Sunday, 21 November 2010

London Circus is Still Around!

Hahahaha. Banyak-banyaklah bawa bersabar ye.

My mum tak jadi balik sabtu lepas. Kesiankan cucu balik dari daycare bila matahari dah tenggelam. Cemburunya saya pada anak-anak, begitu sekali nenek sayangkan diaorang.

Jadi, masih riuh rendahlah rumah saya dengan suara gelak ketawa dan jeritan kanak-kanak. My mum kata, dia tak pernah dengar suara budak lain kat lorong rumah saya ni kecuali suara budak berempat ni. Beginilah diaorang bila dah kepenatan. Bergelimpangan baring dan tidur di ruang tamu sambil mengadap tv. Sekejap lagi bila dah recover energy macam tak cukup tanah diaorang berlari-larian. Sampai lantai rumah saya naik keruh dek debu dan tapak kaki diaorang. Habis tercabut bulu satu-satunya karpet di ruang tamu saya.
They got creative too. Selain buat origami dan menggunting kertas, koleksi beruang dan anak-anak patung penguin, zirafah yang elok tersimpan dalam almari habis dibawa keluar dan dipakaikan baju. Beruang ini sungguh bertuah kerana Yaya sudi berkongsi her knitted cardigan with him... errr her!

But I am one happy lady sebab despite keriuh-rendahan dan keadaan rumah yang macam tongkang pecah, saya seronok dikelilingi orang-orang yang saya sayangi. Saya suka bila anak-anak buah minta saya masakkan itu dan ini. Saya suka bila balang kuih muih licin dikerjakan mereka!
Aktiviti melicinkan balang kuih diluar rumah. The kids buka meja kopi plastik dan susun kerusi di car porch sambil minum air suam dan makan kuih muih.
My mum. Moga-moga nenek masih boleh bersabar melayan kerenah cucu-cucunya. Jangan cepat naik darah ye nek. :-)

Friday, 19 November 2010

Mak Som Surrender


anak-anak burung meronda kat tasik.

Badan saya sakit-sakit, pinggang lenguh macam baru lepas kena belasah je rasa. Lutut sakit gila macam kena ketuk dengan hammer, nak bangun dan duduk took a lot of effort, tapi saya tahankan juga. Malu nak tunjuk sakit, nampak sangat badan tak dijaga baik sampai umpama orang tua umur 70 tahun! Rumah saya macam sarkas sekarang. Mak Som pun dah tak larat nak mengamuk. Ikutkan tak larat badan ni memang flat habis tapi sebab tanggungjawab belum habis kenalah paksa diri. Saya bukan jenis yang boleh buat tak peduli saja, bukan saya tu.

My mum stayed with us sampai esok. My two nieces pun ikut sekali. Tu yang jadi 'meriah' sangat rumah saya. Hari-hari ada colouring contest. Hari-hari ada paper cutting session sampai living hall saya bagai dihujani snow flakes! Ok ada unsur exaggerating di situ. Eh tapi betullah saya tak kata bertimbun sampai boleh buat snowman, saya cuma kata dihujani snow flakes (read: kertas A4 yang digunting kecil-kecil bertaburan di lantai). Satu-satunya jantan terhangat cilik yang soon to undergo circumsize telah melanggar peraturan rumah dengan membawa minuman manis ke living room and accidently spilled them on the floor. Budak kecik ni memang suka ambil kesempatan langgar disiplin bila ada nenek or atuk dia. Lantai berlengas, bila pijak rasa melekit-lekit. Bolehkah nak buat tak tau saja. Ikutkan sakit badan dan exhausted tahap gaban memang tak kuasa dah nak ambil peduli. Mulut saya dah mula bising, mula lah tinggi suara, kesian pula my mum yang rasa bersalah sebab cucu-cucu dia buat onar. She knows i was working damned hard nak siapkan baking project saya semalam sampai tak berehat dari pagi ke malam. Nak tak nak saya mop juga lantai tu.

