Sunday, 30 August 2009

9 Ramadhan 1430H - Do You Speak Spanish?

i bought a small box of canelones (canelloni in italian)yesterday at cold sotrage subang parade. i've been looking for one for a long long time and for once i thought i'd never found one in malaysia. i've been subsituting canneloni with lasagna sheet dan gulung to resemble the actual canneloni. until yesterday... rasa macam tak percaya pulak bila dah jumpa.


mula2 ingat canelones/canelloni ni memanglah datang dalam bentuk roll berlubang di tengah untuk letak filing. bila sampai rumah ku keluarkan dari packing rupa2nya bentuk flat juga macam lasagna sheets. huh... kenalah aku gulung sendiri.

timbul satu lagi masalah. aku tak tau how to prepare the canelones sheets. the instructions at the back of the small box were written in Spanish! kalau aku gamble sendiri rasa2nya cara penyediaan tu sama kot macam buat lasagna. still aku tak nak ambil risiko aku pergi ke babel fish and type the whole thing semula... in spanish! merangkak2 lah akak nak type word by word. nak tau what it says? well basically my first thought about how to prepare the sheets were confirmed by this translation. just for the fun of it i'm going to paste the whole thing below. happy reading




and the english translation:

in a casserole with just a little bit of oil and butter sofrie the meat of calf and the breast of chicken, divided and add cut ham. to sprinkle it with sherry and, when one has evaporated, to add the tomato to him and to ripen it with salt and pepper. cuecelo during hour and a half, soon retiralo and leaves cools off. pasalo by the cabbage-cutter and guardalo for the filling. while, you boil the plates of canelones in abundant boiling water with salt. narrow-hipped and once cold, pon in each plate two spoonfuls of the filling. soon ponlas in a source, previously greased with butter. it extends a white sauce layer superficially, dusts rallado cheese and soon it adds scattered cowhistles of good butter. it puts the source in the hot furnace during 20 minutes to 180c

certain word tak make sense and sounds funny but at least it helps. so when will i make the canolones? filingnya dah siap kubuat malam tadi, sekarang tengah duduk dalam freezer tunggu masa yang sesuai. buat bila hubby balik nanti kot. marah pulak dia nanti kalau kami makan sedap2 tanpa dia hehe

Saturday, 29 August 2009

8 Ramadhan 1430H - Kisah Kuih Lempeng Hijau

sedar tak sedar dah lebih 1 minggu umat Islam berpuasa. alhamdulillah sehingga hari ini dikurniakan kesihatan yang elok walaupun a few days towards ramadhan tempohari aku dan hubby kena stomach bug yang berlarutan sampai seminggu.

hubby left to his kampung pagi tadi. i choose not to go with him. lagipun tahun ni kami memang akan balik beraya di kampung dia, so tunggu nanti akhir ramadhan barulah kami balik sama2. awal2 pagi tadi lagi aku dah mula mengatur bahan untuk buat kuih raya. amboiii awal bebenor iye tak? tapi biarlah awal pun sebab 2 weeks before raya lagilah padat jadual kunanti. buat masa sekarang aku tak ambil apa2 tempahan kek sehinggalah 2 minggu akhir ramadahn akan mula sibuk semula. so elok selesaikan keperluan raya kami sekeluarga dulu sebelum keciciran. ;-) kita tinggalkan dulu cerita kuih raya, gambar kuih ni upload esok aja.

since hubby takde and left the 4 of us aku ingatkan tak perlulah juadah iftar kami mewah2 sangat, buat seringkas mungkin je cukuplah. rupa2nya anak bujang ku fahmi pulak ganti tempat daddy dia dengan bermacam2 permintaan. amboiii selera bukan main lagi. sejak tengahari lagi dia minta nak kuih 'lempeng hijau inti manis'. jammed kejap kepala otak aku dok fikir kuih apa yang dia cakap ni. mujur hubby tolong translatekan, rupanya dia maksudkan kuih ketayap yang berintikan kelapa tu. mula2 aku buat tak tau je. minta hubby carikan kelapa parut putih before he left dia plak keberatan. petang tadi fahmi sebut lagi lempeng hijau. bila aku explain kat dia nak buat kuih tu kena ada kelapa parut putih kalau takde tak boleh buat. terus dia diam.

sedang aku sibuk menggentel kuih buah tanjung kat dapur dia datang lagi dengan pertanyaan dalam pernyataan.
fahmi : mama... mama... buah kelapa tu warna apa?
aku yang terus terfikirkan kuih lempeng hijau berinti kelapa terus je jawab, "kelapa yang nak buat kuih tu warna putih..."
fahmi : buah kelapa kan warna kuning, mari sini mama tengok (sambil ajak aku jengah ke luar rumah)
fahmi : itu kan pokok kelapa tu, ada buah dia kaler kuning kan mama?
aku : memanglah itu buah kelapa tapi itu kelapa untuk minum (kelapa gading jiran sebelah). kelapa yang buat kuih ni isi dia keras kaler putih, buah dia dah tua kaler coklat.

