Friday, 6 February 2009

When The Unexpected Happens...

today's class is going to be fahmi's last day at little caliph, subang u5. keseronokan fahmi bersekolah tadika were shortlived due to the school's weak management. from tonitght's meeting with the principal/owner yang baru je habis jam 11pm tadi, we were informed that the teacher had left abruptly the previous week. thus rendering the school management short handed. with only one caretaker and 1 assistant teacher running the school and juggling between 2 schools (haven't i mentioned in my preious entry that they have another branch at alam budiman), menjadikan sekolah fahmi tak ubah macam nursery aja. so the principal decided to shut down the school. they are offering us to be transfer to alam budiman branch tapi memandangkan kami masih lagi belum decide untuk pindah ke rumah baru di alam budiman, we decided to quit.

kalau nak ikutkan perasaan memang meluap2 rasa marah & geram kat management sekolah tu. macam main2-main pulak buka sekolah, suka2 buka suka2 tutup. tapi daripada aku memenatkan diri mengamuk (dahlah balik kerja straight attend meeting dia) baik aku cepat2 fikir pasal alternative school untuk anak aku.

kesian my boy. dah seronok dia bersekolah dan berkawan tiba2 kena berhenti. luckily i got to know about the school's management decision quite early (mid of the week), so cepat2 aku scout for other school. dan nasib baik juga principal tu setuju nak refund balik duit pendaftaran dan segala advance payment yang kami buat, kalau tak memang aku mengamuk kat meeting tu tadi. we have shortlisted 2 schools so far. daripada 2 pilihan ni rasanya kami dah hampir 99% setuju nak hantar fahmi ke tadika strawberry yang tak jauh dari rumah kami. the owner kata transport boleh di atur... bila dia dah cakap macam tu aku rasa lega lah juga sebab walaupun dekat dengan rumah aku takut kalau tiba2 aku atau hubby kena pergi outstation takdelah kami mati kutu memikirkan siapa nak hantar fahmi ke school. aku tak harapkan kakak untuk menghantar... tak berani nak ambil risiko.

syukur kami suami isteri tak mati kutu bila dapat berita ni. maybe sebab sejak dari awal kami memang dah tak puas hati dengan sekolah ni dan aku sendiri pun ada berura2 nak tukarkan dia ke sekolah lain. so dalam kepala memang dah simpan a few option lain. dan nasib baik juga the few school yang aku scout masih mahu terima student walaupun dah 1 bulan lebih sesi persekolahan bermula. emm anak baru masuk tadika dah kelam kabut.

Monday, 2 February 2009

All About Happiness

kak malissa datang pulangkan flask nasi masa aku baru je nak selesai dinner. tinggal sejemput lagi nasi dalam pinggan cepat2 kutinggalkan. hujan lebat baru reda, sayup2 dengar suara orang bagi salam, ingatkan hubby balik dari masjid tapi takkanlah suara hubby halus sangat kan? sedap sangat makan berlaukkan tempe sampai suara suami sendiri pun tak kenal...hihihi. kak malissa singgah kejap je, nak cepat balik takut hujan sambung menyambung. awal2 lagi aku dah cakap aku tak nak sebarang upah untuk nasi beriani yang aku buatkan untuk dia. cukup sekadar dia cover cost barang2 je. aku puas dapat tolong dia. itupun bila dia insist nak bagi jugak aku suruh kasi token kat budak2 jelah. sebelum dia balik sempat kami bertukar2 buah tangan, aku dapat sebekas muffin coklat dari dia, dan untuk dia kuberikan a few packets of rempah nasi beriani.

emmm hujung minggu ni ada projek harijadi lagi. aku plan nak buat kek blueberry untuk harijadi my niece yang duduk kat kuarters klia tu. a surprise for her. teringat betapa teruja nya dia tengok kek spiderman fahmi tempohari & juga doll cake yang aku buat masa raya haji tahun lepas. suka tengok riak gembira kat wajah dia. so my weekend project is all about making a little girl happy.

