. cuma sahur untuk kedua2nya kami lewatkan sekitar waktu biasa mereka bersarapan pagi. target aku bukanlah nak mereka puasa penuh, kalau dapat separuh hari pun cukup.

petangnya aku telefon rumah nak dapatkan update terkini pasal kedua2nya. nak ketawa aku bila kakak cerita yang yaya tak lena tidur sebab perut terlalu lapar. dia berbuka jam 4 petang walaupun kakak dah pujuk dia berbuka awal sebenarnya. yang melucukan aku bukannya pasal dia kelaparan tapi bila dengar sebaik je dia dapat makan terus dia tidur lena petang tu. kesian dia.

fahmi pula tak boleh diharap. beriya2 dia nak berpuasa, sampai kat sekolah dia join kawan2 minum pagi dan makan tengahari berlaukkan ikan masak kicap, carrot dan ubi kentang! bila hubby balik kerja hubby kata fahmi pura2 lembik bersandar atas sofa. uisyy pandai berlakon anak mama ni ye. nampak gaya bulan ramadhan nanti kena pesan betul2 dengan cikgu dia yang dia puasa.