Wednesday, 20 October 2010

Craziest Weekend Part I

I warn you, this entry is going to be the longest entry ever. Lama tak upload bukannya tak ada cerita. Tapi saya berehat dari blogging sebentar, melepaskan penat yang terkumpul minggu lepas.

What a crazy weekend we had. None of us (read: me, hubby & kakak) had any rest. Our weekend were filled with work, work and more work. I've never had to work 7 days a week, but last week the 7days that we had pun rasa tak cukup! Itupun sampai stayed up late til 2-3am in the morning. Crazy!

Nak tau macam mana our weekend became a crazy weekend? It started with me. Seperti biasa, tukang masak diraja was booked to bake cakes. Banyak order last week tapi saya dah atur jadual sebaik mungkin. By mid week saya sudah berjaya deliver my promises, yang tinggal hanya 1 order sahaja for Sunday. Saya sudah happy, sebab saya ingat bolehlah saya rest, layan my kids, membelai pokok, mula berjogging semula selepas saya tinggalkan jogging for 2 months due to observing Ramadhan and Raya. Tiba-tiba ada customer yang sudah confirmed order next weekend nak percepatkan tarikh kepada 17 Oct. Mengenangkan si dia adalah one of my most loyal customer and the 3 cakes that she ordered are for her children's birthday saya akur juga. Saya kan cepat kalah when it comes to children! Saya yang sepatutnya bersantai-santai menyiapkan 1 biji kek sahaja for another loyal customer hari Ahad terus bertukar menjadi al kalam wal kalibut. Berkejarlah saya balik kerja Saturday tu tanpa toleh kiri kanan tanpa rehat hatta seminit pun sambung baking and decorating the cakes. Owh ini bukan entry merungut tapi nak beritahu how my weekend turned crazy.

Mind you 2 nights before saya dah tidur lewat sebab baking juga, badan masih penat but a promise is a promise. Makan pun sempat telan ketupat mini seketul dengan kuah kacang, no time to enjoy the food, asal dapat alas perut. Pity my children sebab terabai hari itu. Can't blame others, it was my fault 110%.

I was into my second cake petang Sabtu itu, apabila encik hubby menambahkan kesewelan saya hari itu dengan his announcement that he has accepted his friend's request untuk supply sandwiches and food untuk jualan pesta konvo U mana entah di putrajaya! Saya sudah drained out habis untuk bertekak dengan dia. Dan dia juga tahu I'll be furious pasal itu dia cakap he'll do all the work himself but just guide him how to do it. Adeh, adakah tipah boleh tertipu dengan janji manismu itu? Saya sudah kenal dia too well, maka saya tahu apa maksud bila dia kata "biar abang masak", takde maknanya sebab practically saya juga yang masak/buat because he'll be harassing me with "yangg, bawang ni nak potong macam mana?" "yangg, ni dah masak ke belum?" "yangg, memang cair macam ni ke?". Habis tu, kalau dah setiap 2 minit panggil saya, ingat boleh aman ke dunia saya? Samalah bila dia kata dia yang akan buat the sandwiches sendiri tapi saya kena guide. Saya cakap kat dia, saya tak perlu guide, pergi cari recipe dalam recipe tu dah cukup guidance sampai cara potong roti pun siap explain sekali! Pendek cerita, dia tak tau masak, fullstop!

Dan malam itu we were supposed to join BBQ kejiranan 76G! Tugas kami ialah menyediakan air lemonade! Aduhai a simple task preparing drinks pun boleh jadi berat dengan jadual kerja yang sedia berat itu. Saya surrender awal-awal lagi, saya cakap kat hubby saya tak larat nak join the BBQ walaupun perut terasa lapar sungguh tapi saya ada 2 biji kek lagi yang belum siap. Customer nak ambil awal pagi Ahad! Saya dah rasa nak menangis. Tulang macam dah tak ada.

