Monday, 6 February 2012

Makan Berjemaah

Makan pun boleh berjemaah, you!


Cucu-cucu jantan Wak Dali & Lek Minah dalam acara makan malam berjemaah mengadap setalam nasi ambeng

Laku nasi ambeng Lek Minah you, sekejapan je licin dikerjakan cucu-cucu jantan ni. Siap menambah lauk pauk lagi. Jemaah paling muda yang t-shirt biru berbelang tu ternyata masih baru dan kurang biasa makan berjemaah begini. Terkulat-kulat dan liar mata dia bila portion nasi dia disebat tangan-tangan piranha "Eh... macam mana nak makan ni semua orang berebut"

After a day of hard work preparing nasi ambeng untuk kenduri and cleaning the house, the above sight jadi source of realease tension. Lucu... ;-)

Wednesday, 1 February 2012

Udang Besar iPad - Entry Update

Udang galah sebesar pisau potong daging kat rumah sudah selamat di ngap malam tadi
tak payah pening-pening fikir nak masak pesen apa
seperti yang telah diberitahu, 7 ekor udang galah saiz gergasi dihantar ke kedai depan rumah untuk di masak mee udang

the verdict?
MasyaAllah... marvelous!
memang marvelous mee udang brader tu
lebih marvelous lagi sebab udang galah yang tak berapa saya minat sebab generally isinya kental turns out to be so soft, decadent and melt in the mouth
chup! are you sure you're eating udang or chocolate?
hehehe... sungguhlah hiperbola nya gambaran yang diberi itu
tapi sungguh mak terkezut dik non isinya tersangatlah lembut
mula-mula punyalah blur tak reti lagu mana nak kukupas kulit udang itu
saya duk termenung je tengok udang
nasib incik hubby punyalah romantik melayan mengupaskan 2 ekor udang
ya rabbi... memang taktik mengada-ngada sungguh lah mak ni kan dik non?
2 ekor udang gergasi dan sepinggan mee berkuah
tinggal 1/4 lagi mee nak dihabiskan mak dah senak dik non
sesak nafas nak menghabiskan... tapi mak habiskan jugak... udang nya jelah hehe
sayang you tak makan udang tu... tigaploh tahun hidup baru sekali jumpa hak gergasi gini
maaflah memang takde gambar... lahap bebenar makan tak kuasa nak psoing kan udang tu lagi dah, pepandailah menggambarkan sendiri ye
sekian! (*_^)

Tuesday, 31 January 2012

Baking Marathon Part 1 - Completed!

Alhamdulillah, first leg of my baking marathon successfully completed last Saturday
I haven't been doing wedding cakes for exactly 1 year! And I did it this time around pun sebab this old friend of mine yang beriya-iya minta buatkan for adik lelakinya dan untuk pengantin perempuan juga.
She booked me since September last year, dan since masa tu saya anticipated by January saya akan 'bebas' dari kerja, how could I resist it?
Saya memang suka buat wedding cakes, walaupun stressful tapi suka sangat.
Masalahnya last year komitmen kerja terlalu tinggi ditambah dengan banyak masa terbuang travel to and fro work saya jadi cuak nak ambil banyak baking project.
Kena pulak bila customer pesen suka book last minit. Maaf cakap bukan sombong tapi banyak wedding and hantaran job yang saya turn down semata-mata sebab short notice
Tak berani saya ambil risiko, setakat buat kek saja senang tapi nak mendeko bagai perlukan kreativiti dan kreativiti tidak boleh dipaksa dalam tempoh yang singkat
Kalau saya takde komitmen lain boleh lah tapi itupun rasanya saya tak kuasa nak gamble
I wouldn't trade satisfaction for money, not yet belum masanya for me to stoop that low

