Sunday, 14 December 2008

Landlord Oh Landlord

we received unexpected visit from our landlord sekejap tadi. i was taking my shower lepas solat maghrib coz we took the children out petang tadi and return home dah dekat maghrib; rain has just started to pour again so aku mandi juga walaupun lewat dan sejuk sebab takut sakit kepala nanti. hubby pulak was busy packing his clothes for a 3 day outstation to melaka and he was about to leave when the guest arrived unannounced.

we dread this visit sebenarnya, we know that they will comeback someday after their unexpected visit in april cuma dalam hati aku berdoa semoga Allah swt bukakan mata hati diaorang to look deep into the issue so that we don't have to go through this dreadful visit again.

when they 1st came in april they said they've been trying to get hold of us banyak kali dah but everytime they came we were not at home. yeah same here, we've been trying to contact them since last year but to no avail. bukannya apa just a courtesy call sebab sejak 3 tahun sewa rumah ni kami tak pernah tengok batang hidung landlord, tak sedap hati juga.

mulanya we were relieved juga bila dapat jumpa diaorang april lepas, bolehlah berkenal2an dengan rapat dan kami ingat akan lebih memudahkan komunikasi dengan mereka sebab rumah ni pun in dire need of repair sana sini. tapi rupa2nya diaorang datang hari tu dengan satu tuduhan bahawa kami dah dekat 11 bulan tak bayar sewa rumah!!! giler apa aku tak bayar sewa 11 bulan pastu boleh lagi duk tercangok depan landlord. logiknya kan kalau orang tak bayar sewa rumah tentu dah lama cabut lari tengah malam kan? mak cik tu cakap dia check statement account dia tapi tak jumpa payment yang kitaorang buat. 11 bulan yang dia claim tak bayar tu pulak bukan recent months tapi dari tahun 2006 ke 2007. minta maaflah makcik, kami ni memang takde duit berkepuk2 tapi tidaklah sampai ke tahap tak berduit langsung nak bayar sewa rumah. yang aku rasa kecewa benda yang dah lama pun dia nak ungkit up, padahal manalah dapat nak cari bank slip tahun 2006 to proof payment. selama ni tiap kali kami bank in duit sewa mesti sms dia tapi takde reply. akhirnya dia mengaku yang dia dah tak pakai no handphone tu sebab dia tak reti pakai handphone sebenarnya! dah tu janganlah bercakap as if kitaorang ni tak pernah nak cuba contact dia.

aku frust betul dengan cara dia bercakap seolah2 menuduh kami ambil kesempatan atas sikap dia yang tak ambil pusing hal duit2 ni. kononnya dia tak berkira sangatlah dengan duit sewa yang dia anggap rendah padahal kata dia rumah lain sewa tinggi sikit. mak cik ni tak sedar agaknya masa aku masuk rumah dia ni takde rupa rumah decent langsung... serupa rumah hantu dengan cakar sana sini kat dinding, cat pun dah lusuh, pam air rosak, pintu dah rompong dimakan dek air. sebab aku duduk rumah dialah rumah ni ada rupa rumah orang.dia langsung tak nak keluar duit sesen pun untuk touch up rumah dia. pendek kata dia tak peduli lah... bayangkanlah 3 tahun kami dok rumah ni dia tak pernah datang jenguk.

hubby suggest kat makcik ni suruh check statement account dia betul2. sebab kekadang duit yang kami masukkan dalam cash deposit teller tu terpaksa split buat 2 transaction so kalau nak tengok selepuk bulat figure tu memang takdelah. ehhh mak cik ni memang dah nama nya orang lama kot dia tak mau gak terima cadangan kami. dia bertegas gak nak tengok selepuk figure tu. payah berbahasa dengan 'orang lama' ni. rigid betul. aku tak nak lah disebabkan perangai dia tu kami pulak yang jadi mangsa. bukan sikit duit 11 bulan tu. akhirnya hubby cuba gak pujuk dia bawa statement dia ke rumah so that kita boleh sama2 review.

tulah semalam rombongan makcik dengan suami & anak2nya datang. hubby agak bengang skit dengan suami mak cik ni yang mula2 nampak berlagak, yelah dah orang sangka kita ni ada hutang dengan dia kan so dia pandang kita pun semacam jelah. bila direview bersama statement tu jelaslah yang tuduhan mak cik tu tak berasas... kan bagus kalau mak cik ni (yang claim diri dia cikgu) bertindak bijak sikit and spare us the misery. akhirnya dia malu dan segan juga dengan kami, dan suami dia yang mulanya berlagak sikit terus diam seribu bahasa. mak cik ni pun awalnya punyalah eksyen tetiba ramah pulak berborak. nak cover line agaknya siap puji2 lagi kami jaga rumah dia elok. bila dia nak balik tu dia minta maaf... aku pun terkejut bila dia minta maaf.