Tapi anda tahulah saya ini, memang jenis yang tak sampai hati nak kecewakan orang. Before hubby keluar rumah bawa anak-anak ber BBQ di playground hujung rumah kami dia sempat pesan suruh saya tidur lepas siapkan kek tapi kalau boleh joinlah BBQ. Itupun suara dia tidak tegas sebab tengok muka toya saya tapi mesejnya cukup sarat harapan. Macam lipas kudunglah saya siapkan kek ke 3, sebaik jam tepat 10 malam saya kemas tools dan ajak kakak ke playground hujung jalan. Kesian juga kat kakak, dia pun macam saya tak makan tak minum menolong saya bancuh coklat dan berkemas bagai. Dapur kami pun tak berasap, nak makan apa kat rumah?

Alhamdulillah, masih ada food left for us. Sedap juga dapat makan kebab ayam ala western. Seronok juga beramah mesra dengan jiran-jiran semua. buat BBQ dekat dengan playground, jadi seronoklah anak-anak saya bermain sambil makan aiskrim
bapak budak dan mak budak pun berebut nak makan aiskrim!
sesi ta'aruf. my hero tengah perkenalkan diri

I'm glad i decided to join the BBQ gathering. It helps to unwind the stress dan pressure yang saya pikul seharian di dapur. By the time saya balik ke rumah jam 12 tengah malam dan tidurkan anak-anak, mood saya sudah kembali tenang. Saya masuk dapur semula, bancuh ramuan sandwich tuna hubby. Mujur petang itu dia tak jumpa bekas aluminium untuk bake bread pudding kalau lah dia jumpa rasanya naik lagi temperature saya sebab bertambah-tambah kerja. Tak sampai hati saya nak biarkan hubby terkial-kial siapkan beratus sandwich seorang diri. Rasanya kalau saya buat keras hati pun saya juga yang rugi. Sebab saya takkan boleh lelap mata dek risau, bukan risaukan dia tapi saya lebih concern kan nasib pembeli-pembeli sandwich dia esok! :-D

Akhirnya, selepas menyiapkan 152 keping sandwich tuna dan sandwich telur di malam yang hangat sebab cuaca panas, saya untuk kesekian kalinya masuk tidur jam 2 pagi dengan hutang tertunggak bernilai 1 biji kek belum siap! And more things awaited us comes the next morning. Boleh kah saya bangun esok pagi sebelum customer sampai?

Friday, 15 October 2010

Gatal Tangan

The weather has been very hot and dry for the past one week. Even the nights are hot and humid too. So hot sampaikan my washed undies that i left hung in the bathroom boleh kering dalam 1 malam sahaja. Padahal before this saya kena jemur diluar rumah baru kering. Sorry kena cakap pasal undies nak bagi gambaran beratap panasnya cuaca sekarang. Malam tadi hubby pun merungut panas. Dia tanya saya bukan ke bulan oktober sepatutnya musim hujan. Setahu saya memanglah the rain starts to pour in October and gradually getting heavier comes November til December. But I'm no weather expert tambahan sekarang ni cuaca dah tak menentu - dah nak akhir zaman. Saya pula kalau cuaca panas mulalah ada perubahan pada badan sendiri. Cuaca yang panas dan kering akan buat saya bangun pagi dengan mata yang sangat cengkung, kering, pedih serta tak bermaya. Kepala pula asyik dok pening-pening sepanjang hari. Keadaan ini akan berterusan sehinggalah cuaca panas beralih.

Selalu dalam cuaca panas begini saya cukup malas nak duduk kat dapur lama-lama walaupun di waktu malam. Tapi buat masa ini keinginan saya nak buat kek lapis melebihi kemalasan saya berpanas di dapur. My hands are so itchy nak membaking. Ni bukan baking yang bake cakes tempahan orang. Kalau bake tempahan orang memang dah tiap-tiap hari tapi masih belum dapat puaskan keinginan peribadi saya nak bake sesuatu yang lain pula. Sayangnya buat masa ini my free time are all occupied with my other baking commitments menyebabkan saya terpaksa pendamkan dulu craving saya ini. Terpaksa lah saya tahan godaan nak buat kek lapis, pada hal tiap-tiap hari dok drooling bayangkan kerja melapis kek. Dah datang angin craving tu selagi tak dipuaskan selagi itulah hati saya tak tenang. Sewel! Lepas tu, bila kek lapis dah siap nanti siap yang nak habiskan? Macam lah ada peminat kek lapis dalam rumah ni selain daripada diri saya sendiri? Saya tak larat nak makan kek lapis lagi selepas saya habiskan sebiji kek lapis cadbury seorang diri setiap hari selama seminggu ini. Sampaikan yaya pun dah pandai takutkan saya kata dia nanti saya gemuk sebab banyak makan coklat! Siapa nak jadi mangsa kek lapis saya sila angkat tangan. :-P