So the first leg of my baking marathon saya kena siapkan 1 biji kek hantaran, 6 biji miniature cakes hantaran juga dan 3-tier kek kahwin. Semuanya nak dipakai pada tarikh yang sama!
Adehhh memang pecah kepala mengatur jadual kerja
dan memang sengal badan bekerja non-stop okeh!
Kali terakhir saya bermarathon menyipakan kek-kek kahwin was 1 1/2 years ago bila mana saya siapkan 7 biji kek dalam masa 4 hari!
siap job muscle pain for almost 3 months!
Kerja buat kek bukan senang, apatah lagi nak mengadun fondant seberat 6kg!
Tengok nasib juga kekadang adunan fondant tak nak beri kerjasama, jadi berjam-jam lah menguli dan membaikpulih adunan
jadi last weekend memang saya skip jogging dan bersenam terus
nak buat apa jogging dan bersenam lagi dah
dok menguli fondant aja pun boleh buat saya develop muscle kat lengan!
tapi bukan muscle yang saya develop... tapi muscle tear rasanya - sakit je bahu
this is the price that bakers have to pay for playing with fondant
so jangan terbuntang biji mata kalau harga kek fondant mahal


Design asal yang diberi kakak pengantin agak polos, saya improvise dengan menambah corak drop strings keliling kek. Teknik ni saya baru je saya belajar, tengok si Cake Boss Buddy Valastro buat last week kat channel 705 TLC.
Terus cuba dan menjadi!

Simple tapi dah customer nak macam ni who am I to say no?
Kalau ikut saya, saya lebih suka buat design lain yang more value for money ;-)
tapi masalahnya customer selalu datang dengan sample-sample design sendiri yang kadang-kadang saya sendiri tak rasa teruja nak membuatnya
saya lebih suka customer bagi konsep, nak traditional ke, modern look ke, english ke - lebih mudah saya propose idea dan zahirkan deko yang bersesuaian

First time buat miniature cake. Dulu saya selalu mengelak sebab rasa renyah mendeko kek-kek kecil ni tapi bila dah buat rasa seronok pulak! ;-)

Penat balik kerja terus sambung baking marathon sampai jam 2 pagi setiap hari rasa terubat bila incik hubby setia menemani saya selama 3 malam berturut-turut!
sampai tertidur depan tv dan dengan dia sekali terbabit tidur lewat
dia balik dari pasang khemah tengah malam pun sambung temankan saya
phewww! nampak kecil tapi lift up the burden atas bahu saya
dialah pillar saya dalam baking project yang saya undertake sejak 4 tahun lepas
dia yang banyak bagi sokongan, kadangkala bila saya stuck with ideas saya turn to him
especially on technical issues... yeah sapa kata buat kek adalah kerja kreatif semata-mata?
dia banyak bagi idea masa saya mula-mula belajar nak stacked wedding cakes
maklumlah saya tak belajar secara formal jadi banyak benda saya kena trial and error
he's my fan and my critic... dia 1st yang akan komen kalau ok ke tak ok
i'm blessed... :-)

So, 2nd leg of my baking marathon will begin tonite
kek nak pakai hari sabtu tapi kenapa Selasa dah mula kerja?
dah tentulah kena mula awal sebab nak siapkan gumpaste flowers untuk hiasan atas kek lagi dan serba mak nenek nya yang perlu dikeringkan beberapa hari
kalau time tu nak pakai baru nak buat alamat lingkup!
sekian.

Monday, 30 January 2012

Udang Besar iPad Ada?

Anak buah kat ofis saya pagi-pagi lagi dia dah sms saya "Bos, nak udang tak? udang besar-besar boz size handphone"
Saya tengok handphone saya, kalau setakat C5 ni takdelah besar mana.
Handphone jenis apa yang dia jadikan ukuran ni? BB? Hmm lebar 2 kali ganda lah dengan C5 saya ni.
Emm ni mesti udang besar biasa kat pasar tu tapi size XL kot, duga saya dalam hati
Saya tanya dia "Besar ipad takde ke?" sarcastic je bunyinya tapi saja mengusik dia. I know he meant well, tapi saya bukan minat sangat nak makan udang, tambahan saya takut kolestrol saya naik lagi dah lama tak check kan
Senyum saya bila dia jawab "Besar ipad macam mana nak makan bos..."
Oklah kerana nak jaga hati dia sebab bersusah payah teringatkan saya maka saya setuju ambil 1kg.
Banyaklah tu 1kg buat apa banyak-banyak buat naik kolestrol je.

