Wednesday, 8 September 2010

29 Ramadhan 1431H - Segalanya Mama

jam dinding sudah menunjukkan pukul 9.25malam. saya baru saja nak mandi selepas terkocoh-kocoh mengemas beg baju sejak selesai berbuka tadi. saya sampai di rumah just nice untuk berbuka. mengenangkan kami sepatutnya bertolak balik ke rumah my mom malam ini juga, maka saya tanpa mandi kemas baju dan rumah. sebaik nak curahkan air ke badan, fahmi dan yaya berselang seli menjerit dari luar pintu bilik mandi saya.

Fahmi: Mama, mana songkok abang?
Saya: Cuba cari kat kabinet bawah

2 minit kemudian...

Fahmi: abang dah cari takde pun
Saya: Cuba tengok dalam stor, kalau takde juga tengok dalam almari baju abang. suruh kakak tolong

2 minit kemudian...

Fahmi: err takde pun, mama
Saya: Dah lah nanti lepas mama mandi mama cari lah

Barulah saya boleh mandi kata saya dalam hati. Elok saya cucur air ke badan datang pula yaya.

Yaya: Mama, stokin nak bawa ke? (stokin baru dia & abang saya beli for raya)
Saya: Haa, bawa tapi bukan semua... suruh kakak masukkan dalam beg.

Sekejap lagi yaya datang lagi.

Yaya: Mama, mama kata nak tampalkan kasut adik (riben pada kasut dia dah tercabut)
Saya: Yelah, bagilah mama mandi dulu, mama tak mandi lagi dari tadi. Nanti mama buat lah.

Lepas mandi saya keringkan rambut. Jam sudah hampir 10malam. Sekejap lagi hubby akan balik dari surau. Rambut saya perlu dikeringkan sebelum sarung tudung, nanti kepam pula bau dia. Yaya masih belum boleh diam selagi saya tak fix riben pada kasutnya. Rimas saya dibuatnya. Dalam kesuntukan masa nak tinggalkan rumah balik beraya, terlalu banyak benda yang perlukan perhatian saya. Beg baju budak yang sudah saya suruh kakak kemaskan saya masih belum screen semula. Selalunya memang saya kena screen semula sebab cara dia kemas baju menyakitkan mata. Habis baju buruk pun dimasukkan dalam beg.

Peti sejuk pun saya belum check lagi. Walaupun saya dah pesan pada kakak untuk kosongkan peti tapi masih perlu saya periksa sekali lagi, selalunya dia kemas ala kadar saja, pasti ada banyak lagi benda yang tak dibuang dari peti sejuk.

Dalam kelam kabut begitu, I am bound to forget my things. Yelah asyik dok fikir keperluan orang lain saja. Kalau saya buat tak peduli bagaimana agaknya ye?

Oklah, since kebanyakan orang dah pun balik kampung, semua orang dalam mood raya kecuali saya je. Pun begitu saya nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Fahamilah pengertian sebenar 1 Syawal. It's not about balik kampung, it's not about rendang & ketupat, it's not about baju baju, it's not about duit raya. So jangan gaduh kalau tak dapat balik raya or kalau terpaksa ikut hubby beraya di kampungnya. Jangan gaduh kalau tak dapat sarung ketupat. Jangan susah hati kalau bonus tak cukup untuk bagi duit raya kat anak-anak buah. Sayangnya, saya sendiri juga masih terbelenggu dengan gaya orang melayu kita sambut hari raya. Sehingga saya berjaya membebaskan diri dari belenggu ini, hari raya kurang manis berbanding ramadhan.

Anyway, berhati-hati sewaktu memandu.