Kat tangan dah ada resipi kek lapis prune yang saya ambil dari blog Rima. Tunggulah bila saya ada free time nanti.

Tuesday, 12 October 2010

Membongkar Rahsia Lemonade

Tukang masak diraja bermurah hati nak kongsi resepi minuman jus lemon a.k.a lemonade yang sebelum ini menjadi rahsia yang tersimpan kemas dibawah bantalnya. Konon! Ada seorang dua tetamu yang bertanyakan resipi, itupun sudah cukup untuk uat si tukang masak perasan giler. Rasa segan juga nak menyebutnya sebab resipinya bukanlah sesuatu yang gah pun. Tapi tak mengapalah, sharing is caring kan? Apa yang anda perlukan untuk satu jag lemonade adalah bahan-bahan secukup rasa :-).

2 biji lemon segar
air gula secukup rasa
air masak
ais batu

Perah jus lemon secara manual tapi pastikan anda memakai sarung tangan atau tangan anda bersih serta kuku telah dipotong pendek untuk mengelakkan sebarang kotoran masuk ke dalam minuman, heh! Sebaik2nya pakailah sarung tangan disposable tu sebab lemon ni tahap keasidannya tinggi, boleh menyebabkan kulit dicelah-celah kuku anda jadi kering dan reput. Kalau jari anda ada kesan luka juga sangat pedih bila kena jus lemon. Jadi boleh pinjam tangan cik abang atau tangan maid kalau tak ada disposable plastic gloves ye :-D. Seterusnya campur air gula, air masak dan ais batu ke dalam perahan jus lemon. Kacau. Siapppp.
Buah lemon yang dah diperah tu jangan buang, ambil sedikit dan potong-potong kecil kemudian letak semula dalam jug buat lawa atau sebagai tanda ianya perahan lemon. Kalau tidak, orang tak kenal. Nampak keruh aja nanti takut pula tetamu nak minum. Kalau nak bagi nampak mengujakan lagi, hiris beberapa keping lemon campak dalam jug. Wallah!

Buah lemon paling murah boleh didapati di pasaraya Giant, dijual pada harga 89sen sebiji tapi sizenya kecil sedikit serta kurang comel. Kalau nak beli lemon memang kena cari yang kulitnya kuning (lemon yellow), tegang dan licin tanpa cela, itu tanda lemon yang elok. Kalau menggerutu dan berbirat serta berwarna kuning tua serta sudah nampak tanda mengecut a.k.a kerepot elakkan sebab dikhuatiri rasanya sudah beralih pahit. Kalau nak guna lambat lagi boleh beli lemon yang masih ada warna kehijauan pada kedua-dua hujungnya (kepala dan ekor). Lemon paling mahal yang saya pernah beli berharga RM1.20 sebiji jenis yang diimport dari south africa. Saiznya memang besar bagak dan puas hati sebab jusnya banyak. Kalau lemon saiz sederhana biasanya berharga RM1 dijual dikebanyakan pasar dan gerai buah-buahan.

Oh ya lagi satu petua nak mudah perah jus lemon serta dapatkan perahan yang banyak ialah dengan menggolekkan lemon atas permukaan meja atau chopping board etc dengan tapak tangan anda sambil menekan sedikit. Petua ini saya belajar hasil menjadi penonton setia rancangan masakan Chef Wan sejak zaman remaja lagi!