Tengah hari dia sampai ofis, plastik besar disuakan pada saya.
Mak aii! Terkejut saya tengok ada tentakel-tentakel biru terjurai keluar dari plastik Hambik ko! Ni bukan udang besar size XXL atau XXXL lagi dah... ni udang galah gergasi namanya!

Tersengih-sengih saya tengok udang galah. Padanlah ko cakap besar.
Mati kutu kejap. Nak kuapakan udang galah ni?
Setakat udang besar biasa tu rajin juga saya menggodeknya, tapi udang galah ni hmmm sungguh kurang minat sebab isinya lebih padat dan kental dari udang biasa.

Nak tau tak berapa harga dia?
RM30 sekilogram!
Tak percaya?
Saya pun lagi tak percaya bila tengok rupa dia.
Beli 1kg tapi dapat 2kg pulak tu!
Rezeki namanya...

Dah sama besar dengan pisau potong daging kat rumah.

Ni encik hubby dah pi tanya tokey mee udang kat kedai depan. Malam esok kami bawa udang galah je, biar tukang masak yang masakkan mee udang
Hubby kata tergamam kejap tokey tu masa dia bagi tau besar mana udang tu... agaknya ralat juga dok fikir kuali besar mana nak pakai kasi muat udang tu berenang...
kalau kuali atau periuk kat rumah saya memang tak tenggelam lah udang tu... hehe

Thursday, 26 January 2012

Mesej Tengah Malam

Saya memang tak pernah off handphone, walaupun waktu tidur
kalau tiba-tiba saya off handphone ertinya ada lah tu sesuatu yang tak kena
contohnya : bila saya migrain atau sakit teruk
tapi kalau tak sihat atau tak mau diganggu pun paling kuat saya cuma ON kan silent mode sahaja, selain dari itu memang saya tak akan off handphone

Bos saya pernah cakap kat saya "kakak, malam-malam tidur off lah handphone"
*the way my boss address me berbeza-beza mengikut mood dia - kakak means mood baik
takde angin takde ribut tiba-tiba je dia cakap macam tu, memang muka saya blur habis
takde sebab untuk saya off handphone hatta waktu tidur malam sekalipun
pertama, sebab saya mahu boleh dihubungi di waktu-waktu kecemasan (note : untuk hal keluarga saja okeh?)
ada satu pengajaran pahit buat saya suatu ketika dulu bila masa berita kematian arwah abang ipar hanya saya ketahui bila bangun sahur jam 5.30 pagi
tapi ia tidak berlaku sebab saya off handphone... itu sebab bilik sewa rumah bujang saya macam duduk dalam gua takde line
jadi atas pengajaran itu, saya takkan off handphone, nanti saya juga yang merana
kedua, semenjak dua menjak pandai set alarm kat handphone ni kan lagilah takde alasan nak off handphone

ok berbalik kepada statement bos saya tadi, alasan dia ialah "kalau malam-malam tiba-tiba I dapat idea I mesej kat you, takdelah you terjaga"
owh itu namanya statement prihatin demi menjaga kepentingan diri sendiri!
he feels guilty about texting me in the middle of the night but at the same time he still wants to continue doing it because he doesn't want to risk forgetting it but he wants to avoid feeling guilty about doing it at the same time... phewww boleh faham?
tapi oklah juga sebab at least dia ada rasa tak sedap hati juga mesej orang malam-malam walaupun mesej tu pasal kerja bukan mesej menggatal, I was his secretary at that time and he paid me well to compensate untuk 'gangguan' diluar ofis hour

taklah macam sesetengah manusia ni, yang nak meniaga dan memanjangkan info terkini pasal produk dia, ada sales ke apa
tanpa segan silu dan tak sensitif langsung terhadap kesesuaian MASA dengan selambanya mengirim mesej ke handphone saya pada jam 3 pagi!
dan ahkak ni, yang baru je melelapkan mata sekitar jam 1.40pagi selepas berhempas pulas menyiapkan baking projek, penat, letih dan mengantuk tersentak dan terjaga terus bila dengar bunyi nyaring mesej masuk!
otomatik tangan mencapai handphone tepi tilam dan buka peti mesej
ingatkan mesej penting ke apa rupa-rupanya "Salam. Kami dari *** collection... bla... bla... sales...bla... bla... pada... bla... bla.."
adehhh hati panas giler terus saya padam mesej tu
lepas padam baru teringat nak 'bahasa' kan je pengirim mesej
emm takpelah takde rezeki 'membahasakan' orang