Sesekali saya rasa tak sepatutnya saya minta my mum stay with us tengok-tengokkan anak sementara saya sibuk with my baking commitment. Tapi kalau tak import my mum siapa pula nak tolong tengokkan mereka. I was working non stop semalam kalah orang kerja office, memang tak sempat urus makan minum anak-anak. Esok I'll be sending my mum back to Seremban. Tamatlah hazab dia melayan karenah cucu-cucu yang ter over spoilt tu. Malam ni am going to take her out for dinner. But chances are nenek tetap tak boleh makan dengan tenteram when you have 4 kids berebut-rebut nakkan perhatian nenek. Aduiii macam anak-anak burung kelaparan bunyi mulut diaorang. Itu ke yang all granny suka? Eh esok bila saya jadi granny saya suka cucu yang buat hal sendiri or cucu yang bingit macam anak-anak dan anak-anak buah saya?

Wednesday, 17 November 2010

Aidiladha Kami Ber 4

Just the 4 of us di pagi raya Aidiladha yang hening. Entah dah berapa kali kami menyambut aidiladha sendirian di rumah sendiri. Dah agak lama juga kami tak beraya aidiladha dengan my parents mahupun parents in law. Kebiasaannya cuti umum aidiladha singkat saja kan, jadi tak perlulah nak kelam kabut balik kampung. Cuma kali ini kesunyian itu lebih terasa sebab pembantu tak ada! Tak ada peneman berkelentung-kelentang di dapur! Bolehlah harapkan hubby tolong kupas bawang dan ringan tangan juga dia tolong kemaskan dapur yang berkecah dikerjakan saya. Serius saya penat. Rasa tak mampu badan nak tampung kepenatan ni, seumpama tulang belakang yang sudah bengkok saya tongkatkan!

Pagi ini sejuk dan agak berkabus. Barangkali sebab malam tadi hujan renyai-renyai. Since lauk pauk dah saya masak malam tadi, jadi bangun pagi ini cuma tanak nasi beriani saja dan panaskan lauk. Bangun pun dah agak lewat menghampiri jam 7 pagi. Macam lipas kudunglah saya bersiap mandi nak pergi solat sunat raya di surau. Si comel saya dengan tudung kontotnya menemankan saya berjalan ke surau. Ramai sungguh jemaah wanita sampai tak muat ruang solat. Kesiankan yaya yang terhimpit di celah-celah orang ramai sambil mencari tempat solat kanak-kanak yang sesuai, maka saya tarik tangan dia tempatkan di sebelah saya. Mujur dia ni dah saya biasakan solat berjemaah dan behave bila di surau, jadi dia tertib solat tak main-main atau buat bising. Agak mengejutkan saya bila dia mampu ikut tertib solat sunat raya dengan baik walaupun saya tak sempat nak brief dia pagi tadi. Syukur...
Balik dari surau kami menjamu selera. Saya siapkan hidangan ala kadar - nasi beriani, ayam masak merah, pulut kuning dan rendang ayam. Sempat juga saya buat kek coklat lapis cheese mengenangkan Fahmi selalu merungut saya asyik buat kek untuk orang tapi tidak untuk dia. Selepas menjamu selera hubby kembali semula ke surau, nak melapah lembu korban 8 ekor. Murah sungguh rezeki orang-orang alam budiman.

Saya dan anak-anak pula off to my officemate's house di seksyen 6 shah alam. Kami dijemput meraikan rumah baru dia. Masya Allah cantik sungguh... bukan rumahnya yang buat saya teruja tetapi halaman rumahnya yang lapang dan tanah bukit bertingkat dalam halamanya. Bertuah sungguh dia dapat tanah seluas ini. Harganya jangan cakaplah, kalau tak berjuta-juta bukan shah alam prime area namanya!
Ini bukan view dari rumah dia tetapi view daripada gazebo atas bukit rumahnya. Bukit tepi rumah kawan saya ini bertingkat 2, setiap aras dibina gazebo. Gazebo yang tempat saya melepak ni diperbuat daripada kayu sementara gazebo lebih besar di aras tengah bukit yang berbumbung oren dibelakang yaya tu diperbuat daripada konkrit. Saya tumpang lepak sambil menikmati pemandangan (sambil berangan alangkah bestnya kalau laman rumah saya sebegini luas)
Tujuan asal bukan nak ambil pic Fahmi, tapi nak capture view rumah dari gazebo atas bukit. Hihihi kesian fahmi diperalatkan mama dia.