Wah sudah banyak tips saya tentang lemon dan lemonade. Sekarang sudah bukan rahsia lagi kan? Huhu... rahsia lemonade 10minit sudah gone :-) in mere minutes. Saya sudah bares all rahsia. Kalau tak reti buat juga marilah datang rumah untuk segelas lemonade sejuk :-).

Monday, 11 October 2010

Berakhirnya Acara Makan Lambak

Saya sebenarnya penat nak buat karangan malam ini. Tapi kalau tangguh jadi entry basi pula. Remember saya ada sebut pasal persembahan yaya di majlis penutup aidilfitri? So here is cerita bergambar pasal persembahan dia tu.
temanya glamour tapi aturcaranya sangat menghampakan :-(saya jumpa si manis saya di belakang pentas. nyaris saya tak cam muka dia kalau tidak kerana baju biru itu. it was so dark at the back there, lighting was very very bad. luckily dalam gambar ini dia tidak kelihatan terlalu gelap! the girl sitting next to her itulah penyanyi utama yang rancak menyanyi lagu raya rahimah rahim

nampak si owl di dada saja, si hitam manis saya sudah tenggelam dalam kelam malam. i told you lighting was very very bad!si abang tak mau berganjak dari depan pentas, mengajuk adiknya macam badut. saya pun turut terkejut lihat rupa anak-anak dara manis dimekap sedemikian rupa.

Saya punyalah asyik dok fikir pasal performance yaya sampai saya lupa nak snap gambar-gambar lain sepanjang majlis. Lagipun saya tengok majlis tu punyalah kelam kabut dan disorganised sampaikan saya dah tak nampak flow aturcara lagi dah. Kalau kebiasaan majlis kahwin zaman dulu ada acara joget lambak sebelah malam di mana geng-geng penanggah dan ahli keluarga diberi peluang berjoget sakan aka let their hair down. Majlis malam sabtu lepas bolehlah diumpamakan acara Makan Lambak. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab tetamu semua sebaik tiba ke majlis sehinggalah sepanjang majlis tanpa perlu dijemput semuanya dok bantai makan je sampaikan masa pengerusi berucap pun saya tengok orang buat tak heran pakat pulun makan! Punyalah hingar bingar macam pasar tani, orang dok berjalan ke hulu ke hilir langsung takde rasa hormat kat pengerusi.

Umpama kalau kat pantai timur dulu-dulu ada musim "Orang Main Pantai", lebih kurang begitulah lagaknya majlis malam sabtu lepas. Semua bawa hal sendiri tak peduli kat tuan punya majlis. Tapi saya tak salahkan tetamu, saya rasa organising committee pun tak control majlis dari awal. Kalau ada orang control majlis biar proper, bagi peluang pengerusi berucap, sampaikan mesej dulu lepas tu baru jemput tetamu makan. Tetamu dipanggil datang jam 8malam tapi majlis bermula secara rasmi sekitar jam 8.45malam. Saya datang jam 8malam untuk susun cupcake sebelum saya balik solat Isyak dan tukar pakaian. Bila saya tiba jam 8.45malam saya tengok makanan sudah licin! Cupcake saya juga licin! Haha padan muka saya tapi honestly saya tak kisah pun. Saya more excited nak tengok anak saya buat persembahan.

Tapi sayang majlis tiada pengisian. Sekadar persembahan kanak-kanak dan beri hadiah best dress yang sangatlah ketinggalan zaman. Aduhhh ada saya kena ketuk nanti. Orang kat dalam rumah ni one of the committee :-P. Sayang juga sebab malam itu saya lihat banyak pembaziran makanan. Barangkali kerana terlalu takut tak sempat makan masing-masing pakat penuhkan plate dengan macam-macam makanan. Jamah sikit dah kenyang kot ataupun tak sedap atau tak pandai makan. Lepas tu dibiarkan makanan bersepah atas meja. Sedih sungguh saya tengok keadaan macam tu. Sungguh tiada kesopanan langsung bila masuk bab makan. Dekat meja yang saya duduk which was meja orang lain sebenarnya ada ditinggalkan sebungkus nasi lemak dan dua biji kuih koci. Fahmi teringin nak makan nasi lemak tapi yang ada dekat meja buffet sudah habis. Saya pun suruh dia makan je nasi lemak yang masih elok berbungkus tu. Kuih koci tu pulak saya bagi sebiji kat hubby dan sebiji lagi masuk perut saya.