aku sejak dari 1st visit dia aku dah rasa cuak. tu yang malam tadi malas nak berborak sangat dengan dia sebab aku betul2 rasa terluka dan terhina dengan kata2 dia... malas nak ulang kat sini apa yang dia cakap. kerana serangan dia tu aku laki bini kekadang sampai bertekak... berbulan kami tension nak cari balik proof payment tahun 2006 yang memang dah tentu takde, slip bank dari atm mesin tu bukannya tahan lama kan? dakwat dia dah pudar. aku bengang dengan sikap dia yang membuatkan kami jadi mangsa.

sejak kami kahwin kami memang banyak kali berpindah rumah. mula2 kami cuma duduk rumah flat 2 bilik tingkat 4 yang sempit aku gelarkan 'rumah burung'. dekat 1 tahun duduk rumah ni tapi terpaksa pindah rumah teres 1 tingkat yang luas sikit sebab aku dah sarat pregnant kan fahmi masa tu tak larat nak naik tangga tiap hari. masa kami nak pindah keluar landlord siap merayu lagi kami jangan pindah sebab kami tenant yang baik dan punctual. sorry bukan nak bangga diri tapi just laying our track record and testimoni je ;-). sampaikan landlord dengan murah hati offer kami simpan barang2 kat situ kalau tak sempat nak kosongkan rumah dalam tempoh yang sepatutnya.

bila diserang dengan tuduhan tak bayar sewa ni menyirap betul darah aku. bukan nak bangga diri tapi Alhamdulillah setakat ni kami takde masalah kewangan lagi, tak sampai ke tahap tak mampu bayar sewa rumah. logiknya kalau kami ni jahat or ambil kesempatan dah lama kami cabut lari sejak their 1st visit. buat apa nak hang around kan? tapi sayang they don;t see the logic... i wonder if they are in desperate situation because something they said implies so... isyyyy dah tak mau fikir pasal diaorang lagi.

benda2 macam ni buat aku tak sabar nak pindah rumah sendiri. tak kuasa nak layan kerenah landlord macam ni.

Saturday, 13 December 2008

... Jangan Menyesal

So it was a rare full moon last night. No wonder I had this feeling that I’ve never seen a full moon so big and bright like last night. This morning I read on yahoo! it was the year’s biggest full moon actually. I spotted the full moon accidently because I took the children out last night after isyak prayer to buy some buns for their snack and to get myself some magazines. The children were amazed too. According to NASA, the moon's average distance from us is about 238,855 miles (384,400 km). Last night (Friday night) it was just 221,560 miles (356,567 km) away. It was 14 percent bigger in our sky and 30 percent brighter than some other full moons during the year. This was the second phenomenon of the year associated with moon; I missed the moon-venus-pluto phenomenon; that was very insensitive of me (coming from a person who used to be interested in astronomy) ;-P.

Ok, the introduction has got nothing to do with the rest of this entry or the title above. But I couldn’t resist jotting it down. The rest of this entry is basically ‘luahan hati’ seorang ibu. Kebelakangan ni my emotion is in a bit of turmoil. Macam2 hal… sabar jelah ye. Agak2 kalau tak larat nak layan feel free to switch to other blog.

Fahmi is back home. I fetch him from my mum’s place on Thursday morning; being a public holiday for Selangor inconjunction with Sultan of Selangor’s Birthday the office was closed. I hate going through the 2 hours (return) journey to seremban, although it is considered as one of the shortest. Tapi driving alone can be boring and tiresome. Yang aku tak suka bila boring driving alone aku akan mula speeding and ada tendency nak berlumba lebih2 lagi bila ada orang ‘cucuk’ rapat belakang aku. Mulalah cepat keluar tanduk. Kalau hubby ada kat sebelah barulah aku boleh behave. Nah, I strayed away from the topic. Back to fahmi. Ever since he got back from my mum’s place dia asyik dok merengek about wanting to go back to nenek’s house. Hubby isn’t around he left to mil’s place before fahmi got back home. Jadinya aku sorang jelah yang penat dan panas telinga mendengar rengekan fahmi. Asyik minta aku janji akan hantar dia ke rumah nenek lagi which I wouldn’t do for a long long time. I mean I won’t leave him to stay at nenek’s house again unattended by myself. Unless if all of us (me, hubby & yaya) are there. Rasa menyesal bagi dia ‘bercuti’ kat rumah nenek hari tu.

