Saturday, 6 August 2011

6 Ramadhan 1432H - Tertewas Juga Akhirnya Dia...

Kesian. Tewas juga cik Yaya pada hari ke-6 umat Islam berpuasa. Dia termuntah tengahari tadi, sikit je pun bukannya banyak. Disusuli dengan sakit perut yang memulas. Nak kata perut kosong, dia bangun sahur dan bersahur nasi beriyani. Berbuka semalam pun dia makan nasi. Tapi tak tau lah apa yang tak kena dengan perut dia, sebab orang lain ok je.

Of all many places yang ada, dia 'memilih' untuk muntah dalam kereta saya! Memang lekat benarlah gelaran 'kereta muntah'. Pagi tadi dia ikut saya pergi shopping di JJ S2. Niat bukan nak bershopping pun, saya cuma nak beli mince chicken dan lasagna sheet untuk buat lasagna hidangan berbuka budak-budak. Since dia beriya-iya nak ikut saya pun ambil kesempatan beli beberapa helai baju untuk pakai raya. Tak banyak setakat 3 helai seorang untuk Yaya dan Fahmi, jeans diaorang baru beli 2 bulan lepas. Lepas ke JJ kami terus ke kuarters klia, nilai fetch anak-anak buah saya Farah dan Mina yang nak berbuka di rumah my mum. Masa dah dekat benar nak sampai rumah my mum tulah tiba-tiba saya dengar bunyi "buwekkk". Saya tanya Yaya nak muntah ke? Dia diam je. Tak sampai few seconds Farah menjerit "Yaya muntah, ambik tisu...ambik tisu". Lorr tak sempat den nak berhenti tepi. Masa Farah cakap "...dah batal puasa adik. Balik ni boleh makan" saya tengok muka Yaya masam je.

Sungguhpun dah muntah dan perut memulas sakit, cik Yaya berkeras tak mau makan. Puas pujuk, saya sapu minyak yuyi. Bukan tak mau bawa ke klinik tapi dia sendiri enggan makan apatah lagi nak makan ubat. Kalau ada pisang alangkah bagus. Pisang bagus untuk melegakan sakit perut. Saya rasa Yaya ni sayang nak tinggalkan puasa agaknya. Lama lepas tu bila tak tahan memulas perut sampai menangis dan berpeluh dah barulah dia akur, makan biskut sikit dan minum air. Merengek menahan sakit sampai tertidur kat couch luar rumah. Petangnya, dia dah ok... ceria berbuka dengan all her cousins!

6 Ramadhan 1432H - Dalca Capsicum

Semalam pula kami berbuka dengan nasi beriyani dan kawan baiknya iaitu ayam masak merah dan dalca. Mula-mula saya suruh kakak je masak nasi dan ayam merah. Dalca saya dah prepare semalam. Simpan semalaman lagi sedap! Sebenarnya saya menjangkakan hari ni lambat balik kerja, jadi tak mau take the risk nanti kesian orang kat rumah makan tak cukup sifat, pasal tu saya kerjakan juga dalca malam tadi. Tapi nasib saya baik semalam dapat balik awal. Jadi ayam merah pun saya juga masak.
Incik hubby cakap lain rasanya. Memanglah lain, dah orang lain yang masak kekeke. Itulah sebab ada istilah 'air tangan'. Resipi sama, bahan sama tapi lain tangan yang membuatnya lainlah rasanya dia ;-)


Kalau selalu buat dalca pakai kacang dhal australia yang besar-besar butirnya dan keras. Dah rendam semalaman dan rebus pun masih tak empuk. Jadi sejak few months ago saya dah mula guna mysore dhall atau nama marhain nya red lentil yang nipis, berwarna kemerahan dan lebih lembut. Bila dah nak siap masak tu saya rasa dalca tak cukup pedas. Nak letak cili boh banyak takut anak-anak tak tahan, yelah dengan berempahnya dan pedas cili lagi. Tapi kalau kurang pedas bapak budak makan tak kick pulak. Makanya saya letak cili capsicum yang dipotong dadu. Uihhh sedap pula rasa manis-manis pedas capsicum. Capsicum ni memang saya cukup suka tambah dalam kuah bolognese sebab dia tak over spicy tapi sedap. Tak reti nak describe rasa dia macam mana ;-). Pastu tambah sos tomato aminah hassan, ummmm lagilah best! Ikut suka suki aku nak letak apa! hahaha.