Saya lost count berapa ratus biji cupcakes yang saya buat malam itu. Ada sesiapa yang rajin mengira jumlah cupcakes dalam gambar ini? Nanti saya beri hadiah :-). Kawan-kawan hubby cakap cupcake saya pertama sekali diserbu orang. Within minutes sudah licin. Ada yang sempat tengok dari jauh saja.

Thursday, 7 October 2010

Siri Bercakap Pasal Tonsil - Aiskrim & Dengkur

tonsils dikiri kanan uvulva- credit to cik google

Semalam dah cerita pasal tonsil. Tahun yang sudah pun cakap pasal tonsil. Tak apalah since tonsil ni dah jadi topik yang sangat signifikan sekarang bukan saja sebab anak saya both ada weak tonsils tapi sebab my cousin pun dah kena tonsil. Mari baca sampai habis. Oh ya, maaf gambar kali ini agak jelik, tapi itulah kenyataannya.

After allowing Yaya to rest at home for 2 days, this morning i sent her off to school. Cukuplah tu dia berehat di rumah, kalau lama-lama nanti jadi liat pula nak ke sekolah. Kijamnya mama dia. Semalam lepas bawa dia ke klinik, saya sumbatkan suppository seketul untuk redakan high fever dia. Dia ikut betul-betul pesanan saya sebelum saya pergi kerja semalam - mandi, sarapan, makan ubat demam & antibiotik, rehat, makan aiskrim. Ye, makan aiskrim termasuk dalam pesanan saya, janganlah terjegil biji mata pulak. Saya tau lah memang selama ini saya kurang galakkan anak-anak makan aiskrim but when it comes to tonsilitis hanya aiskrim saja yang boleh bantu mengecutkan bengkak tonsil. Tak percaya? Cubalah sendiri. Saya tak ada medical explanation about this, pergi tanya doktor anda, saya lupa nak tanya kat doktor saya dulu sebab bila dengar aiskrim je terus saya jadi seronok sampai lupa nak tanya. Yelah mana ada penyakit yang ubatnya sedap, manis, sejuk? Semuanya pahit kan? Dah dapat ubat yang manis, sedap dan sejuk lagi mau banyak tanya ke?

Secara kebetulan, my auntie yang duduk kat Penang pun ada text saya bertanyakan pasal penyakit tonsil ni. Rupa-rupanya anak bongsu dia, Aiman, 4 tahun yang juga merupakan sepupu saya - alahai sepupu lagi muda dari anak sendiri, cute nya. Itu belum cukup cute lagi, saya ada sepupu paling muda berusia 1 1/2 tahun! And they are my children's mak sedara and pak sedara you know. Ok I got side tracked. Jadi saya pun kongsi lah tips yang sama kat auntie saya ni, bagilah makan aiskrim banyak-banyak biar bengkak tonsil cepat surut dan rajin-rajinlah gargle serta bersihkan mulut. Masalahnya tonsil Aiman dah terlalu besar bengkaknya sampai hampir bertemu kiri dan kanan menyebabkan dia rasa macam nak tercekik dan muntah. Tidur malam pulak berdengkur. Kalau dah sampai tahap berdengkur memang kronik, so doktor kat Penang suruh buang saja.