tapi agaknya memang tertulis hari ini saya dapat 'membahasakan' orang
masuk lagi mesej yang sama, saya cuma perasan jam 8.30 pagi
hmmm... apa lagi pucuk dicita ulam mendatang
tapi bahasa saya sangat sopan okeh "Salam. Mohon hormat privacy dan masa tidur saya, jgn hantar sms waktu tengah malam, pukul 3pagi dan sebginya kerana sgt mengganggu waktu tidur saya sampai terjaga tengah malam. Nak meniaga kena jaga sensitiviti juga dan hormat orang. Perbuatan anda sangat tidak sopan. Tq"
errr dah macam ayat bahasa Melayu darjah 4 pulak kan?
dia? senyap... tak apalah saya tak expect jawapan, cukup dia memahami

after almost 3 hours tiba-tiba masuk mesej.
"Salam. Puan/cik sy betul2 minta maaf kerana mengganggu puan/cik tengah tidur. Sy betul2 tidak sengaja n perasan perbuatan sy sgt tidak sopan. Hari ini sy belajar perkara baik dr puan.cik. Mohon maaf sekali lagi n tkasih byk :-)"

Ermm matlamat tidak menghalalkan cara. Berfikir sebelum bertindak. Ini kes tak fikir panjang buat dulu fikir kemudian lepas tu bagi alasan tak sengaja atau tak perasan.
Kot iye pun nak ajak orang shopping agak-agak lah masa yang sesuai
saya tak marah orang nak meniaga tapi proper lah sikit
bank nak kutip hutang pun tak sms or call orang tengah-tengah malam or awal pagi.
erk! pencerahan ~ tak pernah dapat mesej bank kutip hutang diri sendiri tapi selalu dapat mesej kutip hutang orang lain! ekeke
sekian

Wednesday, 25 January 2012

Mixed Berries Parfait

You don't need to go to France to sample a taste of French.
Yelah tu, sebenarnya ayat cover sebab duit tak cukup kan nak travel ke France.
Owh whatever!.
Lepas makan nasi kerabu dengan daging bakar dan sos cili ala thai pedas berapi semalam haruslah di'tawar'kan rasa pijar tu dengan sesuatu yang manis kan?
Saya tak prepare sebarang dessert sebenarnya sebab bukanlah kebiasaan hakiki makan dessert lepas lunch or dinner
Tapi incik hubby request for this fruits parfait yang saya perkenalkan kepadanya malam sebelumnya
I initially made this parfait sebagai snack, malam-malam bila terasa lapar I just mixed then in a small bowl untuk hilangkan rasa lapar
maklumlah dah nak tidur tiba-tiba lapar cari biskut takde pulak
tak sangka become a hit pulak ;-)
Yang ini bergaya sikit punya lawa kan? Maklumlah nama pun dessert haruslah cantik, seksi dan menggoda
Lagipun dalam seminggu cuma 2 kali saya sediakan hidangan untuk keluarga, haruslah plating saya istimewa sedikit

What is parfait?
Parfait comes from a French name which means 'perfect'. Kalau kat France parfait sebenarnya adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang dibekukan menggunakan bahan utama seperti krim, sirap gula dan telur. Sila rujuk cik wikipedia untuk full version ye.