Setelah puas menyakitkan hati sendiri sebab tak dapat rumah yang punya halaman seluas dan secantik ini saya ajak anak-anak beransur balik sebab my parents and my sister dah on the way ke rumah kami.
ini dia rupa kek coklat lapis cheese setelah dikerjakan kakak dan anak-anak buah saya.
Sooo rich and sinful dengan my creamy chocolate ganache menyaluti kek. MasyaAllah banyaknya kalori saya telan hari ini.

Monday, 15 November 2010

It Goes Round And Round

Huwaaa... rasa nak nangis. My flu seems going to stay a bit longer this time around. I thought the flu should have gone away by now. Terutamanya selepas saya berpantang minum air sejuk and took loratadine religiously setiap malam before I went to bed. Selsema saya sempat reda for a couple of days saja, sedang elok masa tu kakak balik kampung. Saya dah seronok sebab sangka saya the flu has gone for good.

But I was wrong. Selsema last week comes together with bengkak kelenjar pharynx kiri saya. Naturally bengkak tu caused by infection, walaupun tak ambil antibiotik sebab saya dah terlalu kerap makan antibiotik, bengkak tu dah subside last week. Pasal itu rasanya demam selsema saya cepat kebah. Pun begitu bengkak pharynx saya tak kecut sepenuhnya, masih boleh rasa the mumps bila saya letak jari pada pangkal leher. Patutlah sejak hari sabtu tekak saya terasa perit semula. Dan kini saya selsema kembali, complete dengan headache sekali! Huwaaa.

Dalam sakit-sakit tu pagi semalam saya bangun awal juga walaupun sendi sakit. Saya paksa diri, kena lawan kalau tak habislah rumah tak berkemas, breakfast tak siap, pokok tak bersiram etc sebab selain saya, hubby pun kena selsema juga! Dan dia yang baru kena selsema terlantar atas katil lepas subuh. Saya fikir tak boleh jadi macam ni, saya sakit hubby sakit, siapa nak uruskan rumah dan anak-anak? And we need to go out and buy white t-shirt for Fahmi's concert pulak tu. Maka pagi semalam sebelum saya buat kerja rumah, saya ajak anak-anak take a short walk ke playground ambil angin pagi sambil bersenam ringan. Nak jogging tak larat, rasa nak luruh kaki tangan dan pinggang. Jangan buat pasal, nanti kena kutip pula kaki tangan yang luruh atas jalan. I was hoping the fresh air will help to improve my mood. It did, dan selesailah kerja rumah bagai. Malam tadi dek kepenatan cepat benar saya terlena dan berat sungguh terasa badan bila nak bangun pagi ni.
masa pi shopping for fahmi's white t-shirt sempat lagi kami control penat melayan anak-anak buat sand art
amboii pink sungguh bibir anak burung saya ni

Now, tinggal lagi 1 hari nak sambut Aidil Adha. My mum and my sister nak beraya with us di alam budiman. Saya dah susah hati, dengan saya dan hubby tak sihat begini macam manalah saya nak buat preparation for raya? Dan yaya yang all this while been spared from flu, tiba-tiba pagi ini berhingus pula. Oh dear, harap-harap lah tak melarat, saya lebih rela sakit daripada tengok anak-anak sakit selalu.

Our dinner last night. Spaghetti with beef bolognaise sauce. Mine topped with parmesan cheese powder. Ummm lemak berkrim yummy. Deep plate putih tu adalah dari koleksi porcelain murahan saya yang baru dirasmikan ;-)

Saturday, 13 November 2010

We Are Doing Just Fine

Our 2nd day without maid wasn't so bad. The kids woke up on time. Awal-awal lagi saya dah pesan, mereka kena uruskan diri sendiri i.e. mandi dan siap berpakaian sekolah sebab mama pun akan bersiap-siap dalam waktu yang sama. Sarapan nasi lemak sudah siap terhidang. See, tidaklah seteruk mana 'Mak Som' ni kan sebab masih sempat siapkan breakfast, masak sendiri pulak tu bukan beli!

Alhamdulillah anak-anak bersiap seperti yang saya pesan. Cuma hati saya tercuit sikit pagi semalam sebab bila saya nak turun ke bawah, saya tengok fahmi dan yaya masing-masing heret 2 bags each - 1 beg sekolah, 1 beg baju. Saya tak expect pun mereka angkut beg sendiri but they did anyway which is a good thing. Sedangkan malam sebelumnya pun mereka yang siapkan sendiri beg baju, maksud saya mereka pilih sendiri baju yang perlu dibawa dan masukkan dalam beg siap-siap. Tersentuh pula hati saya sebab sebelum ini pakaian anak-anak memang semua saya atau kakak yang siapkan. Baguslah, tapi saya tak pasti how long its going to last sebab saya kenal anak-anak saya, mula-mula mungkin they feel excited about this 'being independent thing' hahaha.