Kalutlah auntie saya ni bila dengar kena buang. Dia tanya saya, kalau buang boleh tumbuh balik ke? Saya rasa gelihati tapi nasib auntie saya sporting, saya gelak pun dia sama-sama gelak. For your information once dah remove tonsils yang sepasang tu memang tak ada tonsil lagilah dalam tekak kita. Tak timbul isu tumbuh balik, macam apendiks once removed forever gone lah. Kat tubuh badan kita ni yang tumbuh balik adalah gigi (itupun Allah swt bagi 2 kali saja), rambut, bulu-buluan, kulit dan kuku. Ada yang saya tertinggal ke? Tapi bila dah buang tonsil tu risikonya next time bakteria akan attack pharynx pulak sebab kat situ pun ada lymph nodes kan. Tapi kalau tak buang pun akan jadi masalah, jadi better get rid of it. Begitulah nasihat saya kat auntie saya semalam.

Bila bercakap dengan auntie saya pasal tonsil ni, ada sesuatu yang menarik perhatian saya yang saya boleh relate dengan pengalaman ex-officemate saya dulu. Based on description auntie semalam, antara kesan bengkak tonsil yang berlaku pada Aiman ialah dengkur. Saya tertarik sangat pada fakta ini sebab my ex-officemate pernah cakap yang hubby dia pun kena infection tonsil and it makes him berdengkur. Peliknya masa itu kawan saya ni beriya-iyalah sangka yang saya pun mesti tidur berdengkur jadi bila saya kata tidak (sorry eh, saya tidur tak berdengkur, orang sebelah iye kot? ;-P) dia terkejut sakan. Semestinya ke orang ada tonsil berdengkur? Saya tidak. My daughter juga tidak. Tetapiiiii... anak lelaki saya yang ada tonsilitis itu.......... tidur berdengkurrrrrr. Hahhh ini menarik ni. Adakah hanya lelaki yang ada tonsilitis sahaja berdengkur? Simpan untuk research seterusnya ye. Research lah sangat padahal pakai cik google.

Back to Yaya punya cerita. Pagi tadi saya text teacher yaya, pesanan saya panjang berjela - kurangkan aktiviti sebab saya tak mau dia cepat letih. Saya pesan sebegitu sebab saya tahu sekarang ni kat sekolah tengah berlatih nyanyian dan joget untuk persembahan malam penutup aidilfitri anjuran persatuan penduduk perumahan saya ni. Anak dara saya terpilih lah sebab dia kan memang naturally a singer and dancer (marah daddy dia kalau saya cakap macam ni). Bukanlah sedap sangat suara halus pitch nyaring dia tu tapi dah minat dia kan dan dia pun tak tegak macam patung, ada lenggoknya so tentulah teacher pilih supaya nampak hidup persembahan berkumpulan tu nanti. Bila saya call rumah tengahari tadi just to check on yaya, rupa-rupanya betullah teacher dia pun ikut pesanan saya sebab yaya kata dia cuma berlatih sekejap-sekejap saja, asyik disuruh berehat.

Cakap pasal persembahan malam penutup aidilfitri nanti saya pun ada assignment khas untuk malam itu. Bukanlah nak buat persembahan pun, belum cukup gedik lagi saya nak menyanyi berjoget depan orang ramai. Tapi since organiser buka peluang untuk penduduk contribute makanan jadi hubby cadangkan kami contribute cupcakes jelah. It will be a good platform juga untuk promote our cakes. Punyalah excited nak bake cupcakes beratus-ratus biji - yelah kalau setakat 30 biji manalah cukup kan, sampai saya tolak tempahan another group yang nak bagi kek juga for the event. Tahun lepas this group tempah giant cake yang 3kg tapi turn out dekat 5kg tu. Sebelum itu, sekolah Fahmi pun minta contribute food untuk jamuan raya esok kat sekolah. I'll be making lasagna for his school. Ofis saya juga buat jamuan raya esok. Tukang masak diraja penat sebab jadualnya dah bersusun, jadi she'll be making kuah kacang dan rebus ketupat segera aja. Lemang beli jelah.

Dah cukuplah 7 perenggan karangan malam ini. Zaman sekolah dulu nak mengarang 180 perkataan pun payah nak dapat idea.

