Wednesday, 11 January 2012

Biasa & Tak Berapa Biasa

Alhamdulillah, rumah sudah kembali kepada keadaan biasa.
Saya juga dah kembali bekerja selepas bercuti sejak Sabtu hingga Selasa jadi surirumah
Selasa malam sebelum tidur encik hubby tanya saya?
"So, how? Duduk rumah?"
Dia nak tau komen saya after spending 4 days di rumah
Saya jawab "OK"
ye, saya sendiri pun terkejut bila jawab OK
jawapan ringkas saya tidak cukup memuaskan hati
sebenarnya bila encik hubby bertanya barulah saya terfikir dan berfikir pengalaman saya duduk di rumah menguruskan anak-anak dan rumahtangga
saya tak mau kupas satu persatu, jadi jawapan ringkas saya seterusnya adalah "dia (kakak) ada banyak masa lapang!"
ha ha ha... instead of saying "saya" yang ada banyak masa lapang

Setakat buat kerja rumah yang basic tidaklah seteruk mana
jadi selepas saya sendiri lalui menguruskan rumahtangga
saya rasa lega sebab kami tidak keterlaluan membebankan kakak
she still have time to rest and watch sinetron so kira oklah
kami tak demnding pun, expectation pun tak tinggi

seronok jadi surirumah saya jadi malas nak kembali bekerja!
but at the same time saya berasa 'kehilangan' sangat
saya rindukan suasana chaotic di ofis
saya agak rimas bila otak tidak ligat berfikir
saya rasa sunyi... owhhh saya boleh jadi tak siuman agaknya kalau jadi surirumah sepenuh masa
jadi, bila saya betul-betul ber'cerai' dengan majikan sekarang, saya kena pastikan aktiviti membaking ligat!

Tak, ini bukan hasil kerja membaking saya. Ini lah yang berlaku akibat cuai tak perhatikan meter temperature kereta semalam.
Enjin mati sebaik saya membelok nak masuk ke lorong rumah. Mujur menurun bukit, kontrol brek sahaja tapi jenuh juga nak pusing stereng, jadi paut stereng.
Dengan perkiraan yang agak baik juga kereta selamat saya berhentikan betul-betul di tepi tembok pagar rumah jiran depan rumah.
Baik punya landing macam takde apa-apa yang berlaku ;-)

Comel jugak kereta saya di tow begini. Nampak bergaya... cheh!!! Memujuk hati sebenarnya!

Monday, 9 January 2012

Apa-apa Aje

Kakak tak balik lagi. Sepatutnya sampai hari ini tapi ada masalah sikit
saya saja mengusik anak-anak di meja makan
kata saya esok mereka kena uruskan diri sendirian, saya dan daddy mereka kerja
pandai-pandailah bersiap pergi kelas KAFA, makan minum buat sendiri
hahahaha jahat saya ni kan?
seperti biasa, bila diusik macam tu cuak lah muka budak berdua tu
Fahmi suruh saya berhenti kerja atau ambil cuti
saya kata tak boleh, mama memang nak berhenti tapi bos tak kasi
Fahmi siap ajar saya pergi hantar surat (resign) naik kereta berdua dengan Daddy (kononya hubby temankanlah)
letak je surat kat meja bos lepas tu cepat-cepat lariiiii...
saya jawab lagi tak boleh, tak berkesan
mama dah pernah bagi surat resign tapi dia tak kasi juga
lagipun kalau mama buat macam yang abang ajar tu, ramai orang ofis tau rumah kita
mesti dia orang datang cari
Fahmi jawab "kita pindah rumah!!!"
adoiiiii... sakit perut saya gelak
Anak-anak saya kalau cari idea nak selamatkan diri mereka daripada terpaksa ditinggalkan urus diri sendirian memang bijak
Hmmm suka hati saya dok mengusik diaorang tadi, silap haribulan dibuatnya kakak pulak mengusik saya dengan tidak memunculkan diri esok maunya menangis tak berlagu!
Dah lah siang tadi tension pasal kakak tak jadi balik hari ini terus spoil mood saya
terus saya bantai buka puasa sunat... isyyyy yelah daripada saya geram tak tentu pasal mengaum macam rimau baik saya ngappp! hehe

