Wednesday, 7 July 2010

Bila Tekak Kering... Tandanya?

Bila tekak terasa kering, perit, hidung rasa panas, mata terasa pedih, badan rasa warm tapi bila mandi jadi sejuk mengigil, itu tanda-tanda nak demam selsema. Dapat sipi-sipi selsema yaya barangkali. Semalam dia tak ke sekolah, berehat kat rumah sebab badan dia panas (sungguhpun tak keterlaluan). Suara dia dah makin serak dan garau. Awal pagi tadi dia batuk-batuk pula.

Sejak semalam saya dah jauhi air sejuk. Walaupun masa berbuka puasa sunat semalam tekak rasa teringin sangat nak minum jus guava dalam fridge tapi saya tahankan. Bila tekak perit begini memang tak lalu sangat nak minum air sejuk. But I have to take orange juice cepat-cepat to prevent me from the flu and cold. Selalunya berkesan. Tak gemar kalau kena demam selsema, kepala berdengung dan bingung, sendi2 sakit dan lemah. Tapi sakit itu kan mencuci dosa-dosa kecil?

Monday, 5 July 2010

Hujan Oh Hujan

Dah dua pagi berturut-turut hujan turun. Tak dapatlah saya keluar jogging pagi seperti biasa. Pagi sabtu tu kami anak beranak dah siap berpakaian, bila buka pintu alangkah terkejutnya tengok hujan mencurah-curah turun. Dari dalam rumah memang tak kedengaran bunyi hujan menderu. Fahmi frust sangat coz dah beriya-iya nak kayuh basikal keliling tasik. Sampaikan dia merajuk dengan saya sebab tak nak redah hujan pergi jogging di tasik. Aduhai mamat sorang ni kalau dah dia nakkan sesuatu he’s not prepared to accept kalau things tak turn up as he expected. Lebih-lebih lagi bila dia tengok hubby selamba je redah hujan pergi mengayuh basikal with his mates. Alahai bapak budak. Saya juga yang susah kena berhadapan dengan rajuk fahmi.

Ingatkan petang sabtu tu bolehlah bagi budak-budak main basikal kat luar. Kusangka panas, rupanya petang sabtu tu hujan juga. Hampa berganda-ganda lah anak-anak saya. Meragam semacam si fahmi.

Pagi semalam (ahad) kami bangun awal lagi nak berjogging. Elok je buka pintu tengok gerimis hujan dah mula turun sikit2. Kali ini dengan saya sekali termenung depan pintu. Gian nak berjogging dah tak tertahan lagi, menggigil lutut kalau tak lampiaskan gian ni. Hubby tersengih tengok saya monyok. Fahmi dan yaya merungut lagi. Dek kerana tak tahan nak melayan muncung budak berdua tu hubby ajak juga jogging sekitar rumah, berlari dari satu lorong ke satu lorong. At least kalau hujan tiba-tiba mencurah lebat dekat sikit nak cari perlindungan. Sempat jugalah peluh menitik kat badan dan puas jugalah budak-budak mengayuh before we had to retire sebab hujan makin lebat.

Tengahari semalam saya ajak Yaya temankan saya ke seremban. Nak hantar kain baju raya ke tailor. Dah lewat sangat, mujur tailor masih terima. Kebetulan masa saya sampai kat seremban hujan turun mencurah2. Saya dah yaya terperangkap kat kedai tailor tak boleh nak cross ke tempat parking. Tu lah ada payung tinggal dalam kereta. Lama juga tersidai di KM plaza sampaikan Yaya cakap dia tak suka hujan. Saya kata tak baik, hujan tu tanda rahmat Allah swt. Waktu awal hujan doa kita dimakbulkan dan doa kanak-kanak tidak terhijab di sisi Tuhan. Saya ajar dia berdoa minta pada Allah redakan hujan supaya Yaya boleh balik ke kereta. Bila hujan reda sikit saya serkup kepala yaya dengan beg plastic, serkup kepala je takde lah sampai tutup muka, lemas nanti anak dara saya. Saya dukung dia sambil berlari-lari anak cross dari KM plaza ke bangunan Terminal one tempat kereta saya ditinggalkan. Tiba-tiba yaya tanya saya, “Mama tau tak kenapa hujan tu berhenti?” bila saya kata tak tahu, yaya kata “Sebab tadi adik doa…” owh, she really observe apa yang saya kata tadi rupanya. Thank God hujan reda sebab saya takut dia persoalkan kata-kata saya tadi. She has to believe in Allah.