Wednesday, 6 October 2010

Siri Bercakap Pasal Tonsil - Akibat Malas Gosok Gigi

My daughter is sick again. I don't have a thermometer with me last night but her body temperature was high. Itupun selepas dia minum paracemtamol syrup sebelum tidur dan I put wet towel on her forehead serta lightly sponge her body. To tell you the truth, saya rasa sedikit frust dan banyak risau sebab dia demam hampir setiap bulan. I can tell without looking at the calendar ataupun counting how many visit to the clinic sebab sekali dalam setiap bulan I'll be texting her teacher informing her that Yaya won't be going to school. Terlalu kerap dia tak ke sekolah sebab sakit sampai saya boleh memorise. Terlalu kerap dia demam sampai attendance dia kat sekolah tak pernah penuh for any month since she started school!

Kalau dibandingkan dengan zaman dia tak bersekolah dulu memang jauh berbeza. Sakit demam tu memang ada tapi tidak sekerap sekarang. Tak taulah nak kata maybe antibodi dia tak cukup kuat atau maybe deman itu disebabkan her body is reacting dengan persekitaran to build up her antibody. Tapi demam dia kali ini adalah disebabkan infection pada tonsil, again. You know seminggu lepas raya ritu tonsil dia kena infection juga? Yes, dalam tempoh selang sebulan tonsil dia infected lagi, hence the fever. Kesian dia sudahlah badan kurus kering asyik sakit aja. Ni semua sakit keturunan ke apa? Yelah, myself dulu pun kena jangkitan tonsil sejak kecil juga sampai ada masanya berminggu-minggu tak ke sekolah. Sehinggalah saya dah beranak pinak finally saya remove juga kedua-dua tonsil saya sebab ia telah gagal menjalankan fungsi nya dengan baik!

Kesian anak saya kecil-kecil dah kerap demam sebab tonsil. Tapi tulah akibatnya kalau malas gosok gigi dan gargle setiap kali lepas makan. All the germs akan melekat dalam mulut and finally singgah kat tonsil. Dah penat saya tegur dan marah tapi dia buat tak kisah. Saya yang sejak kecil rajin gosok gigi pagi dan malam pun boleh kena jangkitan kuman pada tonsil. Inikan pula orang yang tak gosok gigi or gargle langsung. Aduhai macam mana lagi nak cultivate good habit ni? Padahal tiap-tiap malam dia tengok saya gosok gigi. Agaknya nak kena buat sesi menggosok gigi bersama keluarga setiap pagi dan malam baru menjadi :-E

Monday, 4 October 2010

Segalanya Tulang

Selesai lah sudah tugas tukang masak diraja menyediakan banquet untuk majlis ulangtahun si ismet ulam raja. Tukang masak happy sangat sebab walaupun penat nak patah pinggang memasak sampai lewat malam pada Jumaat lepas kemudian bersambung keesokan paginya dengan hanya dibantu oleh maidnya yang baru 10% dapat serap ilmu masak2 tukang masak diraja, dia tetap puas hati sebab minuman istimewa jus lemonade yang dihidangkan mendapat pujian ramai! Cissss... penat-penat bersengkang mata menyediakan 3 jenis menu utama yang berasaskan tulang, 1 menu sampingan berserta dessert, lemonade yang siap dalam 10minit itu juga menjadi pooojaan hati tetamu.

Tukang masak tak sempat nak ambil gambar hidangan di meja buffet sebab seawal jam 11.30 pagi lagi dewan makan (read: car porch) diserang geng-geng basikal incik suami padahal meja buffet belum siap disusun. Mujur tukang masak diraja cekap, sudah siap cooking and baking bagai tepat jam 10.30pagi cuma tak setting table saja. Siapa suruh diaorang habiskan kayuhan awal. Tak sabar-sabar lah tu tapi kesian juga saya lihat mereka. Memang muka kebulur air dan food! Tapi untung sungguh mereka-mereka itu jadi tetamu paling awal sebab tetamu yang kemudian dah tak sempat merasa kari laksa lemak dengan udang besar, rendang rusa serta dessert strawberry dan blueberry crumble yang nyata ramai tak jumpa kat rumah lain.