Friday, 5 August 2011

5 Ramadhan 1432H - Putu Mayam Berkuah idaman hati, tapi...

Roti jala dengan serawa yang jadi! Iftar semalam saya tak masak. I let kakak do all the cooking sebab lauk pauk mudah je pun - masak lemak ciliapi udang, sambal tempe, ulam & sambal belacan perahan lemon (ini kes limau kasturi pokok sendiri belum cukup matang!). Tapi sedap sambal belacan pakai jus lemon. Saya cuma buat kuih je for iftar.


Roti jala dengan serawa. Niat sebenar nak buat putu mayam berkuah Terengganu. Tapi saya takde acuan nak buat putu mayam. Kalau pergi pasar Batu 6 atau pasar payang kadang orang ganti putu mayam dengan roti jala yang dilipat segitiga. Jadi saya pun buat roti jala jelah. Kuahnya pun sebenarnya adalah kuah putu mayam. Lebih kurang sama dengan serawa tetapi ditambah sedikit tepung beras dan telur dikacau dalam kuah. Kuah saya terlebih kacau telur jadi berbintil-bintil. Takpelah janji lepas rindu

Thursday, 4 August 2011

4 Ramadhan 1432H - Kari Ikan Mamak

Beriya-iya lah saya tinggalkan ofis awal semalam sebab niat dalam hati kalau saya boleh reach home in 1 hour (speedinglah tu!) sempatlah saya fetch Fahmi from kelas agama, tak perlu dia jalan kaki. Tapi dah ketentuan Allah swt bukan rezeki saya semalam. Jalan kat pulau indah jam lagi, ada lori tercabut tayar. Pelik tapi kenyataannya memang kejadian begini selalu terjadi setiap kali waktu orang balik kerja. Haha...

Balik rumah terus saya tukar profesion jadi tukang masak. Kalau ikutkan menu asal patutnya kakak masak asam pedas tapi incik hubby dah keboringan makan asam pedas. Makanya saya ubah menu menjadi kari ikan. Huh masak kari ikan memang tak boleh lepaskan kat tangan kakak, nanti incik hubby tak berkenan. Maid saya ni dia boleh masak tapi masakan dia takde perasaan. Orang kalau masak takde perasaan memang masakan tu akan hilang rasa. Kita buat apa pun kalau ada passion mesti menjadi kan?

Kari ikan style mamak lah konon. Saya guna ikan merah yang dok keras kejung dalam freezer since last week. Takut rasa dia dah tak fresh jadi saya basuh dengan asam jawa dan tos betul-betul kering. Lepas tu goreng sekejap takut isinya relai dan nak elak rasa ikan lama.

Ini menu kesukaan Fahmi. Tumis taugeh. Tapi dah tak rupa tumis taugeh lagi dah. Selak kucai jumpa kucai, selak tauhu jumpa tauhu. Abih taugehnya mana? Heheh ...nak cari taugeh pun tak jumpa. Sarat dengan kucai dan tauhu. Bukan apa, taugeh tinggal sejemput saja jadi daripada berebut nanti saya tambah carrot dan kucai banyak sikit. Tauhu tu memang sengaja dihabiskan stok, nanti terbiar sampai busuk pulak.

Wednesday, 3 August 2011

3 Ramadhan 1432H - Mentega Golden Churn TIDAK HALAL!

Nak share info penting. Most yang dengar radio pagi ini tentu dah dapat berita terkini tentang status halal mentega pure butter terkenal Golden Churn. Jakim dah sahkan bahawa mentega golden churn TIDAK HALAL kerana mengandungi dna babi. MasyaAllah tersentap jantung sekejap. Tak tau nak cakap macam mana. Mengejutkan? Mendukacitakan? Yes, memang mendukacitakan.

Dukacita sangat-sangat sebab mentega ini saya pun pernah guna! Walaupun saya tak guna mentega ini untuk kek-kek yang saya jual tapi bohonglah kalau saya tak pernah guna untuk makan sendiri sebab memang pernah pakai pun suatu ketika dulu. Tapi sebab harganya mahal dah lama stop beli... tak kuasa. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku kerana telah termakan benda yang haram.