Dan petang semalam syukur cuaca cerah, tapi tak panas, sejuk je. Dapatlah anak-anak bermain di playground. Saya dan hubby temankan anak-anak and their friends sambil kami both pun sama-sama main jongkang jongkit dengan diaorang. Budak-budak tu ringan sangat, kena meloncat-loncat atas jongkang jongkit spring tu barulah melantun ke atas ke bawah. So we both kira macam pemberat lah (memang berat pun). Seronok melayan the kids and their friends sampai terasa diri macam budak-budak juga! It was so relaxing and fulfilling strolling hand in hand with hubby sambil keeping an eye on the children yang laju mengayuh basikal depan kami. Am glad he make time for us petang semalam because he won’t be around for the next few days. He left awal pagi tadi for another week long outstation trip.

Lepas balik daripada a stroll in the park, kami duduk di beranda rumah sambil makan mee rebus tulang dengan my brother in law yang drop by kejap with his sons. Finally, dapat juga buat mee rebus sebab dah jumpa keledek merah seketul. Tercapai jugalah hajat hubby nak makan mee rebus tulang. Awalnya dia dah frust sebab balik rumah tengahari semalam masa saya takde dia tengok air rebusan tulang rusuk lembu masih belum bertukar menjadi kuah mee rebus. Little did he know saya travel sampai ke seremban baru jumpa keledek merah! Hahaha… dasar pemalas ke pasar tani.

Sunday, 4 July 2010

Spaghetti Seafood Carbonara

sungguhpun kami sefamily ni penggemar pasta tapi jarang sekali makan spaghetti or any other type of pasta noodles dengan sos lain melainkan bolognese. rasanya sebab bolognese memeang sesuai sangat dengan tekak kami. tapi pernah juga bagi my kids cuba spaghetti with alfredo sauce, which they like tapi tidak seperti mana they love bolognese sauce. cuma semalam saya teringin nak cuba buat sos carbonara pulak.

kan saya sepatutnya masak mee rebus semalam? tak jadi sebab tak ada keledek merah. penat cari sampai ke mydin bukit jelutong. owh bukan maksud saya kat mydin takde, ye ada tapi incik mydin perli saya, dia jual keledek sebesar betis gajah! serius saya tak tipu, tak caya sila pergi mydin bukit jelutong sekarang. harga seketul sekitar rm16-rm18 sebiji. perli saya lah tu! saya cuma nak keledek comel lote barang sebiji dua pun jadilah. kedai runcit depan rumah memang tak jual.

disebabkan takde keledek maka saya yang dah mati kutu tak tau nak masak apa saya bantai lah buat spaghetti seafood dengan carbonara sauce. so easy peasy. ada telur, ada cream, ada parmesan cheese, ada lada hitam jadilah dia. ummm yummm yummm ;-)

Friday, 2 July 2010

Kari 2 Sepupu

Apa bendalah kari 2 sepupu ni ye? Hahaha saya teringatkan my conversation with fahmi the other day bila dia tanya harimau, leopard, harimau kumbang (panther) sama ke? To which I answered all the three are of the same kind tapi different clan. Tapi bila susah sangat nak faham saya cakap yang ketiga2 binatang ni adalah sepupu macam fahmi and kakak farah nya. Boleh gitu? Hahaha. Pasal tulah saya namakan kari kambing dan bebiri yang saya masak semalam as kari 2 sepupu.

Sebenarnya I have a packet of cubed mutton pieces and 2 slices of lamb leg leftover from last weeks’ supply. I wanted to clear my freezer for new supplies, so I decided to combine both meat into mutton & lamb curry. Tamak kan? Dua2 meat pun nak makan sekali, berlagalah sepupu dalam periuk.

Mula2 plan nak masak kari kambing hari sabtu tapi hubby awal-awal dah hints dia nak makan mee rebus tulang made from tulang rusuk lembu yang dia baru beli. Jadi malam tadi lepas isyak saya pun masuk dapur siap2kan bahan nak masak kari kambing. To be honest saya tak pernah masak kari kambing before dan saya memang tak pandai masak kari yang sedap kecuali gulai ikan tongkol! Haha masuk lif tekan sendiri. Maka saya pun surveylah resipi kari kambing yang best. Saya tak mau kari kambing style melayu, saya nak resipi yang Indian style very spicy without santan barulah yummy.

Hampir semua resipi kari kambing Indian style mempunyai method dan bahan yang hampir sama. Contohnya, kalau kita orang melayu masak kari mesti blend bawang merah, bawang putih halia etc together. Tapi resipi yang saya jumpa semuanya memerlukan bawang merah/bawang putih di sautéed kemudian ditumbuk atau blend menjadi pes together with halia. And the amount of halia yang digunakan is a lot okay. No wonder lah mamat bangla kat ofis saya selalu masak kari guna halia berkilo2. Dan I found out Indian curry tak depend pada serbuk cili or cili kering semata-mata to get rasa pedas. They use black pepper in their curry to add spicyness to the curry.