Tuesday, 7 September 2010

28 Ramadhan 1431H - Kalau Ada Sayap

remember my entry semalam bila saya kata saya beri fahmi cuti sekolah kerana dia demam? yang sebenarnya saya tak perlu berbuat demikian kerana memang sekolah dia sudah ditutup kerana cuti awal hari raya! bila difikirkan semula, kerana dia demam semalam dan hari ni maka saya terselamat daripada making unnecessary trip ke sekolah dia. punyalah lurus si teruna saya tu, pagi tadi walaupun badan masih panas dia bangun juga walhal saya memang sengaja tak kejutkan dia. siap ketuk pintu bilik air saya tanya sama ada dia perlu ke sekolah.

since saya 'cutikan' dia lagi hari ini maka saya pun bawa lah gift raya for his teachers bersama saya pagi tadi. niat di hati nak singgah sekejap kat sekolah dia untuk distribute the gift. masa sampai kat sekolah dia yang sunyi sepi dengan pagar sekolah berkunci barulah saya realised sekolah bercuti mengikut cuti sekolah kerajaan. saya telefon teacher huda, she confirmed what i already suspected. haha so ignorant of me.

pergi kerja sejak semalam jalan raya sudah lengang. rasanya ramai yang dah mula bercuti atau beransur-ansur balik ke kampung halaman. saya juga yang masih meneruskan rutin harian seperti biasa walaupun tercuit juga hati tengok orang dah bercuti. memang beginilah setiap tahun, saya belum pernah cuti terlalu awal untuk berhari raya. kebiasaannya raya eve barulah saya mula bercuti dan balik kampung. paling awal saya pernah bercuti pun 2 hari sebelum raya kerana beraya di terengganu beberapa tahun lepas.

rasanya kali ini cuti raya saya paling pendek. 14sept saya akan kembali bekerja. memandangkan cuti saya dan hubby berlawanan tempoh kerana dia dapat cuti lama, kemungkinan besar kami terpaksa balik berasingan which means saya kena bawa kereta saya sementara hubby drive kereta dia. saya tak risaukan sangat penerimaan family saya, tapi saya rasa bila sampai masa i had to head back ke KL dari kampung hubby nanti bimbang ada komen-komen kurang sedap di dengar.

sejujurnya, saya agak tertekan sekarang. sehinggakan saya rasa alangkah baiknya kalau orang kita tidak keterlaluan meraikan kedatangan syawal atau menetapkan pada hari raya sahaja semestinya semua orang berkumpul di kampung. rasanya hari lain lebih mudah nak berkumpul ramai2 bila mana semua orang tidak berlumba ambil cuti atau menyesakkan jalanraya untuk berkumpul serentak pada 1 masa yang sama! tension punya pasal keluar lah idea-idea 'bernas' ini ye. semuanya supaya my inability to take longer break tak menjadi a big deal lah kiranya. kalau ada sayap, rasanya hendak saya terbang jauh-jauh, melarikan diri.

cuti saya terhad sebenarnya. kalau saya pulun ambil cuti sekarang, nanti bila 2 orang my ipar kenduri nak kahwinkan anak hujung tahun nanti tak ada harapan lah saya nak bercuti lagi. jadi kalau ada yang bising-bising pada saya nanti terpaksalah saya buat tak dengar aja ye.

sudah-sudahlah melayan gundah gulana. mari lihat tayangan kepak ayam panggang bermadu (kesian, kepak ayam pun dimadukan haha). kepak ayam ini khas untuk yaya seorang sebab dia memang peminat kepak. habis dimakannya seorang diri 4 ketul sekali hadap. kami yang lain makan repeat menu, chicken chop. dah di penghujung ramadhan begini stok bekalan bahan mentah pun tak replenish sebab sengaja nak kosongkan fridge. jadi makan jelah apa yang ada.

28 Ramadhan 1431H - Lapan

Sudah lapan tahun saya belajar makan nasi secara rutin, maksud saya everyday mesti makan nasi at least 1 kali waktu dinner. walhal dulu sangat susah saya nak telan nasi.
sudah lapan tahun saya makan daging, walhal dulu saya cukup takut bila disuruh makan daging kerana saya cuma mampu mengunyah dan hisap airnya, tapi untuk ditelan boleh tersangkut pada tekak saya
sudah lapan tahun saya pandai memasak, kalau dulu saya cuma pandai goreng maggi untuk diri sendiri. kalau disuruh masak lauk pauk saya gagal
sudah lapan tahun saya belajar mengutamakan orang lain melebihi kehendak sendiri
sudah lapan tahun saya tidak bersama kedua orang tua saya di pagi raya secara berturut-turut

kerana

hari ini, sudah lapan tahun saya dan dia sign kontrak seumur hidup dengan harapan berkekalan ke akhirat di hadapan tok kadi.
hari ini, sudah lapan tahun usia perkahwinan kami.