I know he is using nenek’s house as an escapism daripada our strict rules at home. Not that we are very very strict macam other parents. Tapi kat rumah kami ada the do’s and the don’ts lah which non-existence kat rumah nenek. Lagipun kat rumah nenek apa yang dia hendak semuanya dapat. Everyone is spoiling him. Atuk showers him with junk food and toys, Pak Ngah took him out almost every other day, Ucu also took him out almost every other night, and nenek made him sunny fried egg 3 times a day if he asked for it! He was running loose at nenek’s place. All these he wouldn’t/couldn’t get at home.

Malam tadi I blew up with him. Dia buat muka sedih habis merayu2 minta aku hantar dia ke rumah nenek. Mula2 aku pujuk dia, I explained to him why he cannot go and stay at nenek’s house lagi. I told him that nenek tak sihat and tak larat nak jaga dia yang tengah hyper apatah lagi nenek at the same time jaga anak adik aku. The tak sihat and tak larat bit was true enough. My mum kan ada masalah blood pressure dia inconsistence, she used to get dizziness and headache so I don’t want my children to tire her out. Fahmi doesn’t want to understand; or perhaps he doesn’t understand at all. Yelah children at his age hanya tau apa yang dia mahu je. Sampailah ke tahap dia meleleh air mata sebab sedih tak dapat pergi rumah nenek. Entah kenapa aku rasa kecil hati pulak dengan dia. Terus aku suruh dia kemas baju2 dia masukkan dalam beg and I told him I’m going to send him to the bus stop dekat rumah kami so that he can find his own way to nenek’s house. Meraung2 dia tak mau pergi. Aku pulak memang dah tahap naik minyak. I put his bag in front of the door and ask him to decide.

I know my action was rather extreme tapi kalau dah cuba reason out elok2 pun masih tak faham lagi memang aku resort to the extreme lah jawabnya. Aku bukanlah a perfect mother and I’m far from being a children expert. I know this would be something that I will regret in the future. I’m being too hard and too harsh on him. I’m not sure how this incident will influence/taint (touchwood) our relationship in the future, but I’m beginning to regret it already. Sampai bengkak2 mata dia menangis. Finally, aku pujuk dia dengan a sunny fried egg! Macam tulah jadi IBU… tak sampai hati tengok anak bengkak2 mata menangis.

Now hubby can gloat about how right he was when he warns me not to allow fahmi stay at nenek’s house tempohari. He’s going to say “abang dah cakap, jangan menyesal”.

Thursday, 11 December 2008

Rumah Sunyi

today is selangor's public holiday, jadinya aku tak kerja. but still aku kena keluar juga hari ni to fetch fahmi. 2 hari fahmi takde senyap sunyi rumah aku ni. yaya nampak kebosanan takde orang nak mengusik dia. kalau tak bingit telinga kami dengar suara yaya menjerit diusik fahmi. dek kerana bosan mendiamkan diri je sepanjang hari ada juga sesekali si yaya menjerit sorang2... buang tabiat budak ni sorang. tapi sebenarnya dia suka dok sorang boleh jadi permaisuri, habis semua benda dia conquer. hatta aku nak tengok tv pun dia tak bagi, asyik tengok kartun je sampai malam. dah tak pasal2 dia cari gaduh dengan mama pulak.

hubby left to his hometown early morning. huarghhh lagilah bosan... kalau ada hubby rajinlah sikit aku nak ke dapur tapi when he's not around idea memasak semua jadi tumpul. malam tadi dia dah siap pesan suruh aku masak sup tulang sebelum he leaves. being a dutiful & obedient wife aku pun masak kanlah sup tulang malam ni.

malam semalam pulak aku buat rendang daging. aiyooo asyik me'rendang' jelah musim2 raya haji ni. yelah dah dapat daging korban orang bagi tak tau nak buat apa. kami ni bukannya makan daging sangat. aku sendiri sejak kecik tak makan daging, ni bila dah kawin & beranak pinak barulah sesekali makan daging. lagipun sebab masak sendiri kan, so kenalah makan hehehe.