Kadang-kadang rasa susahnya nak mencari benda yang halal. Nama je duduk negara yang majoriti Islam, tapi tak menjamin apa-apa. Nak cari halal food pun susah. Ada JAKIM pun tak pro-aktif. Ni pengumuman JAKIM buat pun berdasarkan pendedahan awal oleh Jabatan Agama Islam Johor. Rujuk sini. Benda ni dah berbulan juga surface tapi sekejap Jakim kata halal sekarang baru sahkan finding awal oleh JAIJ memang benar.

Lagi satu yang buat saya rasa dukacita, kat label dan tin mentega golden churn tu sudah tertera pengesahan halal oleh badan Islam negara asal (mentega ni yang dalam tin keluaran NZ, yang bentuk ketul keluaran Australia). Maknanya tak boleh pakailah badan Islam tu. Atau pengilang simple tempek je. Entahlah tak tau nak kata. Memang Dajjal sungguh orang kafir ni macam-macam cara dia memperdayakan umat Islam.

Oleh itu, sahabat-sahabat semua kenalah berhati-hati. Kalau diperhatikan kebelakangan ini banyak peniaga-peniaga non-muslim yang berlumba-lumba hasilkan produk halal. Secara peribadi saya bimbang dengan perkembangan ini. Sejauh mana mereka memahami konsep halal dan sejauh mana mereka faham peri pentingnya kehalalan sesuatu produk. Halal bukan di atas kertas semata-mata. Sebab hari ini saya boleh submit produk yang betul-betul suci kat lab untuk dapat sijil, saya boleh tunjukkan kitchen yang bersih, saya boleh beri senarai bahan mentah yang disahkan halal semata-mata untuk dapat sijil. Tapi esok lepas dapat sijil saya tukar bahan tu siapa yang tahu? Jakim tau?

Tapi nak salahkan siapa? Umat Islam sendiri pun 'segan' (malas ikut slanga utara) nak involve hasilkan produk halal. Non-muslim nampak ada demand dan mereka tak lepaskan peluang ini. Yang rugi dan terus-terusan terpedaya adalah kita sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, 2 August 2011

2 Ramadhan 1432H - Yang Layu & Yang Segar

Bukan pokok atau sayur yang layu tapi anak teruna saya yang seorang ni.
Ni gambar hari pertama berpuasa. Dah disuruh mandi pun masih layu juga. Hari ini pula bila saya balik kerja, kakak bagitau Fahmi cakap esok dia tak nak puasa dah. Bunyinya macam serik.

Bila ditanya, kata dia semua kawan kat sekolah tak makan, kantin pun tutup. Saya tanya lagi ada yang bawa bekal ke? Jawab Fahmi takde sesiapa bawa bekal, waktu rehat semua org turun ke kantin membaca di sudut bacaan. Memang kat kantin sekolah dia ada sudut bacaan yang agak luas lengkap kerusi meja dan kemas terjaga. It's like a mini library tapi terbuka. So, kalau dah semua berpuasa ( i assumed lah) takkan Fahmi seorang tak nak puasa? Uihh saya rasa cabaran sungguh nak melatih cik mat seorang ni. Mungkin sebab aktiviti dia penuh sepanjang hari tu yang dia pun cepat penat, lapar dan haus. Kesian, tapi kena selalu tiup semangat kat dia ni.

Yang segar macam pokok kena siram ialah anak dara yang seorang ni.Mulut tetap becok macam bertih jagung goreng. Menyanyi tak tinggal, bercakap lagi lah macam burung kelicap cip cip cip cip sepanjang masa. Mama pulak yang letih tengok dia. Mana dia dapat energy nih? Ada bonggol unta ke apa?

Berbuka petang tadi agak mewah sedikit dengan kuih muih. Saya minta hubby belikan kuih manis sikit sebab saya tak buat kuih manis, saya buat cucur udang dan mee sup bebola daging. Patutnya hanya sedikit kuih manis tapi incik hubby telah membeli 3 jenis kuih manis dan otak-otak sekaligus. Jadilah mewah ;-). Tapi semuanya habis licin. No leftovers!