Eh, cakap menu utama berasaskan tulang kan? Ye, itu idea incik hubby, credit to him for his brilliant idea. Tukang masak diraja umpama berada dalam pertarungan Iron Chef kerana diberi bahan utama tulang lembu semata-mata - tulang rusuk, tulang lutut dan tulang bahagian lain yang tukang masak kenal cuma tulang rusuk dan lutut sahaja. Jadi dengan bahan utamanya tulang lembu tukang masak olah menjadi mee rebus tulang dan sup tulang yang dimakan bersama bihun ataupun nasi impit - bila lengkap dengan condimentsnya i.e. pergedil kentang, sambal kicap jadilah soto nasi. Bahan sekunder yang dicadangkan oleh incik hubby adalah mee iaitu mee kuning dan bihun. Maka selain mee rebus dan bihun sup tukang masak tambah lagi satu menu utama yang tidak menggunakan tulang iaitu kari laksa lemak hidupan laut (seafood lah tu) yang sedap sungguh dimakan dengan bihun sampaikan Mum yang tak heran sangat masakan si tukang masak before this telah berjaya ditangkap mengulang makan sebanyak 3 kali! Walaupun masa tertangkap itu beliau kata baru nak makan kali ke 2. Ok, tak apa mungkin tukang masak sudah pening tersalah kira (sebenarnya tidak), tapi malam lepas tetamu reda Mum yang sedang mengusung bowl berisi bihun membebel sebab tukang masak buang saki baki kuah kari laksa itu. Ooopss sorry... ;-)

Baiklah, saya dah nak tutup entry so let's not talk in riddles anymore. Sebenarnya tukang masak dalam cerita ini obviously adalah ... saya. Ulangtahun si ismet ulam raja yang diwar-warkan sejak entry sebelum ini ... juga adalah... saya. Majlis yang mana tukang masak menyediakan hidangan utama berasaskan tulang, obviously ... bukanlah majlis sambutan ulangtahun saya. Kerana sungguh sadis jika saya perlu memasak for my own birthday party kan kan kan? Sengaja saya mewar-warkan cerita ulangtahun ismet ulam raja untuk sedapkan hati sendiri saja. Majlis pada tengahari Sabtu lepas adalah khusus untuk meraikan geng-geng basssssikal incik hubby seramai 20-25orang tetapi seperti biasa telah blown out of porpotion kerana tidak manis tak menjemput jiran-jiran yang sudah tentu hidung mereka di entice bau-bau masakan sejak malam sebelumnya lagi. Juga ma abah dan adik beradik saya yang telah saya entice dengan cerita rendang rusa menerusi kiriman sms sehingga kakak saya sanggup tinggalkan jamuan hari raya di pejabatnya dan ma juga lari dari tugasan memasak untuk jamuan hari raya rukun tetangga kerana saya telah berjaya menggunakan fahmi sebagai alasan to lure her. Owhh jahat sungguh saya mengeksploitasi kelemahan mereka!

Hanya gambar ini sahaja yang sempat saya snap. Ramai yang pelik barangkali baru kali pertama jumpa blueberry dan strawberry crumble tetapi ke 'pelik' kan itu tidak menghalang mereka melicinkan dessert plate saya serta tanpa segan silunya minta ditambah. Mujur saya buat 3 batches. Crumbles yang di dalam gambar ini sahaja dapat saya selamatkan.




Lemonade sejuk thirst quencher kegemaran kami sekeluarga kini menjadi sebutan jiran-jiran setaman. Kawan-kawan hubby sudah tahu kat mana nak lepak kalau mereka mahukan segelas freshly squeeze lemonade! Kembang serombong hubby kerana dia yang meminjamkan tangannya untuk memerah jus lemon.

Penat lelah si tukang masak berbaloi juga kerana mee rebus tulangnya mendapat pujian bekas chef turned an avid cycler merangkap tokey kedai basikal yang juga kawan incik hubby. Kembang juga hati mendengar pujian chef setelah cik lemonade sejuk stole the glam of the majlis tempohari.