Monday, 8 December 2008

Aidiladha

walaupun tidur lewat malam tadi and rasa berat je mata nak buka and berat je nak angkat badan ni tapi kugagahkan juga bangun and mandi dalam kesejukan pagi yang teramat sangat sebab hujan yang tak berhenti2 sejak malam tadi. pagi ni pagi raya kan, i would not want to miss solat sunat hariraya unless the inevitable happens of course.


hujan tak berhenti dari tengah malam tadi...pokok bunga bawang aku ditakungi air.

lepas mandi i check on kuah lodeh yang aku dah pesan suruh kakak buat (being the only dishes yang aku serah 100% kat dia). fahmi pun dah bangun by that time, baik betul anak mama sorang ni terus je masuk bilik air nak mandi. he knows that everyone akan pergi ke masjid bersolat raya so he doesn't want to miss it. my miss bonnie was the last to wake up this morning, itupun tengok gaya dah tau dia terpaksa because she too doesn't want to be left out. menangis2 mandi pagi, mata pun tak mau buka. suruh stay kat rumah dengan kakak tak mau pulak.


siap juga akhirnya, siap pegang beg telekung dia

maka berjalanlah kami 4 beranak berpayung dalam hujan menuju ke masjid. ternganga jap mulut aku tengok orang punyalah ramai tak pernah aku tengok masjid kat rumah kami ni penuh dengan orang sampai melimpah ruah ada yang solat kat tepi2 longkang sebab kaki lima masjid pun dah penuh. hatta masa solat terawih pun tak sepenuh ini. Alhamdulillah... seronok aku tengok keadaan macam ni.

hubby cakap masjid kami buat korban 4 ekor lembu, tak taulah aku siapa tuan punya lembu2 tu. hubby memang dah plan awal2 lagi dia nak menolong melapah lembu. tapi apa2hal pun kami balik dulu ke rumah lepas solat raya untuk menjamu juadah yang dah penat aku sediakan :-). masjid tu dekat je kat hujung baris rumah aku ni.



lepas menjamu juadah hubby pun bergegas ke masjid semula. siap pakai rainsuit lagi, semangat betul my hero ni. dia dah cakap kalau ada rezeki nak minta tulang rusuk lagi nak suruh aku buat sup! :-)

lepas hubby pergi aku, fahmi, yaya & kakak pun bertolak ke rumah my mum. my borthers and sister with their family kebetulan semua ada berkumpul. aduhhh gamat rumah my mum.

my fahmi kali ni nak stay kat rumah nenek untuk beberapa malam. dia sebenarnya berbelah bagi antara nak have fun kat rumah nenek tapi tak nak duduk lama2. i told him there's no way i can comeback to fetch him after only 1 day coz i have to go back to work esok. muka dia berubah... i know he doesn't want to stay for long. so i told him i'll be back on thursday or paling awal malam rabu to fetch him. after 3 1/2years inilah kali pertama aku berjauhan dengan dia. i told him kalau rindu call mama. huhuuuu tapi aku rasa aku yang tak tahan rindu ni... dah mula rasa kosong sikit jiwa aku. yaya pun boring coz takde kawan, sunyi je rumah aku malam ni takde orang bertekak... i miss him! :-(

Aidiladha Eve

this entry should come yesterday but i was so tired and i've exhaust all my energies towards preparing aidiladha dishes to do this entry.

i woke up sunday morning to finish the decoration for yaya's doll cake. walaupun masih banyak flaw but with the hours spent nak menyiapkan cake ni, i think it is worth the effort. i'm not happy with the ruffles... malas nak buka balik nota study kat internet aku hentam jelah. ni dah kes penat coz asalnya nak cover the doll's body with fondant tapi fondant asyik koyak je, i've waste so much time working with fondant tu yang bila part ruffles tu aku dah penat asal boleh je.


i brought the cake to mum's house today; all the children (my nieces & nephews) menjerit2 kesukaan dan berebut2 nak potong kek tak kurang juga yang berebut nak doll tu.

siap decorate the cake dah dekat jam 1 petang. cabarannya dengan cake ni ialah nak membentuk base cakenya. aku masih kurang kelengkapan, nak beli mould khas dia kat ICCA punyalah mahal nak pengsan aku. so what i did was i made the base guna bundt cake mould size kecil and bake another round cake yang dipotong dan stacke kat atas bundt cake tu, trim sana sini so that dia jadi kecil kat atas & melebar ke bawah. bahagian atas nak sampai ke waist line doll tu aku buat cosmetic skit tepek dengan icing so that doll nanti fit in cantik je. lebih kurang macam arkitek juga kena buat kek ni. lepas solat zohor aku berehat kejap sebelum sambung bekerja di dapur siapkan juadah raya. penat weh kerja sambung menyambung ni.