Happy anniversary to both of us ;-)

Monday, 6 September 2010

27 Ramadhan 1431H - Iklan Melayu Milenium?

selepas 27 hari berpuasa, anak teruna saya fahmi demam. pagi tadi badan dia sedikit panas, patutlah sahurnya agak kurang berselera. saya beri dia cuti sekolah.
dan selepas 27 hari berpuasa, kali pertama hari ini saya tidak dapat berbuka dengan suami dan anak-anak. bukan itu sahaja, hidangan berbuka juga tak dapat saya sediakan. terpaksa saya serahkan kepada budibicara hubby untuk beli saja di kedai. walaupun kadangkala yang dibeli di kedai itu barangkali lebih enak daripada hidangan saya tapi terasa kekurangannya. yang kurang adalah kasih sayang saya. apapun saya bersyukur kerana baru sekali ini kami tak berbuka bersama.

it is a big deal for me for not able to break fast with my family. sebab walaubagaimana sibuk sekalipun saya, waktu berbuka sedaya upaya saya pastikan diri sudah berada di rumah. lebih-lebih lagi sejak anak-anak sudah mula berpuasa. saya sangat mementingkan berbuka di rumah, kerana saya anggap my presence macam a moral support kepada anak-anak. saya rasa most working mothers pun begitu, tak ramai yang mampu berada di rumah on time for breaking fast. saya agak bertuah rasanya sebab sering boleh pulang kerja awal.

oh ya, saya terdengar desas desus kontroversi iklan raya TV3 cuma kerana saya sudah beberapa hari tak tonton tv mahupun baca newspaper maka saya agak ketinggalan. i wonder what's the commotion about until i saw this email forwarded by a friend. ianya adalah kontroversi tentang iklan raya TV3 yang dikatakan mempunyai simbolik menyesatkan dan dipengaruhi Iluminati. memandangkan saya belum lagi menonton iklan sebenar yang saya dengar sudah ditarik balik maka saya rely 100% kepada ulasan blogger kalamul haqq. tidak salah jika saya katakan blogger seorang yang sangat tajam penglihatan dan fikiran kerana dapat mentafsir mesej yang tersembunyi disebalik simbol-simbol yang dipaparkan dalam iklan tersebut. saya belum mengenali beliau tapi saya kira kajian beliau terhadap gerakan iluminati dan freemason agak mendalam jika beliau mampu mentafsir simbol yang tersembunyi dengan begitu terperinci.

saya tidak mahu mengulas lanjut kerana he already did a good job. you can read more here. cuma saya ingin komen menerusi pandangan mata kasar saya sahaja. secara logiknya, unsur-unsur cart santa claus yang dikaburkan sebagai beca terbang merentasi langit dari satu bandar ke satu bandar itu relevan dalam Islam atau masyarakat Melayu? tidak bukan. saya agak terkeliru dan tertanya-tanya sendiri jikalau si creative director sebenarnya tersilap perayaan? tak mungkin bukan? takkanlah tiada seorang pun manusia Melayu Islam yang review iklan tersebut, setidak-tidaknya boleh menasihati. ohh sebenarnya ada, malah orangnya berpangkat tinggi. malang sekali beliau gagal menghalang stesen tv milik tersebut daripada membuat kesilapan yang sangat memalukan or should i say, menghina? saya ambil petikan statement si creative director yang berkata;

"Dalam pada itu Douglas berkata, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

“Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam."

Saya kurang faham apa yang beliau maksudkan dengan "Melayu Milenium"? Tetapi keluar daripada mulut seseorang yang menghasilkan satu iklan yang sangat menyinggung perasaan orang Islam, saya tidak rela lelaki ini meracuni pemikiran Melayu Islam dengan terma barunya melayu milenium pula. Beliau tidak terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam, itu boleh dimaafkan kerana apalah yang beliau tahu tentang sensitiviti Islam. Sama seperti peniaga-peniaga bukan Islam yang sewenang-wenangnya menolak untuk memohon taraf halal kerana menganggap prosedur taraf halal menyusahkan.