Friday, 6 January 2012

Fight Back To School 2012

Bila buka sekolah je saya kembali sibuk
tapi sibuk kali ini melebihi tahun-tahun yang sebelumnya
anak dua-dua masuk sekolah rendah
Fahmi ke darjah 2, Yaya masuk darjah 1
maid pulak balik kampung senyap sunyi belum ada khabar berita
me and hubby bergilir-gilir ambil cuti uruskan anak-anak untuk sementara waktu
saya terpaksa kerah tenaga berlipat kali ganda
penat di ofis, penat travel berjam-jam dalam kereta, sambung uruskan rumahtangga
pagi-pagi walau mata enggan terbuka, walau badan masih belum mampu digerakkan
saya paksakan diri juga bangun... bangunnnn...

bangun pagi-pagi lepas solat subuh terus turun ke dapur siapkan sarapan dan bekal anak-anak
incik hubby kejutkan anak-anak bangun dan supervise mereka berpakaian
owh anak-anak saya memang manja, perlu di tunggu pantang kita lepa mulalah mereka pun lambat-lambat je bersiap
kalau saya yang supervise harus mulut tak diam mengarah itu dan ini, macam komando!
Hari orientasi darjah 1 pada 29 Disember 2011, she's all smiles ;-)

Alhamdulillah hari pertama persekolahan everything went well
berbeza dengan kali pertama menghantar Fahmi masuk darjah 1 tahun lepas, kali ini saya tidak berdebar
my experience with Fahmi buat saya lebih yakin
Yaya pula was an easy kid to deal with, dia tenang saja
langsung tak menahan saya daripada beredar meninggalkan sekolah selepas hantar dia berhimpun di hari pertama dan kedua persekolahan
Alhamdulillah juga masuk hari ke 2, dia berjaya naik bas sekolah dengan Fahmi
hari pertama hubby pergi jenguk intai dia dari jauh
kata hubby Yaya keluar awal, menunggu Fahmi keluar kelas di kantin
matanya melilau melihat sekeliling, lama bersendirian dia kelihatan cuak tapi tak menangis
siapa yang tak cuak kan, dah lah sorrounding tak familiar, hari pertama pulak tu
Comel bertudung ke kelas KAFA

My hero and heroin

Sekarang masing-masing dah mula bawa balik buku teks
bertimbun buku teks menunggu nak dibalut plastik
haisyyy ni kerja rumah saya untuk hujung minggu ni
warghhh letih... ada tak orang ambil upah balut buku teks?

Thursday, 5 January 2012

8


Lapan tahun sudah umurnya hari ini
sekejap je rasa
dulu badan montok dia saya peluk setiap malam
badan montok dia ni yang buat lengan kami lenguh bila dukung dia pergi shopping
balik je shopping tangan mesti terkulai, panjang macam tangan beruk jadinya hihihi
umur 9 bulan berat dah 11 kg, chubby dan comel
suka tersenyum, suka ketawa - senyuman tak bergigi dan ketawa dia sangat infectious
boleh buat orang senyum dan ketawa balik

Hari ini badannya kembali montel
padahal dulu-dulu dia takde debab
tiba-tiba je mencanak naik badan dia
saya suka usik dia bila dia duduk tak berbaju
perut dia berlipat macam tayar basikal hihihi
dia mesti ikut sama tersenyum atau ketawa
dia tak marah diusik, malah kadangkala boleh tokok tambah lagi gurauan saya
sporting sangat dan mudah faham apa yang saya cakap
dia agak berdisiplin, hari cuti atau hari minggu bangun awal
kalau dia terjaga awal sangat dia solat subuh, tapi kadang-kadang dikejut pun tak bangun hehehe
selalunya dia bangun terus mandi, dah siap mandi baru dia turun bawah
siap angkut baju-baju kotornya letak dalam bakul tepi mesin basuh
dia senang dan menyenangkan

tapi kalau ada sesuatu yang tak kena memang letih betul layan kerenah dia
tarik muka 14 dan merajuk
tapi selalunya tak berpanjangan
kalau melalut berpanjangan saya akan mula tinggi suara
tak suka biasakan dia buat kerenah
dia selalu amaze saya dengan cara dia berfikir
suka melayan dia bercakap (bila dia mahu bercakap lah) sebab dia ni tak banyak cakap sebenarnya

Jadi hari ini Abang @ Fahmi sambut ulang tahun ke 8
pagi tadi saya serahkan 41 party packs kepada cikgu BI nya puan Akmal Zabidi
untuk diagihkan kepada kawan-kawan
party packs yang simple dengan tema angry birdcute kan angry bird eraser bentuk selipar ni?
Found them kat kedai My One Shop subang perdana
kedai murahan tu ada banyak khazanah yang menarik
I always buy buku nota kecil, eraser ke yang bercorak kartun favorite anak2 from there
kali ni saya pulun habis stok eraser kat kedai tu
ada satu minachi ni mulut puaka tak boleh blah
dia perli saya "u buka kedai ke?"
eiii rasa nak ambil gam gajah gam mulut dia, awatnya jaki ke?