sambil merebus ketupat sambil siapkan bahan2 untuk buat kuah kacang, rendang ayam dan pulut kuning. bab merebus ketupat ni aku layan je hajat hubby yang tengah ter'over' mood raya dia kali ni. nak jadi cerita, hubby was entertaining fahmi's Qs pasal ketupat while aku jerang rendang atas dapur. hubby let fahmi masukkan ketupat dalam periuk yang penuh dengan air panas mendidih. belum sempat diberi arahan tiba2 fahmi terus je campak ketupat seketul dalam periuk. apa lagi, mereciklah air pansa ke badan dia. menggelitik sakit tapi dia tahan coz kena marah dengan hubby. aku pulak hot dengan hubby for allowing fahmi merebus ketupat without proper guidance. well begitulah bila jadi parents ni kekadang boleh bertikam lidah pasal anak ;-)


hot & bubbling


sebab periuk merebus kecil terpaksa buat 2 kali... 20biji ketupat siap jam 8.30malam fuhh!


rendang ayam atas dapur


kuah kacang siap paling awal


kubogelkan fahmi and put him under shower nak kurangkan perit dan nak elakkan lecur. takdelah teruk mana pun, setakat merah2 sikit je kat dada dia kena percikan air. nasib baik dia berdiri jauh. boleh senyum lagi tu...

Saturday, 6 December 2008

Roasted Lamb Leg?

i was planning to make roasted lamb leg on aidiladha as a special dish for hubby since dia memang lah fan no. 1 lamb. but since he has already made other plan that is merebus ketupat daun kelapa I decided to prepare the roasted lamb for dinner malam ni je. too many special dishes untuk raya pun nanti rambang mata nak makan walhal bukanlah ramai pun kat rumah kami ni.

maka pagi tadi pergilah aku mencari lamb leg di cold storage kat subang parade. malang sekali lamb leg yang medium size around 1.2-1.5kg dah habis. yang tinggal cuma 2kg above... adehhh sapa nak makan? lainlah kalau aku nak menjamu orang. akhirnya aku beli lah potongan lamb shank jer. takpelah aku roast aja janji boleh dimakan.

sambil sibuk2 decorate doll cake yaya sambil siapkan bahan untuk lamb. hubby siap pesan kalau sibuk sangat tak payah buat roasted lamb for dinner, tangguh je esok. dia risau tengok aku kelam kabut nanti jadi tak sedap. ehh mana boleh aku nak hidangkan yang tak sedap untuk dia ;-)



before hubby naik mandi bersiap2 ke masjid for maghrib prayer, lamb dah masuk dalam oven. by the time dia balik lepas solat isya' lamb dah siap terhidang. sampai menjilat tulang... macam flinstone!

Friday, 5 December 2008

Menjelang Aidiladha

we will be celebrating aidiladha in two days' time. we'll be celebrating it here at our home in subang perdana, just like the previous year. since masjid baru hanyalah sepelaung je dari rumah eloklah kami mengimarahkan solat sunat aidiladha di masjid ni aja. i'm a little excited :-). insyaAllah the kids will join us for solat sunat raya. aku nak biasakan diaorang bersolat raya something that i never experience before masa aku kecil. when i was a kid myself hari raya pada aku cumalah baju baru, kuih raya & duit raya; not that my parents are not religious people tapi sebab kami masa kecil nakal agaknya & surau pun agak jauh lagipun abah pagi raya pun kerja jadi tak pernahlah kami dibawa solat raya berjemaah. so i want my children mendalami erti aidiladha dan merasa solat sunat berjemaah yang aku tak dapat experience sendiri dulu.

beraya di rumah sendiri means i have to come up with my own raya dishes. oh i'm so excited about this coz i can cook to my (our) liking. this time around i think i wont be cooking my signature raya dish; nasi minyak. ada sebabnya kenapa which i will tell later. i'm going to make rendang ayam, lemang segera or pulut kuning, kuah kacang and instant ketupat. pretty simple uh? and i wont be making much, i'll just prepare a small portion each. but maybe for hubby i will make something special for him. harap2lah kat cold storage masih ada stock frozen lamb leg that i saw the other day. i'm going to make roasted lamb leg for him. this is sooo not raya dish... but who cares. ;-)

later after solat raya and makan sama2 barulah aku & anak2 bertolak ke seremban to visit my parents. dapatlah makan nasi minyak, ayam masak merah and kari daging kat rumah my mum ;-). hehe pasal tulah kali ni i won't be cooking nasi minyak ;-)

To all readers & friends, We would like to wish you a Selamat Hari Raya Aidiladha.




Note:
Plan nak rebus ketupat segera terpaksa ditukar kepada ketupat asli which gonna take longer preparation time sebab incik hubby bawa balik daun kelapa muda petang tadi! now, there goes my plan to keep everything simple... and in small portion konon! ;-P