Puasa kali ni rasa macam terlebih makan pulak. Lepas terawih di surau tadi balik rumah melantak lagi - kuey tiow goreng. Ni kerja Yaya lah. Dia tiap malam ikut saya berterawih tapi terawih dia half way je. Bila orang semua selesai terawih je mulalah dia minta ambilkan bungkusan moreh. Boring tunggu dia habis makan saya pun tumpang bedal. Semalam dia ambil sebungkus nasi lemak bawa balik. Huh kalau tiap malam cik Yaya buat kerja gini maunya saya yang gemuk.

Monday, 1 August 2011

Iftar Day 1 - "Lagi Berapa Minit?"

Today's iftar hidangan simple je. Nasi berlaukkan ayam percik dan kerabu ulam campur- pegaga+selom+ulam raja+taugeh. Mil masa duduk dengan kami tempohari pernah komen, macam mana orang duduk bandar pandai makan ulam. Orang kampung pun tak makan ulam. Uikss... saya mengaku saya tak suka makan sayur. Makan ulam ni pun saya baru belajar lepas bersalinkan Fahmi. Lagipun ulam sekarang kan easily available kat pasar malam or pasar tani, tak payah tunggu duduk kampung baru dapat makan ulam. Nak tanam sendiri dalam pasu pun boleh ;-).

Ayam percik dah siap masak semalam, simpan dalam peti sejuk. Hari ni tinggal bakar je. Since menu pun simple ada masa buat onde-onde a.k.a buah melaka. Ada kurma sekotak pemberian teacher aqilah, boleh bertahan sampai 2nd week tak payah beli. Alhamdulillah murah rezeki dan murah juga rezeki teacher aqilah. Dah cukuplah untuk kami anak beranak. Tak perlu hidangan penuh semeja dan tak payah membazir. Cuma saya lihat Fahmi teragak-agak sedikit nak makan masa berbuka. Bukan sebab tak berselera, tapi sebab pilihan sikit sangat kot! Haha. Dia sama dengan daddy dia dah terbiasa bila waktu berbuka makan kuih muih ringan dulu baru makan nasi. Kuih yang ada cuma onde-onde. Sudahnya tortilla ayam baki sahur pun dia bedal!

Kesian kat Fahmi semalam tepat seperti jangkaan saya, dia melepet lembik. Kakak kata dia asyik bertanya "Dah pukul berapa?" berulang-ulang kali. Bila saya balik kerja pun dia tanya "Lama lagi ke mama?" "Dah pukul berapa mama?" "Lagi berapa minit?". Hah part lagi berapa minit tu dia tanya selang 1/2 minit. Lepas tu bila jawapan saya masih tak banyak berubah dia nak marah. Aduhaiii anak teruna kuseorang ni, naik risau pulak bila kenangkan esok dia mula sekolah. Nak berulang ke sekolah pagi dan sekolah agama, jangan sampai meniarap atas jalan sudah!

Kalau tahun yang sudah setiap kali tiba ramadhan mesti saya fikirkan satu tema untuk tahun tersebut. Contohnya tahun lepas kami sepakat nak elakkan pembaziran dan minimise perbelanjaan di bazar ramadhan. This year saya tak terfikir lagi tema apa. Just go with the flow lah agaknya. Dan dah tentu bab elak pembaziran tu masih dikekalkan.

Onde-onde comel ni dihadap dek Yaya sampai habis.


Bunga apakah ini. Comel kecil je. Inilah bunga limau kasturi. Dah setahun lebih saya bela tiba-tiba barulah kini nak ambil gambarnya. Bukan sebab apa, after more than 1 year barulah saya perasan yang bunga limau kasturi ni mengeluarkan bau wangi seakan-akan bau bunga melur!Minggu lepas pokok ni mula berbunga lebat. Dalam tempoh itu juga saya asyik tercium bau wangi setiap kali melintas nak masuk pintu rumah. Mula-mula rasa pelik sebab kami tak tanam bunga melur. Pagi Ahad lepas saya tergerak hati nak cium bunga ni. Misteri bau wangi terjawab sudah ;-). Lah, jakun!