Sunday, 1 February 2009

Cooking Marathon

alhamdulillah dah siap masak 10kg nasi beriani. syukur sangat2 nasi elok masak semua takde yang mentah. 3 kali masak dalam periuk nasi besar 3.6l dan 3 kali dalam periuk nasi aku yang separuh daripada saiz itu. heheh buat malu je aku ni kan orang lain masak untuk kenduri besar rilek je, aku baru masak 10kg dah rasa nervous bagai nak rak. cuma aku kurang puas hati dengan hasil dari periuk besar tu, kelembapan tak sekata akibatnya nasi bahagian bawah di tengah2 periuk agak terlebih lembut sikit. takleh nak buat apa sebab kalau kurangkan air nanti ada yang mentah. yang aku masak dalam jar rice cooker kecil aku sendiri takde masalah pulak.



hubby baru kejap pergi hantar nasi beriani satu flask besar ke rumah kak malissa. majlis dia mula pukul 3 petang. aku nak berehat kejap sebelum bersiap2. ada lagi satu flask kecil & satu periuk nasi lagi dengan aku. nanti kami bawa sekali ke majlis dia. penatnya rasa... kalau dapat tidur best ni ;-)

Saturday, 31 January 2009

Layan...

kena tag lagi dengan puan nolie aka puan rimo. kakak, dalam sibuk2 pindah 'rumah' baru sempat lagi tag saya ye? homework yang kakak bagi kat saya bulan lepas pun tak sempat buat lagi... huhu. it took me 2 days to complete this tag. tak boleh nak mengadap pc lama2. i didn't expect searching for images could take this long, provided you get the most accurate images to describe yourself, which is almost impossible! ;-P tapi tak kira lambat or cepat nak buat jugak, coz it is fun.

The rules is simple. Used google image to search the answer the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

I'm

I really want to go


My favourite place


My favourite thing


My favourite Food


My favourite Drink



My favourite color


I live in


I was born in


My college

My favourite story

My hobby


I wish

now, who shall i tag? orang2 yang malas update blog, silakan:
1. shida
2. faisal
3. jaja@acik (awak tak masuk kategori malas ye ;-))
4. azie
5. watie (sudah kena ke belum?)
6. ninarizwina

Wednesday, 28 January 2009

New Year New Look

i gave yaya a new haircut petang semalam. dah lama aku & hubby pujuk dia gunting rambut. aku takdelah beria2 sangat nak potong rambut dia yang panjang & ikal mayang tu, sayang sebab rambut dia so silky & smooth. pulak tu rambut dia jenis lambat panjang. bayangkan masa umur dia 1 tahun rambut dia nipis je, pendek dan melekap kat kepala. on her 1st birthday i had to dress her up in overall dress with flower printed t-shirt and pakaikan dia cekak rambut with fake curls or else orang sangka dia boy. jenuh tunggu rambut dia panjang. nak sangat upload pic dia with fake curls tu tapi scanner wat hal plak, i'll upload later ok
when she was around 4months gitu

1 yr 8 mths... ada ekor sikit2

3 months before she turns 2...

cuma hubby yang bersungguh2 tak berkenan yaya berambut panjang. yaya ni kadang2 liat nak kasi kami ikat or braid her hair. kalau datang angin dia tak nak ikat rambut memang dia biarkan je rambut dia sampai tutup mata & kekadang masuk dalam mulut masa makan. annoying betul. tu yang aku selalu usik dia rambut macam singa, tapi dia sikit pun tak heran.

dah banyak kali pujuk dia potong rambut. mula2 dia kata tak nak, lepas tu dia kata OK, then dia tukar lagi tak nak. semalam dia kata dia nak buat rambut macam dora... straight cut rest an inch above shoulder length. dalam hati aku kata tak mungkin dapat buat macam tu sebab rambut yaya bukan betul2 lurus... agak ikal mayang with soft curls at the end. aku jeles betul dengan soft curls dia tu, mine masa kecil duly a bit unruly, macam berserabut gitu. tapi aku cubalah... cuma aku tak sampai hati nak potong sampai pendek... i just trim about 2 inch je... her previously layered hair cut jadi straight cut.

before
dah sikat berkali2 baru kemas skit

she wants to keep her long hair sebab nak jadi princess macam all the disney princesses tu kan

after

dan aku betul2 terkejut sebab her soft curls semua gone. huwaaa sayangnya. nampak gayanya kemungkinan besar dia mewarisi rambut aku dulu. dan kalau betullah jangkaan aku, kalau bukan sekarang, akan tiba masanya nanti all her soft curls will be gone for ever, just like mine. huhu... sob sob....