aduhaii rupa2nya bila aku kata takde kelapa terus dia ligat cari jalan nak membolehkan juga aku buat lempeng hijau idaman dia.kesian kat dia punya pasal petang tu before iftar aku bawa dia ke pasar ramadhan depan rumah cari lempeng hijau. puas juga berjalan baru jumpa satu gerai yang jual kuih ketayap aka lempeng hijau tu. lega dapat lepaskan hajat si kecik yang berpuasa ni.
hasil tangkapan di pasar ramadhan terus 'tersauk' cempedak goreng idaman yaya dan pulut panggang (yang ni pun melayan selera fahmi juga). puas hati fahmi dapat makan semua ketiga2 lempeng hijau tanpa gangguan orang!
ni lah rupa buah tanjung. kuih tradisional terengganu ni aku yang mengidam.
our dinner - chicken chop dengan mashed potao. malas nak buat salad bukannya budak2 berdua ni makan pun.
rezeki... teman ofis bagi bubur pedas. ni menu istimewa orang sarawak, teman ofis ni memang orang sarawak. sedap... my maid kata kat kampung dia di medan pun ada bubur ni. apalagi sedaplah dia melepas rindu.

dah panjang dah cerita entry malam ni. ikutkan hati nak pulun lagi tapi sesak pulak page ni nanti. malam ni kami anak beranak tidur bertiga atas katil... bertepek2. 'bantal busuk' ku takde 2 malam nak peluk sapa eh?

Friday, 28 August 2009

7 Ramadhan 1430H - Prawn Wantan & Roti John

malam ni cuti solat terawih berjemaah kat masjid. aku ambil giliran supervise fahmi buat take home ujian bulanannya yang dah masuk 1 minggu masih tak siap lagi. anak bujang ni buat homework umpama burung belatuk, disuruh ketuk dia ketuk. rupa2nya dia sendiri pun tak faham apa yang ditulis, nak menyebut perkataan itu pun dia tak tahu. patutlah huruf2 yang ditulisnya kadang2 salah, tak make sense langsung! contohnya ada gambar arm kat sebelah kiri kertas ujian dengan arahan tulis/eja anggota tersebut. instead of tulis a.r.m. dia tulis d.r.m. terkulat2 aku membacanya sampai naik juling. bila kutanya apa benda yang ditulis, dia terus geleng kepala. aduhaii... apa benda yang diajar kat sekolah ni? nampak gaya buka sekolah lepas cuti semester ni kenalah aku menghadap cikgu dia.

berbalik kepada solat terawih. ni bukan nak cerita bangga diri tapi sekadar berkongsi kisah harian. masjid kat rumah aku ni luar biasa ramai jemaah yang bertandang berterawih kali ini. sampaikan kereta melimpah ruah sampai ke lorong rumah aku, yang blok jalan terus jangan cakaplah. tapi sejak dua hari lepas aku mula bertandang ke masjid dah agak kurang pula ramainya. pun begitu kanak2 punyalah ramai. which is good, itupun kalau mereka betul2 ikut solat bersama. tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. kanak2 terutamanya yang lelaki dok buat bising yang terlampau sangat. malam tadi aku betul2 naik darah, rasa nak pergi tampar je mulut setiap sorang. yang peliknya parents diaorang buat dunno je.

itulah salah satu sebab kenapa aku tak bawa fahmi ke masjid. aku cuma bawa yaya aja sebab yaya ni behave, dia dah 3 kali ikut berterawih langsung tak buat hal. walaupun solatnya panjang dan lama dia ikut je, kalau dah penat dia keluar saf duduk kat belakang. cuma fahmi je yang aku & hubby kurang percaya sikit... dari pengalaman lepas kami rasa biarlah dia dirumah aja sebab dia punya self control agak kurang berbanding yaya. bukan aku membeza2kan anak, tapi daripada dia datang ke masjid sekadar nak buat bising berlari sana sini menggangu orang solat biarlah dia buat homework je kat rumah.

malam ni just nak tempek gambar starter iftar kami petang tadi. roti john (yang tak sempat snap pic semalam) dan prawn wantan.

Thursday, 27 August 2009

6 Ramadhan 1430H - Bubur Butir Nangka

semalam hubby mengomel sebab hidangan iftar takde 'starter' katanya. selalu berbuka mesti alas perut dulu, solat maghrib kemudian barulah makan hidangan yang agak berat sedikit. aku sendiri tak kisah, ada starter atau tidak asalkan dapat berbuka cukup. tunggulah nanti saat penghujung puasa bila kerja makin menghambat masa, waktu tu lagilah aku takde masa nak berbuka proper. kalau dapat minum air suam dan kurma pun cukup kemudian sambung kerja.

jadi untuk iftar hari ini aku buatlah starter, that is roti john. sekejap aja dah licin pinggan, tak sempat nak snap pic. untuk main pula ku hanya masak nasi goreng sardin. sempoi kan? i had mine with keropok and sambal tempe leftover semalam

sebab terlebih rajin sikit, hari ni siap dengan dessert bubur butir nangka kusediakan. ada sesuatu yang special hari ini... hubby sediakan air bandung!hmm bukan senang nak tengok dia turun ke dapur ;-) ada yang gemuk, ada yang kurus. takde ISO punya tukang bikin kuih ni