Malam tadi pula i was in a shock when i weigh myself on the scale. I lost 3kgs from berat badan saya when I last weight myself 4 days ago. Dua kali dalam 2 masa berlainan saya naik atas scale semalam sebab rasa tak percaya. Mana tidaknya sejak lepas raya berat badan saya naik mendadak sebanyak 3kg. Tapi bila saya timbang semalam dah hilang pula that 3kg padahal saya tengah mens, selalu bila mens mesti badan berat skit because of water retention. Hai, takkan lah risau, kurang lena tidur dan kena buat kerja rumah sendiri sebab kakak takde terus drop weight kot? Kalau macam ni 2 weeks kakak takde mau tinggal tulang je hihihi.

Yang ni pula nak tayang gambar dinner plate baru saya. Takde lah cantik atau berjenama. Just a plain white porcelain plate. Memang dah lama saya teringin nak pinggan putih. Kebetulan jumpa yang ini kat jusco selling so cheap. Harga sebiji pinggan baru rm4.90. Kalau berbelas ringgit tu tak kuasa saya nak beli.

Dah dirasmikan malam tadi buat alas makan nasi lemak.daun pisang tu baki buat tutup periuk masak nasi beriani gam masa cuti deepavali tempohari. nak pakai daun pisang sikit je tapi hubby beli sebemban! nasi berianinya dah habis tak sempat bergambar :-)
See, masih sempat goreng ayam berempah bagai. Mujur saya pilih menu nasi lemak, at least the condiments macam sambal boleh dibuat awal dan frozenkan. Begitu juga rempah untuk ayam goreng, kebiasaannya saya tumbuk lumat ketumbar, jintan, halia, kunyit, serai dan bawang siap-siap kemudian simpan dalam fridge. Bila nak goreng ayam just lumurkan je dengan rempah dan sedikit tepung. Takde lah susah sangat nak hidangkan food for the family. Yang penting effort. I feel good last night coz i've done a good job so far :-).

Thursday, 11 November 2010

We Are Temporarily Maidless!

Jadi buat sementara waktu ni, semua benda yang di buat mestilah ada "less" di hujung atau di depan nya. Less cooking, less washing, less cleaning, less mess-ing, less eat in supaya saya tidak bertukar menjadi Mak Som. Kalau nak tau siapa mak som sila tonton hikayat putera shazlan. Tapi rasanya kalau saya bertukar jadi Mak Som haruslah jauh lebih garang dan kejam sampai mak som sebenar pun boleh pengsan. Tu kira nasib baik tuan direktur tak jumpa saya sebelum shooting drama, kalau tak mau nya dia bagi watak mak som tu kat saya. Perasan! Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah, saya suka rumah yang kemas dan bersih tapi saya akui saya agak malas berkemas! Apatah lagi kalau setiap kali kita mengemas, ada je orang buat sepah lepas tu. Grrrrr...

Hubby sent off our maid ke LCCT pagi tadi. Dalam kereta pagi tadi berdebar juga saya dengar berita MAS hentikan penerbangan ke jogjakarta dan bandung disebabkan debu tebal gunung berapi. Mujur saya belikan kakak tiket Airasia dan mujur dia balik ke medan bukan bandung atau jogjakarta. Mujur gunung berapi di sumatera yang dipanggil anak krakatau tu tiada tanda-tanda nak meletus. Kakak dah selamat berlepas tengahari tadi. Alhamdulillah. Cuak juga saya, dia apatah lagi sebab tak pernah naik kapal terbang. Mujur bagasi yang dibawa tak banyak, lucunya bila saya suruh beli buah tangan untuk orang kampung, dibelinya biskut dan milo. Kata dia milo dengan biskut kat kampung tak sedap, lain rasa. Ikut suka dialah. Saya cuma sempat belikan coklat je, ralat sebab tak sempat nak kirim tudung barang sehelai dua. Entah apa yang saya fikirkan, duk buang masa sesaja weekend hari tu. Eh, saya tak pernah cerita pasal maid, kenapa kini?