Anda fikir saya karut kerana percaya pada teori iluminati dan freemason? Tidak, saya tak pernah fikir ianya sekadar teori kerana saya percaya kepada janji Allah swt akan turun dajjal bermata satu di akhir zaman menyesatkan manusia. Ianya adalah sebahagian daripada kebenaran itu.

enough said about iklan raya kontroversi.
seperti biasa, setiap kali menjelang syawal pasti ada buah tangan buat teachers anak-anak saya. buah tangan kali ini ringkas sahaja. saya cuma bungkuskan choc chip cookies dengan sejenis cookies lain yang dibeli berserta satu bar coklat. yang dalam paperbag purple itu untuk teachers fahmi. yang dalam kotak merah adalah untuk teachers soraya.

Friday, 3 September 2010

24 Ramadhan 1431H - Lailatulqadar kah Semalam?

gambar diambil pagi tadi oleh hubby.
beginikah sinar matahari yang digambarkan sebagai tanda selepas malam lailatulqadar? seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

saya bukanlah orang yang tinggi ilmu agama. tetapi kerana kita berada dalam 10 malam terakhir maka hakikatnya tak boleh lari daripada bercakap tentang lailatulqadar. tazkirah di surau-surau kerap menyebut tentang tanda-tanda malam lailatulqadar, sama ada tanda sebelum mahupun selepas. saya akui diri terlalu lemah iman nak berjaga malam mencari lailatulqadar. tapi pagi tadi bila hubby ambil gambar rembang matahari terbit ini saya tidak dapat lari daripada menelaah semula tanda-tanda lailatulqadar.

jadi saya tertanya-tanya sendiri, beginikan cahaya matahari di pagi sesudah lailatulqadar yang dikatakan cahaya nya lemah dan bersinar kemerah-merahan?



tetapi malam tadi saya yakin nampak beberapa butir bintang di langit sewaktu pulang dari surau. memang dah jadi habit saya suka lihat langit waktu malam bukan di bulan ramadhan ini saja.
dan malam tadi seawal jam 12 tengah malam hujan turun agak lebat tapi sebentar cuma, buat saya rasa hairan kerana bukankah saya nampak bintang sebentar tadi?

"Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765"

entahlah saya tak pandai menelah. hanya mereka yang arif sahaja tahu melihat tanda sebelum atau selepas lailatulqadar.
tapi apa rasionalnya saya tulis entry pasal lailatulqadar? pastinya bukan kerana saya nak tingkatkan rating atau hits blog ini melainkan cuma nak mengingatkan jika benar malam tadi lailatulqadar betapa ruginya orang yang menulis entry ini kerana malam tadi dia telah tidur dengan lena sekali. pun begitu, saya cuma nak ingatkan diri janganlah dikejar tanda-tanda malam lailatulqadar semata-mata, tapi terlepas juga akhirnya. bangkit jugalah di malam-malam lain mencari redha Ilahi. sejak zaman Rasulullah saw orang mencari tanda-tanda hakiki tapi tiada satu yang benar-benar pasti. apakah ertinya? kerana kita disarankan ikhlas beribadat sepanjang masa. bak kata ustaz, jangan digaduhkan pasal solat terawih 8 rakaat ke 20 rakaat, yang penting keikhlasan, kalau yang 8 rakaat tu penuh khusyuk dan ikhlas adalah lebih afdal daripada 20 rakaat tapi dalam hati mengeluh bila lah nak habis!

apapun yang baik itu dari Alla swt, yang buruk itu adalah kelemahan saya.

menu iftar petang tadi sekadar nasi minyak dengan rendang ayam saja. alhamdulillah kenyang.

Thursday, 2 September 2010

23 Ramadhan 1431H - Mixed Feeling & Bubur Campur

bila tiba di penghujung ramadhan ni perasaan sedih bercampur baur. saya sedih bila ramadhan semakin dekat meninggalkan kita. saya suka berada dalam bulan ramadhan, sesungguhnya hati saya lebih tunduk di waktu ini, masa saya juga cukup lapang tidak terkejar-kerja dengan kerja sangat, justeru membolehkan saya beribadat dengan senang hati. dan pagi tadi saat terperangkap dalam kesesakan jalanraya di tol bukit jelutong, saya sangat benci mendengar lagu raya dimainkan di radio. i really hate it. apalah yang seronok sangat nak beraya sampai tak sabar-sabar tunggu hari raya baru mainkan lagu raya? i do have my favourite raya song, but to listen to them when ramadhan masih bersisa rasa tak hormat langsung.

oklah enough lah bercakap pasal lagu raya. malam ini tiada tayangan menu iftar sebab saya cuma masak spaghetti dengan sos chicken bolognese sahaja. simple tapi yang penting sold out. cuma saya nak buat tayangan dessert kegemaran saya. saya pernah cerita pasal bubur campur dalam entry ramadhan tahun lepas rasanya. tapi tak pernah tunjuk rupa. kebetulan masa on the way balik dari rumah mil awal ramadhan lepas kami singgah berbuka kat rumah my mom. agaknya bila tengok saya ada berbuka kat rumah, abah pun terus pergi cari bubur campur sebab dalam rumah tu sayalah yang paling suka makan bubur campur. aduhhh rasa syahdu lah pulak, dah besar panjang begini pun masih ada kesukaan saya yang abah ingat. yang saya ni masih ingat lagi ke benda kesukaan abah selain kek buah dan tat nenas. dah rezeki saya agaknya, kecil2 abah lebihkan anak2 lelaki dia, sungguhpun begitu bila saya dah beranak pinak begini rupa2nya masih dia ambil berat kesukaan saya.


beginilah rupa bubur campur. bubur ni hidangan orang minang. kalau kat seremban memang orang minang lah yang jual tapi cuma bulan ramadhan je boleh jumpa. ianya adalah campuran pengat pisang, bubur kacang hijau, sagu mata ikan, bubur gandum, bubur kacang hitam dan paling saya suka bubur tepung pulut bulat2 yang warnanya putih dalam kuah perang pekat likat... mengingatkan saya pada slimmer watak makhluk hijau berlendir dalam kartun ghostbuster. saya gelar bubur pekat likat tu slimy tapi rasanya sungguh yummy ;-).

Wednesday, 1 September 2010

22 Ramadhan 1431H - Bintang Di Langit Tanda Hari Tak Hujan

Begitulah yang sering saya beritahu anak-anak. Cuba dongak ke langit, nampak bintang tak? Kalau bertaburan bintang di langit tandanya cuaca cerah tak hujan. Macam malam ini, patutlah terasa humid aja masa dalam surau walau kipas angin tak berhenti berputar.

Yaya tanya saya, macam mana mama tau ada bintang tandanya tak hujan? Secara jujur saya tak pernah belajar astronomi mahupun buat kajian menerusi pembacaan. Itu cuma pengetahuan am yang disampaikan turun temurun sejak zaman datuk saya kepada ma saya. Yang kemudiannya disampaikan kepada saya oleh ma. Cerita ma kepada saya dulu, atuk seorang nelayan yang ke luar ke laut pada waktu malam. Lumrah nelayan zaman dahulu menjadikan bintang-bintang di langit sebagai panduan arah dan cuaca. Banyak lagi yang ma ceritakan, tapi yang paling saya ingat ialah tentang bintang.

iftar hari ini agak ringkas dan ringan. dimulakan dengan pecal sayur-sayuran sebagai appetizer. rasanya saya pernah sebut dalam entry lama, pecal ini adalah resipi yang saya pelajari daripada bibik lama. rahsia keenakan pecal ini terletak pada ubi cekur atau juga dikenali sebagai kencur (di Indonesia). saya ada tanam serumpun kecil cekur. ubinya kecil sebesar jari kelingking sahaja.
dan kalau nak tambah keenakan kuah pecal ini, jangan lupa letak beberapa helai daun limau purut yang ditumbuk lumat bersama kacang. dapatlah pecal yang bukan saja sedap tapi harum. saya belum jumpa kuah pecal di bazar ramadhan yang sesedap resipi bibik lama saya ini.

gulai lemak udang.

nota: petang tadi saya telah menolak tempahan 34 biji kek mentega daripada seorang potential customer. saya anggap ini dugaan di penghujung ramadhan. rasa sangat tempted nak grab this opportunity, banyak $$ yang boleh saya dapat. tapi tak mengapalah, saya reda melepaskan peluang ini pergi. saya dah congak masa, saya tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.