Sebentar tadi pula kami potong kek dan hadiah patung alien ben10 bertukar tangan
suka lah dia mendapat idaman hati
tapi ingat, kalau lalai dan leka belajar mama tarik balik hadiah simpan sehingga Abang boleh improve
standard clause lah tu dengan anak-anak saya

Monday, 2 January 2012

"Adik Nak Balik!"

Baru lepas bertelefon dengan cik Yaya
dia masih belum tidur
my mum kata dia duk main game
Fahmi dah lama berlayar, dan sampai london agaknya
elok je telefon bertukar tangan saya dengar nada suara cik Yaya sudah rendah
"Adik dah kata adik tak boleh tidur kalau takde Mama"
macam mana nak tidur kalau ralit main game? kalau kat rumah pun begitulah dia
ralit main game sampai kita suruh tidur pun dia buat tak tau je
kalau tak tahan dengar saya membebel dia tarik selimut selubung muka
kita pun tutuplah lampu ingat dia tidur
uiksss... nampak cahaya ... cahaya apakah itu
tarik selimut ... tu diaaaaa
sampai memercik peluh kat hidung duk berselubung
dia main game rupanya!!!
akal memang panjang

Saya tanya dia dah makan ubat?
dia batuk... dalam pada batuk tetap degil nak minum air sejuk
dia jawab sudah... uikss terkejut juga saya
sebab selalunya lepas minum ubat batuk sure longlai
takde apa yang boleh buat dia berjaga kalau dah telan ubat batuk
tapi kali ni masih bertahan main game
hmmm... betullah tu dia tak boleh tidur
hati resah... bosan kata dia
bosan dan tak boleh tidur
sebab takde Mama
alahaiiii anak ku
serupa macam Mama juga kerenah awak ni
saya macam tu lah sejak kecil sampai sekarang ni
susah nak lelap mata kalau orang-orang tersayang takde di sisi atau di sekeliling saya
susah!
zaman saya duduk asrama U payah nak lelap mata
resah gelisah
zaman membujang pun tak jauh beza... susah nak lelap mata
asyik duk membilang hari bila nak berjumpa mak dan semua orang
aduhaiiii... sekarang pun saya susah nak lelap mata
duk terkenangkan anak-anak yang jauh
incik hubby sibuk projek khemahnya
aduhaiii menjeruk rasa lah saya seorang diri
nangis kang.... :-(

Sunday, 1 January 2012

Macam Mana Adik Nak Tidur?

"Macam mana adik nak tidur?"
"Adik tak boleh tidur kalau takde Mama"
"Kang malam-malam adik terjaga adik nangis cari Mama"

Alahaiii kesiannya anak dara saya sorang tu
bila saya bagitau mereka berdua nak kena tinggal kat rumah nenek untuk 2 malam bermula malam ini, cik Yaya dah susah hati
Mulalah mendayu-dayu suara dia memujuk saya supaya jangan hantar dia ke sana
Malam tadi dalam kereta sepanjang jalan nak keluar makan tak berhenti-henti dia merungut hal ini
puas saya pujuk satu pun dia tak 'makan'
kalau tidak pada dia tidak lah maknanya, susah nak tukar
saya malas nak guna senjata reward... nanti terover use jadi basi pulak
until today dia masih tak boleh terima kena bermalam di rumah nenek
bukannya dia tak suka dengan nenek atau tak suka ke rumah nenek
cuma cik Yaya ni berbeza sangat dengan Fahmi, while Fahmi lebih independent dan matang berbanding usia dia
cik Yaya ni clingy, manja... maklumlah dia kan anak bongsu
tapi saya tak ada pilihan lain
kakak nak balik esok pagi, sedangkan saya kena turun bekerja
Ya, jangan buat terbeliak biji mata pula, I enjoy very minimal public holidays ye puan-puan
katalah apa pun kompeni komunis ke, saya sudah lali dah no big deal pasal cuti kurang ni
incik hubby pulak sibuk dengan projek khemahnya, jadi siapa nak jaga budak-budak?
nak heret mereka ke ofis? maaf bukan tabiat saya melanggar peraturan ofis
walaupun memegang status bos juga tapi saya tak biasakan diri ambil kesempatan
itu bukan saya

Jadi saya terpaksa merelakan anak-anak saya dilepaskan dalam jagaan nenek mereka
ye saya tau, saya pernah cakap saya tak suka dan tak biasakan diri letak anak-anak di rumah my mum Abang mithali... time angin dia baik selalu pangku adik tidur, tapi time angin baik lah...