Pagi tadi saya hantar both my kids ke tadika masing-masing. Yaya tersangat lah gembiranya dapat stay kat daycare. Rajin dia mengheret beg baju keluar kereta padahal beg lagi besar dari badan dia. Tersenyum-senyum dia bila kawan-kawannya bersorak "yea soraya duduk sampai petang!". Saya paksa dia ambil bekal nasi goreng sardin yang saya buat. Kalau ikut cakap dia memang tak ingin dia nak bekal tapi saya bimbang dia tak berselera hidangan kat daycare nanti. Bukan maksud saya tak sedap, tapi tekak anak saya tu cerewet yang amat.

Fahmi on the contrary tersangatlah murung bila saya hantar ke tadika. Berkali-kali dia pesan suruh saya fetch dia awal petang nanti, jangan sampai all his friends dah balik kata dia. Dia persoalkan kenapalah saya tak suruh cikgu dia hantarkan dia ke daycare yaya je, dekat dengan rumah supaya dia boleh balik sendiri petang nanti. Saya tanya dia, kalau balik sendiri siapa nak buka pagar? Siapa nak buka pintu? Siapa ada tunggu kat rumah? Saya tahu dia risau sebab tak dapat main dengan kawan dia firdaus setiap petang macam biasa. Yaya pulak dah buat plan nak main dengan diana.

Tapi petang tadi bila saya fetch Fahmi from daycare, dia dengan tersenyum-senyum cakap seronok duduk daycare! Yaya pulak by the time saya reach tadika dia cuma tinggal 3 orang kanak-kanak saja menunggu diambil parents masing-masing. Hari pun dah lewat sangat, 7.00 petang masa tu. Kesian pulak tengok dia duduk atas bangku luar tadika sambil tunggu saya.

Malam ini kami dinner dengan nasi goreng sardin baki bekal anak-anak pagi tadi. Both my kids pun makan nasi from their bekal yang tak habis. Alhamdulillah, cukuplah untuk saya berbuka puasa sunat hari ni.

There goes our first day wothout maid.

Wednesday, 10 November 2010

My Sweet Affair

Dia bukan kekasih gelap saya. Ianya cuma satu perasaan minat yang terlalu mendalam yang terpaksa saya pendam sejak kecil disebabkan beberapa halangan. Even my parents pun tak tahu sweet affair saya ni sebab saya malu nak cakap. Malangnya perasaan terpendam itu sudah tidak dapat dibendung lagi. Maka I have to tell you a secret. Saya harap kamu seperti saya, berfikiran terbuka. Kerana kita 1Malaysia :-).

Inilah sweet affair saya. Minat dan kecintaan saya yang sangat mendalam terhadap benda ini terlalu membuak-buak sehingga mendorong saya membuatnya sendiri.



Jalebi, sejenis Indian delicacies yang manis. Pic courtesy cik google


Heeee saya tahu, bunyinya macam gempak. Makanan rupanya. Dalam banyak-banyak indian delicacies, saya paling suka Jalebi. Manisan berbentuk spiral yang manis ini pertama kali diperkenalkan kepada saya oleh jiran sebelah rumah berketurunan Punjabi masa kami tinggal kat kuarters polis dulu. Masa itu manalah saya tau nama kuih itu jalebi, tanya pun tidak sebab saya budak-budak lagi cuma tahu makan sedap je. Jiran saya ni yang kami kenal sebagai auntie Bibi cukup rajin beri kami cuba masakan punjabi. Dia suka bagi saya dan adik-adik rasa capati manis yang disapu minyak sapi dan taburan gula. Anak dia Pappy adalah kawan sepermainan saya yang agak rapat juga masa kecil. Petang-petang bila saya main dengan Pappy (saya tak tahu nama sebenar dia) dan 2 abangnya Kiran (paling handsome :-) ) dan Boy, dia ajak saya makan cucur sayur ala punjabi yang dicicah chili dip homemade. Sedapnya chili dip tu saya tak jumpa lagi kat tempat lain. Tapi saya dapat tahu Pappy dah meninggal akibat leukimia masa saya di tingkatan 4. Kesian auntie Bibi, itulah satu-satunya anak perempuan dia, anak bongsu pulak tu.