Parfait yang saya buat ini adalah versi popular in the northern US menggunakan yogurt (saya guna Greek plain natural yogurt), dilapisi buah beri, potongan buah pic, bijirin dan diperisakan secara asli dengan madu. Kalau tak letak madu memang masam sekali rasa yogurt tu.
Nak lapis dengan puri strawberry pun boleh.
Bijirin yang saya guna pulak comes from the granola bars that I bought recently. Dalam granola bars tu kan ada macam-macam bijirin - ada oat, bertih beras, dried cranberries. Tau tak granola bars ni takde sapa nak makan kecuali saya.
Tapi bila diletak dalam parfait semua orang suka!
Ia memberi rasa rangup dalam parfait yang lembut dan berkrim itu ;-)

Sesuai juga sebagai hidangan breakfast. Sangat healthy with no sugar added! Sinfully delicious but healthy, of course saya suka!
Nak makan 10 gelas pun boleh, tapi kalau lepas tu rasa macam terlebih lawas je jangan salahkan saya ;-)

Monday, 23 January 2012

Daging Bakar & Sos Cili Ala Thai Istimewa

Yang menjadi watak utama sebenarnya bukanlah daging bakar, tetapi sos cili pencicah daging bakar itu

West meets East. Daging bakar tu diperap dengan bahan perapan gaya barat.
While the sauce is definitely an Asian concoctions.
Sos cili ini dah berminggu-minggu saya idamkan
sampai kecur liur tapi sebab tak tau nak diregukan dengan hidangan apa
nak jadikan pencicah seafood kami tengah kawal seafood intake
maka saya pendamkan dulu keinginan
sos cili resipi ala thai ini sebenarnya sesuai dijadikan pencicah apa saja sama ada udang goreng tepung, sotong grill atau goreng tepung juga, ikan bakar atau daging bakar
tempohari saya goreng rangup ikan siakap tapi tiba-tiba mati kutu nak diapakan siakap tu maka saya ambil jalan ringkas cicah dengan sos cili ini
ummphhh sedap juga

Incik hubby tanya kat mana saya dapat resipi sos cili ni? Saya senyum je... rahsia. Berkali-kali juga dia tanya, maklumlah dia kan memang suka makan pedas, berkenanlah tu maknanya.
Saya tak mau bagitau coz I know what will be his reaction... siaplah saya kena perli.
Nak tau kat mana saya dapat resipi sos cili thai istimewa ini? Hahaha nak gelak dulu sebelum cakap, sebab tempat saya jumpa resipi ini is a very unlikely place... di dalam novel ASST!!!
Hahaha... first time dalam novel ada resipi masakan. Itulah istimewanya ASST.
Ada bermacam resipi di dalamnya... resipi berkasih sayang secara bersyariat, resipi menjaga keselamatan wanita, resipi mengubati kekecewaan, resipi meningkatkan ketakwaan, resipi menjaga kerukunan rumahtangga dan bermacam resipi lagi termasuk resipi masakan!
All you have to do is membaca dengan mata hati and be prepared to unveil the mistery!
Hahaha habislah saya kena perli lepas incik hubby baca entry ni.

Ok, let's share rahsia sos cili ala thai ni (saya pandai2 bagi nama) yang diperturunkan oleh Intan Zulaikha ;-).

1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
5 biji cili api (kalau guna cili akar sila kurangkan dos (*_^)
5 sudu besar sos ikan (kalau sos ikan agak masin sila kurangkan dos ikut rasa masing2)
perahan limau nipis (tiada sukatan saya cuma perahkan 1 sudu besar sahaja)

Tumbuk bawang putih bersama gula hingga lumat. Masukkan cili api dan lumatkan lagi. Kemudian gaulkan dengan sos ikan dan jus limau nipis. Kalau suka boleh taburkan sedikit kacang tanah tumbuk kasar atau halus (ikut suka).

Daging bakar bersama sos cili ala thai ini sedap sangat dimakan bersama nasi kerabu.
Boleh juga sebagai ganti kuah lada budu yang biasa ada dalam hidangan nasi kerabu sebab sos ikan dan budu kedua-duanya made of ikan bilis.
Memang terangkat selera!
Bukan nak puji diri sendiri tapi pujian untuk sos cili itu. MasyaAllah memang rezeki Allah bagi makan sedap sangat malam raya cina tu.
Orang Cina ber yee sang, kami berkerabu!
Anak-anak pun tumpang sekaki tapi mereka cicah sikit jelah sebab sos cili tu uisyyy memang berapi kepedasannya!
Pedas tapi sedap! ;-)
Kalau tak tahan pedas sila kurangkan dos ye, jangan salahkan saya kalau ada yang masuk hospital lepas makan sos cili ni. I've warned you hehehe