Keadaan sangat tidak menyebelahi saya kali ini
sudah usaha cari day care tapi tak dapat, masa terlalu singkat
dan saya pula cuma perlukan day care/transit untuk tempoh yang singkat iaitu 1 minggu saja, mana ada orang nak layan?
jadi 2 malam di rumah nenek, hari rabu mula bersekolah
incik hubby memang kena ambil cuti nak uruskan hantar mil jalani rawatan radiotherapy
bolehlah hubby uruskan anak ke sekolah untuk 3 hari minggu depan
untuk minggu seterusnya? kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya

tapi kan, saya rasa bukan cik Yaya yang tak boleh tidur malam ni
rasa-rasanya kan... SAYA yang tak boleh tidur malam ni huwaaaaaaa.....

Friday, 30 December 2011

Mama Pulak Tak Betul?

Balik kerja malam ni tak pasal-pasal kena sound dengan cik Yaya.
"Alah Mama ni betul ke tidak asyik datang bulan je!"
Tercengang kejap saya. Lah pulak?
Adehhh nak kuapakan kalau dah 'dia' nak datang. Disalahkan saya pulak sebab hajat dia nak solat jemaah di surau tak kesampaian.
Saya tahu dia bengang sebab dah kerap sangat dia ajak since last week lagi
Tapi saya selalu reach home lambat, mana sempat nak jemaah Maghrib kat surau
Semalam saya balik awal sikit, tapi sayangnya tengah bendera merah takkanlah nak redah jugak kan, saya explain kat dia elok-elok boleh pulak dia terima
Tapi hari ni elok je saya masuk rumah dia datang kepada saya dengan menyarung tudung
siap menggayakan lagi 2 jenis tudung, suruh saya pilih mana satu yang sesuai
Saya, tanpa suspect apa-apa terus pilih, tapi lepas tu saya tanya nak buat apa bertudung?
Selamba dia jawab nak pergi solat kat surau lah (anak-anak saya memang guna perkataan solat)
Aiyarkk! Macam mana ni? Kan baru semalam saya bagitau dia saya tak boleh solat dan tak boleh ke surau
tu yang dia terus membebel kat saya "Alah Mama ni betul ke tidak asyik datang bulan je!"
Incik hubby gelak tak berbunyi!!!
Fahmi tuang minyak dalam api "Kalau macam tu abang pun datang bulan lah!"
Lepas tu bertubi-tubi saya kena soal, kenapa datang bulan? datang bulan tu macam mana? Macam mana Mama tau Mama datang bulan?
Gulp!!! Incik hubby gelak lagi!!!
Saya memang open sikit dalam hal-hal tertentu dengan anak-anak
rasanya dah pernah explain kat Yaya dulu tapi tau jelah mana dia ingat kan?
Aduhaiii tak pasal-pasal saya kena bebel dengan anak
dah macam saya sengaja pulak buat alasan tak nak ke surau
teringat zaman sekolah dulu, 2 kali dalam seminggu ada kelas agama tambahan
kelas selalu dimulakan dengan solat zuhur berjemaah, students lelaki akan berjemaah dulu, diikuti dengan students perempuan - ada bilal dan ada imam dilantik secara spontan dan rotate setiap minggu
bila part solat jemaah ni ada saja student perempuan yang saban minggu beralasan yang sama... datang bulan!
saya tahu mereka bukan tak mau solat... tapi ada diantaranya yang segan sebab tak tau solat
jangan terkejut, memang berlaku... dah akil baligh tapi masih tak tau bersolat
peringatan buat diri saya sendiri sebagai ibubapa kena latih anak-anak bersolat sejak kecil
Alhamdulillah anak-anak saya sudah boleh bersolat walaupun bacaan surah dalam solat kadang-kadang tak berapa betul
cuma biasalah budak-budak lebih excited nak bersolat di surau, bukan sebab apa boleh jumpa kawan
haaaa part yang tu saya tak suka, niat dah tak betul
saya ingatkan juga pada Yaya, jangan rajin bersolat di surau je tapi bila kat rumah liat, itu dah riak namanya
hanya mahu beribadat bila ramai orang atau di depan orang
isyyy bahaya... kena ingatkan diri sendiri juga
ibadat biar ikhlas, nawaitu Lillahi Taa'la