The whole cooking process ambil masa agak lama dari preparing the onion, garlic and ginger paste kepada merenih daging dengan api perlahan. It took me a whole 1 hour for the meat untuk empuk separuh. It would be easier if I had a slow cooker, I can dumped everything inside a slow cooker then leave it sampailah the meat becomes tender. Sambil2 tu bolehlah buat kerja lain. To have a pressure cooker is even better because it can reduce the cooking time by half. But since my house sangatlah ketinggalan dari segi teknologi terkini, maka I have to make do with a gas cooker and an oven. After 1 hour I toss everything into a casserole dish, pour enough water to come halfway above the base, cover the dish with aluminium foil then leave it in the oven for another 20mins to until the meat tenderize.

Owh, I also add half a cup susu masam. Asalnya nak letak yogurt untuk pekatkan kuah and make it creamier tapi yogurt tak ada. So I replace with half cup milk yang dicampur perahan limau nipis. Leave them for 10mins for the milk to curdle. Lemon juice also works just fine. I would have use lemon tapi kedai runcit mamak depan tu manalah ada jual lemon.

So here it is kari kambing & bebiri @ kari 2 sepupu.



For recipe please refer below which is my version after improvise daripada beberapa resipi mengikut selera dan bahan yang sedia ada. The taste is wallahhh! You got to try it.

Bahan A – dikisar halus dengan 2 sudu air (saya tumbuk je pakai lesung batu)

1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih
1 inci halia

**nota: bawang besar, merah & garlic di sauteed in a skillet pan dengan sedikit minyak until the edges turn slightly brown.


Bahan B – disangai@goreng tanpa minyak hingga wangi & kisar halus

½ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
¼ sudu teh ketumbar

Bahan C

500gm daging kambing/bebiri dipotong cube (bertulang atau tidak ikut suka)
2 biji ubi kentang potong 4
1 sudu besar cili blend
2 sudu besar rempah Raja Kari Faiza
2 sudu besar tomato pes/puri @ 1 biji tomato buah
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
2 sudu besar jus lemon/limau kasturi (I omit sebab dah guna susu masam)
½ cawan yogurt atau susu masam
1 cawan air
1 sudu teh rata garam atau sesedap rasa
Secubit gula pasir atau gula merah jika suka

1.Gaulkan daging kambing dengan bahan B dan perap 20minit.

2.Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan dengan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan A (pes halia, bawang & bawang putih) dan cili blend. Tumis hingga pecah minyak.

3.Masukkan pes/buah tomato, diikuti dengan daging kambing. Gaul rata supaya bahan rempah meliputi daging. Biarkan daging agak kering air, baru masukkan rempah kari Raja Kari Faiza.

4.Gaul rata kemudian tuang 1 cawan air. Tutup periuk, perlahankan api, biar merenih selama 1 jam atau daging separuh empuk. Kacau sesekali untuk elakkan rempah hangus.

5.Masukkan ubi kentang, jus lemon atau yogurt@susu masam, garam dan gula. Kacau rata kemudian tutup semula periuk dan biarkan sehingga daging empuk sepenuhnya for another 30min to 40min. (Masa ini saya tambahkan dalam 1 cawan air dan transfer ke dalam oven for 20mins untuk percepatkan proses empuk daging)

Kurangkan penggunaan minyak untuk menumis sebab lemak dari kambing akan terbit hasil daripada slow cooking. Memasak dengan api perlahan is the best way to let the meat tenderize tapi memakan masa yang lama. Yang bestnya rempah betul2 meresap ke dalam daging serta you get gravy yang glisten sebab pecah minyak dengan sempurna.

Kari kambing tu saya hidangkan dengan nasi bukhari. Kalau nak makan dengan capati, roti canai or roti biasa pun sedap. ;-)

Monday, 28 June 2010

Bebiri Masak Hitam

lama tak buat entry khas for food kan? nah, saja tempek pic bebiri(sesuka hati je singkatkan biri-biri jadi bebiri) masak hitam yang saya buat sabtu lepas. resipi asal dapat from internet. sepatutnya masak sepenuhnya atas dapur, tapi sebab saya sibuk juggling between decorating cakes, maka saya masak sekejap atas dapur lepas tu letak semua bahan dalam casserole dish dan campak je dalam oven for 40mins. tak kuasa saya nak slow cook atas dapur, sure nak kena kacau sesekali. campak dalam oven senang, cukup masa keluarkan je. the lamb pun elok tender and the sauce pekat just the way i want it to be.

i made nasi tomato to go with the lamb. sementara for the kids and kakak (see baiknya saya very considerate of my maid's selera) yang tak gemar makan kambing or bebiri saya masakkan ayam masak merah. surprisingly, fahmi dan yaya both tak sentuh ayam! dua2 makan lamb berebut dengan daddy dia orang. sabar ajalah. takpelah weekend ni boleh masak lagi, masih ada dua slice of lamb leg, kalau tak cukup mutton cubes pun ada!