Ok cukuplah iklaneka. Satu lagi indian dessert yang saya suka ialah Laddu @ ladoo. Laddu ni at least saya tahu jugak lah nama dia, sebab saya kerap juga jumpa laddu sejak kecil sampai dewasa. Dulu saya ingat laddu ni adalah kacang dhall yang dikepal-kepal disebabkan bentuk rupa kuihnya yang berbintil-bintil. Bila dah besar barulah saya tahu rupanya memang pun laddu diperbuat daripada bancuhan tepung dhall yang digoreng terlebih dahulu kemudian digaul dengan sirap gula sebelum dikepal menjadi bulat.
laddu @ ladoo. pic courtesy cik google

Bila dah besar saya selalu teringin nak makan jalebi dan laddu. Tapi kenalah cari dekat indian store kan? Masa saya kerja dan tinggal kat port klang dulu tiap kali bas yang saya naik pass by indian street mesti saya menebeng tepi tingkap jamu mata indian desserts yang dijual di restoran-restoran south indian food. Memang ada restoran yang operated by muslims tapi saya segan nak terjah sorang-sorang. Jadi, saya telan air liur jelah sambil bayangkan nikmatnya makan jalebi.

Recently ada orang hadiahkan laddu kat my bos. Kebetulan saya tengah brief dia about work. Dia pelawa juga saya makan, dia ingat saya tak kenal laddu. I was tempted tapi saya segan nak gobble up seketul laddu yang besar tu depan dia, maka saya buat alasan gigi saya sakit. Owhhh macam lah gigi saya sakit kalau makan benda manis. Saya kan sweet tooth mestilah boleh telan segala yang manis. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Malu makan drool lah sorang-sorang.

So, after so many years (like berpuluh tahun okay) what makes me blog about indian desserts kali ini? Sebab saya dah tak boleh tahan drooling pasal jalebi dan laddu selepas baca entry lemongrass pasal kuih kesari, another indian dessert kegemaran dia. Secara tiba-tiba saya dapat inspirasi untuk buat sendiri kuih muih india kegemaran saya ni. Maka malam Isnin baru-baru ini, saya mengerjakan kuih kesari. Kesari ni saya pernah makan tapi tak lah begitu gemar, cuma saya buat juga sebagai pelepas gian. Lagipun ada stok tepung suji kat rumah, maka cepat lah menjadi. Nak buat laddu kena cari tepung dhall dulu. Nak buat jalebi kena peram bancuhannya semalaman.

Jadi malam Selasa after berjaya memeram bancuhan jalebi semalaman, saya pun gorenglah kuih ini sambil cuba mendapatkan bentuk spiral. Yang saya dapat cuma bentuk coil ubat nyamuk je. Saya rendam dalam sirap gula tapi sirap saya agak cair! Hasilnya jelabi saya tidaklah bersakar (sebut betul-betul ye dan sila rujuk kamus dewan untuk maksud 'sakar' under S bukan Z ye). Tak menyerupai jalebi yang dijual kat kedai langsung! Segan saya nak tempek gambar di sini. Rasa doh yang masam-masam sedikit disebabkan fermentation tu dah ada dah. Cuma crispiness tu yang lacking. Emm kalau setakat nak lepaskan gian, boleh lah. Berebut saya dan fahmi makan jalebi tak menjadi ni. Saya dapat tahu jalebi ni asalnya adalah manisan Arab yang dipanggil Zalabiyah tapi telah diasimilasikan dalam masyarakat India seiring kedatangan Islam menerusi orang-orang Parsi (Iran). Orang Parsi panggil kuih ni Zlebia. Istimewanya manisan india di mata saya bukan semata-mata sebab rasanya yang manis tapi penggunaan rempah terutama buah pelaga (cardamom) sebagai perisa dalam hampit kesemua jenis manisannya.

Masa saya buat kuih kesari dan jelabi, saya langsung tak reveal dekat hubby or anak-anak yang kuih saya buat itu adalah manisan India walaupun berkali-kali juga dia bertanya. Sebab saya tahu kalau saya cakap mesti dia kata "macam anak an ne!". I'm not going to tell him myself, let him find out from this entry sebab saya tau he reads my blog! Apapun, dia dah pun makan kuih kesari yang saya buat tempohari... hehehe :-) *evil* . Selera 1Malaysia kata kawan saya.