Tuesday, 25 August 2009

4 Ramadhan 1430H

hari ini nyaris aku tak sempat siapkan hidangan iftar gara2 meeting mengejut kat ofis yang berakhir jam 6.30petang. mujur sepanjang jalan di terminal 3 menghala ke subang perdana tak sesak today, dapatlah aku reach home in less than 15mins (pasal tu lah sayang nak pindah dari sini coz dekat dengan ofis!)

itupun seawal jam 3.30petang aku dah sms hubby bagi instruction what to do with the ayam tandoori yang dah siap perap dalam fridge. just in case aku tak sempat juga sampai rumah in time, ku minta hubby tolong bakarkan dalam oven. as for the dalca sayur, since takde sapa kat rumah yang tau cara nak memasaknya, kusuruh siapkan bahan2nya aja.


plan asal nak buat roti naan. malangnya tepung atta yang kujumpa kat kedai malam tadi dah buruk berulat. euwww! entah macam manalah kedai tu boleh letak tepung buruk atas rak display. terpaksalah aku tukar rancangan kepada roti paratha segera aja. selain daripada roti naan, kusuruh kakak masak nasi beriyani. sengaja pelbagaikan hidangan karbohidrat tu supaya masing2 boleh pilih nak makan nasi or roti. nampak gayanya anak2 pilih nasi... maklum jelah bau nasi beriyani tu menggamit2 selera.

hari ni ada sebab yang munasabah juga kenapa kami hidangkan nasi beriyani. rupa2nya anak gadisku yaya berjaya puasa penuh dengan kehendak dan rela hatinya sendiri tanpa dipaksa2 mahupun perlu dipujuk. cool aja dia isi masa lapang dengan melukis dan mewarna petang tadi sementara menunggu waktu berbuka. i'm so proud of her. :-)
before iftar
during iftar

Monday, 24 August 2009

3 Ramadhan 1430H - Gulai Ikan Tongkol

hari ni tekak teringin nak makan nasi dagang. memang sedang elok dah teringin tu, sebab dalam fridge pun ada seekor ikan tongkol. sayangnya aku terlupa yang stok beras pulut dah kehabisan. hmmm... takpelah makan gulai ikan tongkol dengan nasi putih pun sedap!


blister kat lidah dan mulut fahmi dah makin kurang. selera makannya pun dah datang balik walaupun tak sehebat sebelum ni. demam dia pun dah agak kebah, cuma dedar ajalah. semalam selain pizza, aku masakkan juga bubur lambuk ayam untuk dia. masa iftar semalam dia tak jamah pun. sudahnya jadi habuan bersahur hubby pagi tadi dan juga habuan sahur fahmi.

alhamdulillah despite blister yang menyakitkan fahmi berjaya puasa penuh today, kali yang pertama after 3 days umat Islam berpuasa. okaylah tu, kuat juga semangat dia. aku janji nak belikan aiskrim untuknya kalau dia puasa penuh today. lepas isyak ni kena ke kedailah jawabnya heheh. yaya pulak dah 3 hari berturut3 dia berpuasa separuh hari. dia berbuka sekitar jam 5.45petang tadi. takpelah tu, untuk permulaan ni kira dah cukup bagus.

Sunday, 23 August 2009

2 Ramadhan 1430H

i made chicken pizzas for iftar today. the menu was transpired by the conversation that fahmi and farah, my niece had in the car while we were on our way to jusco seremban 2 for raya shoe shopping earlier this morning.

farah to fahmi : kakak suka kalau buka puasa makan kfc, best...
fahmi to farah : eh kita tak boleh makan kfc lah
farah to fahmi : kenapa pulak, kakak suka kfc best
fahmi to farah : kita tak boleh makan kfc. dia tu ambik duit kita lepas tu dia beli peluru banyak2 buat bunuh anak-anak orang Islam
farah to fahmi : kalau macam tu kita makan pizza hut jelah
fahmi to farah : pizza pun sama, tak boleh. kalau nak makan pizza biar mama je yang buat
farah (exasperated that semua yang dia cakap dibangkang fahmi yang 3 years younger than him) : okaylah kita makan pizza mummy buat! horayyyy!!!

chicken pepperoni takde, pakai sausages sajalah

thanks to fahmi, i had to shopped for bahan2nya after our shoe shopping. kalau kat our house in subang most of the ingredient dah sedia ada dalam fridge. tapi kat rumah my mom manalah ada mozzarella, pepperoni, capsicum and mushroom semua. before that i had to call hubby psiko dia supaya kami berbuka lagi hari ni kat rumah my mom. which means kami cuma akan bertolak semula ke subang after terawih.

adakah budak berdua tu makan pizza yang kubuat? ohh tidak sama sekali. beriya2 mereka bersorak nak makan pizza akhirnya jadi habuan my brother and hubby, of course. ;-)