Friday, 25 June 2010

Jika Nyata Itu Benar

Kalau dilayan gundah dalam hati saya ni alamatnya tak berasaplah dapur dan gelap gelita lah blog ini. Hidup tak sentiasanya indah, kalau takde badai pun terasa hambar aja rentak hidup kita ni kan? Pun begitu, dalam cemas dan gelisah dengan khabar kurang menyenangkan ini jauh di dalam hati saya tetap mohon ini semua tak jadi kenyataan.

Jika benar sekalipun, saya pohon dan berdoa ditunjukkan jalan. Barangkali benar seperti cakap seorang teman “Setiap dugaan yang Allah swt beri semata2 nak kita dekat dengan Dia. Para tabi’in kita dulu nangis kalau Allah tak uji dengan sakit @ susah sebab takut dosa2 tak diampunkan. So syukurlah kita diberi peluang untuk kembali dekatkan diri dengan Allah…”

Siapalah saya nak dibandingkan dengan para tabi'in, sekurang-kurangnya saya harus bersyukur dan terima dengan lapang hati. Usaha, rawat & tawakkal. Pada anak2 saya ajar, doakan mama dan daddy kerana doa anak2 yang masih suci ini tidak terhijab.



p/s: jiwa saya scheduled to return from his outstation trip malam ini. saya dah siap nak jamu dia dengan spaghetti. saya off esok. so nak buatkan nasi tomato with lamb masak hitam. rindu nak masak untuk dia dan rindu nak tengok dia berselera makan depan mata. at the moment i'm a sucker for compliments! dah seminggu takde kawan bercakap, what do you expect.

Monday, 21 June 2010

Bila Separuh Jiwa Saya Pergi

My other half pergi lagi. Bila my other half berpergian out station lama begini, anak2 jelah jadi peneman saya. Kawan bercakap dan kawan bergaduh. Kalau tidak, pada blog inilah saya luahkan rasa kekosongan. Kalau nak cakap pasal something yang lebih private sikit email lah jadi perantara dengan kawan yang jauh. Itupun sekarang ni kena hati2 bila menaip email di rumah. Sebab fahmi rajin datang menjenguk dari belakang dan baca email yang saya karang! Terkejut saya semalam bila dia read my email loud. Tambahan kandungan email itu agak dewasa sikit untuk dia fahami. Saya suka galakkan dia membaca, tapi bukan email saya! :-)… nahas saya kalau dia ceritakan pada orang hahaha.

Hari ini sekolah dah mula balik. My children mudah pula bangun pagi ni walaupun malam tadi tidur agak lewat hampir 11.30malam. Anak2 saya memang tak ada disiplin tidur awal, sebab mama dia tak disiplin kan! Tapi selalunya kalau hari sekolah paling lewat mereka tidur jam 10malam. Kadangkala jam 9 malam dah tertidur depan tv. Habit yang sangat tidak baik, saya tahu tapi mama diaorang yang juggle 2 kerja dalam 1 masa ni sentiasa kelam kabut, tak sempat nak uruskan mereka dengan baik.

Hari ini juga seharian kepala saya sakit berdengung. Tidur tak cukup lena, asyik terjaga sebab aircon rosak pula malam tadi. Panas, tambahan pulak saya dan anak2 berkongsi 1 katil. Nak saya angkut mereka ke bilik mereka sendiri yang juga dilengkapi aircon tak sampai hati pula nak kejutkan. Sudahnya sampai ke pagi lah kejap2 saya terjaga sebab panas. Tambahan fikiran saya masih terganggu over something, lagilah susah nak tidur lena.

Aircon ni pun saya tak tahu apa masalahnya. Pagi semalam dah kami panggil orang tengok2kan tapi takde apa2 pun. Elok je sejuk dia seharian. Tapi bila malam after 1 hour on tu mulalah signal dia menyala dan terus hawa sejuk hilang. Hubby nak minta kawan dia datang tengok kan. Tapi saya keberatan. Biarlah orang yang tak dikenali je datang masuk ke bilik ini nak betulkan aircon, saya kurang selesa jemput orang yang dikenali ke dalam bilik tidur. I know pelik kan… nampak sangat bilik saya comot malu nak tunjuk kat orang... hahaha