Wednesday 15 September 2010

Bongek Part 1

tidak, saya bukan mencarut, memaki atau mengata orang. saya tahu ada orang yang bila bercakap dia kata "... bongek lah kau" yang pada dia bermaksud??? sengal? hampeh? dan seumpama dengannya. tapi pada saya, perkataan Bongek itu membawa maksud tersendiri. Bongek adalah nama sebuah tempat di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Semenjak saya mengenali seseorang yang begitu signifikan dalam hidup saya semasa di alam persekolahan menengah, melihat perkataan Bongek sahaja cepat membawa saya mengingati dia.

Oh, jangan cepat buat kesimpulan. Saya bukan bercakap tentang old flame saya. Saya tidak ada old flame tetapi saya tidak boleh hendak nafikan yang saya ada koleksi yang termasuk dalam kategori 'almost old flame'... hampir2 saja sebab saya dulu naif tak pandai chenta2 ni, iye ke?

Masa di awal ramadhan lepas saya ada balik berpuasa di rumah mil di segamat. Dalam perjalanan pulang ke shah alam, kami singgah ke rumah ma saya di seremban. Sengaja cari kelainan dari segamat, kami ambil laluan jalan 'dalam' atau jalan kampung instead of guna highway simpang ampat tu, jadi selepas tampin kami terus masuk rembau. saja bertukar angin sambil2 mencuba nasib kalau terjumpa lemang ditepi2 jalan. sampai di satu tempat di rembau mata saya tertangkap papan tanda jalan tertera perkataan BONGEK. langsung saya teringatkan dia - guru kelas saya di tingkatan 4 & 5 yang juga guru bahasa melayu dan pendidikan seni, cikgu hamid.

sebelum dia menjadi guru kelas saya dia terlebih dahulu menjadi guru kelas kakak saya. jadi nama dia memang sudah dekat dengan saya sejak awal lagi. saya tahu dia tegas, saya tahu dia garang, saya tahu dia jarang tersenyum, saya tahu daripada senior2 saya bermacam cerita kurang menyenangkan disampaikan sehingga saya sendiri timbul rasa takut biarpun mendengar dari jauh. tidak sekalipun saya jangka dia akan menjadi guru kelas saya pula sekaligus memberi impak yang cukup besar dalam hidup saya.

hari pertama melapor diri di tingkatan 4 barulah saya tau dia jadi guru kelas 4 usaha. masa itu rasa seram sejuk juga. anehnya bila dia jejakkan kaki ke kelas saya pagi itu, dia tidak garang seperti yang pernah dimomokkan senior. malah saya lihat dia agak gembira mendapat pelajar seperti kami - 30 odd students perempuan semuanya! tapi minggu seterusnya wajah dia akan mencuka sedikit bila pentadbiran sekolah merombak semula senarai pelajar kelas saya setelah menyedari 4 usaha semuanya girls! beberapa orang pelajar kelas saya ditukarkan dengan pelajar2 lelaki dari kelas lain. saya kira cikgu tidak dapat menahan rasa sedikit terganggu dengan perubahan itu lalu the boys semua ditempatkan di barisan belakang kelas. ketika itu barulah saya sedar, cikgu sebenarnya lebih senang melayan kerenah pelajar perempuan terutama kami tidak senakal the boys. barangkali dia sudah penat mengajar kelas budak melayu yang nakal nya ya rabbi dan malas belajar, kuat ponteng.

pun begitu tidak bermaksud dia mengabaikan pelajar2nya. cuma memang benar mereka2 itu terlalu dikuasai kenakalan dan masih dalam mood honeymoon untuk serius belajar. ada ketika seorang teman didenda berdiri dalam tong sampah sambil mengimbang penutup tong sampah di atas kepala. tapi segarang2 dia, dia tidak garang pada saya dan kawan2 yang mahu belajar. seringkali perhatian yang lebih istimewa diberikan kepada saya, kerana saya suka mengarang maka karangan saya sering dijadikan rujukan. kerana dia berjaya mengesan saya minat lukisan, maka dia sering berdiri di sebelah saya dalam kelas lukisan sambil tidak putus2 memberi tips campuran cat air yang sesuai. bila dia lihat saya teragak2 tentang sesuatu cepat dia kesan. sehinggakan kalau ada kawan2 yang takut nak approach dia, saya pula yang disuruh jadi perantara walhal saya sendiri masih belum hilang rasa takut dengannya. kerana dia memang tegas orangnya tapi tidak hilang sisi lembut dan kasih sayang pada anak2 muridnya. saya tidak comel, saya pendiam, saya tak pandai berkata2 dengan cikgu2 tapi saya tidak banyak kerenah, saya aktif di dalam dan luar kelas. entah bila dan bagaimana saya jadi teacher's pet dia.

cerita ini agak panjang, belum habis di sini. saya belum pun mandi lagi, berbuka puasa ganti pun sekadar beberapa potong kek mengalas perut. nanti bila perut sudah kenyang sikit kita bersambung dalam part 2.

No comments: