Thursday, 13 November 2008

Nightmare III

is there no stop to my nightmares?
it seems like within the span of seminggu dua ni terlalu banyak sangat incident2 yang betul2 mencabar kewarasan aku.
pertama, the incident where my ms bonnie & mr clyde hilang sekejap tempohari. diikuti dengan incident roof tiles roboh yang hampir2 buat aku kehilangan mr clyde.
ni yang ketiga & terkini today bila aku terima surat delivery vacant possession *(wahhh yang ni berita menggembirakan) berserta surat interest advice berjumlah RM7,551 for late payment of progress billing!!! arghhhhhh yang ni buat aku rasa nak explode je!
timing memang tak kena betul. sudahlah hari ni hari yang paling kacau kat ofis... sampai mood aku betul2 down, rasa lembik lutut dah. ingat balik rumah bolehlah aku tenang2kan fikiran.

sampai je kat muka pintu, aku disambut dengan khabar kena interest yang melampau2 dari hubby. adehhh tak larat dah nak layan. rasa nak explode tu aku tahan jer. aku cuma mampu renung je surat dari developer tu, takleh nak digest dah. rasa gembira sebab rumah dah siap tadi serta merta hilang. hubby dah membebel2 tak berhenti... adehhh rasa sesak betul otak aku. bila masuk bilik barulah aku lepas geram... uarghhh! **&^%)#@$!~@^%$^&*(&!!!!! boleh jadi incredible hulk aku kejap.

yang aku tak faham tu macam mana developer boleh claim that progress payment lewat sampai 7 bulan! giler hapa... ni yang buat aku nak mengamuk kat bank ni, kalau tak silap tempohari bank officer tu cakap loan dah disburse since april lagi dah. tapi yang tak bestnya tu langsung takde black and white to proof pasal disbursement. hampeh tak bank ni? aku dah banyak uruskan loan untuk bos aku so far bila disburse mesti ada surat dari bank to confirm disbursement. tapi bank cap rimau belang ni setakat ni paling hampeh sekali bab surat menyurat... kot ye pun cost saving janganlah sampai effect efficiency. dah jadi susah aku nak buat cross check.

lawyer aku pun satu hal... nak kena ketuk baru berjalan. takpe esok dua2 (lawyer & bank) aku pulun. siapa yang kenal aku taulah aku ni memang tak banyak cakap (depan oranglah) tapi kalau aku dah naik minyak minta ampun bebanyak lah mulut aku memang laser habis. bila aku dah meletup nanti masing2 nak jumpa muka pun dah malu, tak guna dah.

uwarghh tensennnn... hilang mood nak pergi homedec exhibition kat kl convention centre sabtu ni. adehhh punah harapan... rabak ler poketku!

Wednesday, 12 November 2008

Black Pepper Crab

hubby pergi pasar malam and brought back with him 4 ekor ketam yang masih fresh. tak taulah baru tangkap ke apa tapi masih segar. dah lama tak makan ketam, so lepas solat maghrib tadi terus kumasak untuk hidangan dinner walaupun sebenarnya kakak dah buat asam pedas ikan kerisi. tamak kan?



kalau teringin nak bikin begini caranya...

4 ekor ketam (bersihkan, buang kaki except sepit & belah 2)
2 camca besar bawang besar kisar
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang serai diketuk
2 camca besar cili boh
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 cawan air
1 biji telur dipukul
garam secukup rasa

mula2 goreng ketam dengan minyak yang sedikit, bila siap ketepikan.
tumis bawang putih, bawang besar kisar & cili boh sampai pecah minyak. masukkan serai, biar wangi pastu masukkan semua bahan sos. kacau rata dan masukkan air. letak garam dan biarkan mendidih sampai mesra ketam & sos nya. bila kuah hampir pekat, curahkan telur sedikit demi sedikit. siap!

Tuesday, 11 November 2008

I'm Back

malam ni rasa tired sesangat... penat semalam tak hilang lagi. bertolak ke t'ganu awal2 pagi, balik touch down klia dekat jam 11mlm. sampai kat rumah pun dah dekat 12 tengah malam, lepas mandi & solat isyak terus tidur. pagi tadi pergi keje lewat sikit... sikit jer... 1/2 jam lewat gitu. padahal aku bangun seperti biasa, tapi hubby pulak cakap tidurlah lama sikit, pergi kerja lewat since dah balik pun lewat semalam. aku kan isteri mithali, so dengan taatnya aku pun sambung tidur.

tapikan hati tak tenteram teringatkan ofis yang kutinggalkan seharian semalam. tak sedap hati tambah pulak dengan tak sedap perut, memulas lah pulak. sudahnya memang aku pergi kerja lewat, bukan sebab tidur lama tapi sebab memerut dalam bilik termenung.

rupanya schedule trip ke t'ganu kali ni kurang sesuai sebab terengganu endurance baru je tamat hari ahad. so mat2 salleh and pak arabs dengan kuda2 mereka tengah sibuk nak berangkat balik. airport sultan mahmud penuh sesak.

we (me & colleagues) completed our mission pun agak lewat sekitar jam 7.30pm. terus berkejar ke airport to catch 9.10pm flight sebab 3 orang lagi my colleague masih waitlist status. nasib baik my return ticket dah confirm, pagi2 masa check in nak depart from kl terus mas counter issue my boarding pass! yang lain2 terpaksa queue panjang. pity them... terpaksa gilir2 beratur sebab tak dinner lagi masa tu... masing-masing kelaparan so take turn makan.

mas system problem pulak tak boleh print boarding pass. giler hapa time2 sesak macam ni buat hal pulak... tak pasal2 flight aku delay. adehhh panasnya hati dengan rombongan endurance, depa punya pasal aku terperam dalam cabin dekat 40mins... udahlah aku ni penat, nak tidur pun tak boleh bila pak cik kat sebelah beriya2 berborak sampai bergoyang2 seat... adehhh bengkaknya hati.

for those yang bercadang nak makan angin ke pantai timur, this is not a good time unless you plan to go for a honeymoon coz there's a very slim chance you get to see the sunrise or sunset apatah lagi nak sightseeing. tulah aku cakap kalau honeymooners sukalah kot duk memerap jer dalam selimut hehehe sejuk seh. monsoon dah tiba... it rains from the moment aku touch down kat airport sultan mahmud sehinggalah malam nak balik. oh but i love it sebab aku tak suka panas2 apatah lagi bila ke project site yang betul2 tepi laut... dengan cuaca yang redup and windy gitu tawaf satu project site pun aku sanggup... tak yah tepek sunblock hehehe

sorry no pic taken sebab nanti anak2 buah kata buang tebiat ke apa bos diaorang nih heheh

Sunday, 9 November 2008

Rendang Ayam & Pulut Kuning




walaupun masih dalam trauma tapi masak tetap kena masak juga. tapi aku sebenarnya jadi blank tak tau nak masak apa. petang semalam niat di hati nak sambung membaking untuk hilangkan rasa risau dan ngeri yang masih bersisa tapi aku abandon niat tu.

ni untu lunch today pun tak tau nak masak apa... takde mood & takde idea bernas. kenangkan beras pulut yang masih banyak maka aku pun buatlah pulut kuning. sukalah cik bonnie dapat makan pulut, batuk2 dia pun dah hilang so aku layan je selera dia.

pulut kuning nak makan dengan apa? rendang ayam je jawabnya. aku ni memang tak pandai masak rendang, tak sesedap yang kat kedai. rendang ayam ni pun first time buat, tapi dah pass quality check... tukang rasa diraja cakap sedap & dia cakap lagi lain kali kalau tak balik kampung for raya haji pun tak ralat sebab masih dapat makan rendang. ermmm ... aku kata bukan takat tak balik raya haji, kalau ditakdirkan duduk oversea pun dah tak ralat dah... kuang2. uwekkk nak muntah! perasan! hehe sapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri?

ughhh esok nak kena bangun awal pagi to catch a flight to KT. balik amik last flight sampai malam... nasib tak kena overnight, tak sanggup seh nak berenggang dengan bonnie & clyde tuh.

Saturday, 8 November 2008

Nightmare II

Belum pun hilang debar & rasa nak luruh jantung dek kejadian cik bonnie & en clyde hilang kat parkson, subang parade malam sabtu lepas, tiba2 tengah malam tadi kami dikejutkan lagi dengan kejadian yang hampir2 menyebabkan aku kehilangan en clyde sekali lagi. Nauzubillah hi min zalik... minta dijauhkan.

Kejadian yang berlaku jam 3.30pagi tadi left me shaken... trauma betul. Seperti biasa tiap malam aku & hubby akan temankan budak berdua ni tidur atas tilam mereka (they still share the same room with us). Selalunya dalam half an hour lepas diaorang lelap kami akan beralih ke katil. Tapi malam tadi dek kerana penat sebab masuk tidur pun lewat, aku Cuma terjaga sekitar jam 2.30pagi. Terus kejutkan hubby naik tidur atas katil kami.

I was in a very deep sleep. Tetiba telinga aku menangkap bunyi dentuman kaca yang teramat kuat sampai aku terus terbangun and sat up straight. Rupa2nya hubby pun terbangun serentak denganku. Serentak tu juga kami dengar suara fahmi menangis kuat. Aku yang masih tergamam & terpinga2 terus menjerit kat hubby suruh tengok fahmi. Bayangkan dalam gelap gelita tu dahlah dengan aku yang rabun tak tau apa sebenarnya berlaku tapi naluri aku kata jeritan fahmi ada kaitan dengan bunyi dentuman tu. At first dalam gelap tu I thought that kaca tingkap bilik tidur kami pecah dan serpihannya kena fahmi. Tapi bila aku switch on the light tambah menjerit aku bila nampak siling & roof tiles bertaburan dekat lantai sebelah fahmi.

Fahmi masih menangis kuat, kami belek2 badan dia sambil hubby alihkan roof tiles yang pecah bertaburan atas tilam. Takde pulak nampak kecederaan fahmi, tapi bila aku selak baju dan seluar dia barulah nampak rupanya punggung dan bahagian pinggang dia luka sikit. Mungkin kesan tiles pecah terkena dia tu calar punggung dia. Cepat2 kubersihkan habuk2 pada badan dia, angkat ke atas katil dan dalam masih disoriented tu nanar pulak aku mencari minyak gamat. Yang jumpa cuma krim gamat je so cepat2 sapukan kat luka dia, lepas tu aku peluk dan cuba tenangkan fahmi padahal jantung aku sendiri masih berdegup kencang. Both me & hubby masih blur, disoriented... aku pandang hubby, hubby pandang siling� pelik & confused tak tau apa sebenarnya yang berlaku.

Serius cakap aku terrified habis sebenarnya. Nak keluar dari bilik pun aku takut, sebab aku sangkakan ada orang nak pecah masuk rumah kami. Hubby jenguk2 ke lubang siling yang pecah tu tak pulak Nampak langit, yelah kalau roof tiles jatuh mesti nampak langit kan tapi bila diperiksa elok je intact semua.

Lepas kemas2 bilik kami 4 beranak baring semula, kali ni terpaksalah share satu katil. Dalam pada kami terkejut dengan bunyi dentuman tu percaya tak yang yaya masih boleh tidur lena. Aku tak boleh tidur sebab takut sesangat. Pertama, kalau betul orang nak pecah masuk rumah kami aku takut orang tu datang balik. Kedua, kalau roof tiles tu sebenarnya roof tiles lama yang tertinggal masa orang buat rumah, aku takut entah kat mana lagi yang diaorang tertinggal, takut kalau aku tidur nanti ada lagi yang jatuh timpa kami 4 beranak.

Back to fahmi, syukur doctor dah confirmkan dia takde kecederaan dalaman. Dan syukur sesangat tiles tu tak jatuh atas kepala dia. Hubby sangat2 bernasib baik sebab siling & roof tiles tu jatuh betul2 setentang dengan tempat hubby baring next to fahmi. Kalaulah aku tak terjaga 1 hour before kejadian, rasanya ... tak taulah apa nasib hubby. Thank God semua orang selamat.

Two nightmares in a span of a week are too much for me to take. I still feel shaken and terrified living in this house. Aku rasa sekarang ni hubby pun dah tak sabar nak pindah rumah baru kami. Kejap tadi baru je dia sebut2 pasal rumah baru, pasal alarm system and the security measures for our new house. Semua orang trauma. Aku rasa macam separuh gila malam tadi.


lompong kat siling akibat dihempap roof tiles yang jatuh


debris from the roof tiles yang pecah. selalunya kami susun 2 keping tilam rapat ke dinding setentang dengan siling yang roboh malam tadi



3 keping roof tiles seberat 1/2 kg each... tak dapat bayangkan kalau ia menghempap fahmi... aduhaiii ngeri!



bilalah nak dapat kunci rumah baru ni?

Wednesday, 5 November 2008

Salmon Mayo Sandwich



malam ni for dinner buat salmon mayo sandwich je. simple tapi yummy. biasalah kalau hubby takde memang tak kuasa nak masak macam2. just a simple meal macam ni pun dah fine for me.

pan grill kan salmon, pastu hancur2kan dan gaul dengan mayonis. letak mustard sauce sikit for the tangy taste. susun salad, sliced momotaro tomato, salmon dan cili sauce... dah siap.

Tuesday, 4 November 2008

Hubby's New Hobby

someone's got a new hobby... an expensive one yang comes with the $$$ tag.yeah it doesn't look as fancy as Nad's mr big's dream bike... it is a used bike but still it is pricey. and no itu bukan lantai rumah aku yang berkulat, ni pic contoh jer... hubby's bike warna putih, yang dalam pic ni dia terlepas beli sebab aku dok membebel tak kasi beli. mana taknya we should be saving for our new house.

which prompt me to ask this question, can't one have a cheap hobby?
he told me jangan nak merungut, coz he says bila dia put on weight aku juga yang bising
and salah siapa when he puts on weight? salah aku juga sebab dia kata aku masak sedap2
so now, he hopes with this new hobby bukan aja dia boleh keep fit tapi berharap dalam masa yang sama boleh trim down his body (read: his belly)
errr... somehow i doubt this can be achieved with cycling
so i've been telling him kalau nak flat stomach senang jer selain daripada watch your food intake, buatlah senaman bangkit tubi... cheap. you don't need to buy a treadmill ke, dumbell ke... no cost at all
then he said he's not as disciplined as i am
so i told him, discipline tu datang dari dalam diri, bukan dari bike tu
then he said, since nobody bother to buy him a birthday gift can't he buy himself a gift?
so that's it, i rest my case.
he has been cycling every saturdays and sundays since he bought the bike, which was 2 weeks ago. i told him i'll be counting the day when he will gradually cut down his cycling trip and eventually gantung basikal tu. he takes it as a challenge and has not fret one bit since. hmmm kita tunggu dan lihat jelah.
as a result of his newly develop hobby, my bonnie & clyde pun tiap petang nak berbasikal. nasib kat flat depan rumah ada parking space yang luas boleh tumpang berbasikal. satu pagi tu mr clyde even bangun awal panggil nak catch hubby yang tengah bersiap2 nak pergi cycling. so he end up cycling kat depan rumah je instead of his usual route kat subang bestari sampai ke monterez. my ms bonnie pulak dapat basikal baru... tak tahan tengok budak berdua tu berebut basikal yang cuma sebiji je. ambik kau dapat basikal merah... lajulah pulak budak berdua ni membesit.