Tuesday, 27 January 2009

Family Outing

pagi ni kami bawa fahmi & yaya ke taman jaya di pj (taman rekreasi bersebelahan amcorp mall. dah lama tak bawa budak berdua ni ke situ. kali akhir bertandang masa tu yaya baru 8-9bulan tengah belajar berjalan. aku sebenarnya nak bawa picnic basket with some foods tapi hubby kata tak payahlah. seronok budak2 main kat playground sampai kehausan. bila yaya tanya tak bawa air ke terus aku jeling hubby. tulah orang dah cakap bawa makanan sikit. as a remedy we brought the kids minum di eden cafe dekat amcorp mall tu.

badan kecil tapi ada hati nak cuba bergayut

bersungguh2 yaya cuba nak hayun buai dengan kekuatan badan dia yang halus tu... with the help from daddy who's standing behind her, of course


penakut anak teruna ni... terkial2 meniti atas rope yang tebal tu. nilah akibatnya kalau mama asyik perap anak2 dalam rumah. they really need to go out more frequent


hari ni hari akhir bercuti dari kerja aku masih lagi rasa berat nak masuk dapur. selalunya kalau time cuti2 begini memang takde kerja lain ada je juadah yang aku nak buat. dalam hati masih mogok lagi disebabkan hal semalam - hal satay & jagung rebus tu. ikutkan geram rasa nak je punish the three of them by not preparing any meal today. tapi tak fair jugak coz masing2 dah menyesal & minta maaf. sebelum keluar rumah pagi tadi aku pesan kat kakak suruh masak sambal tempe & tumis brokoli. sampai je rumah tengahari tadi terus je ke dapur siapkan kari udang. dah muak makan ikan & ayam, lagipun rendang ayam bekal mak mentua masih ada. aku tak tau resipi kari udang style melayu, so buat kari mamak jelah tapi how 'mamak' is my curry entahlah hanya mamak yang tahu ;-)



rupa2nya kerajinan aku masuk dapur bila malam baru muncul. tekak rasa teringin sangat nak makan kaya buatan sendiri. bila belek2 resipi nampak mudah, bahan2 pun semuanya available. siap buat kaya sambung masak kurma kambing. hubby pelik tengok aku memasak walhal dah way past dinner time. heheh kurma kambing ni untuk dinner malam esok. kalau ikutkan aku plan nak buat kurma kambing ni for dinner hari khamis or jumaat. tapi since khamis nanti hubby akan pergi outstation lagi dan cuma balik jumaat malam aku tukar plan. kurma ni bila sejuk simpan dalam fridge je tunggu nak dipanaskan dinner esok.

Monday, 26 January 2009

Kerana Satay & Jagung Rebus

hari cuti begini buat aku tambah rasa malas ke dapur. lagipun kalau ke dapur pun takde apa yang boleh dimasak sebab barang dapur semua dah habis. sebelum balik kampung tempohari kami tak pergi market pun. pagi ni masing2 bangun lewat, pasar pun dah tutup agaknya. supermarket cina depan rumah memang dah tentu tutup coz depa raya kan? kalau pun buka bukannya boleh beli apapun coz takkan aku nak beli ayam/daging kat kedai dia. so, hari ni membeli belah di cold storage lah jawabnya.

siap shopping kat cold storage tengok jam dah pukul 12 tengahari. ermm kalau balik rumah pun ambil masa juga nak masak for lunch, hubby ajak singgah kat JM Beriani, isi perut dulu katanya, no point balik rumah dalam kelaparan. me & hubby had mee bandung while budak berdua tu makan nasi beriani sepinggan sorang tapi lauk ayam masak merah dikongsi berdua, membazir kalau tak habis. tau tak yaya ni walaupun dah masuk 4 tahun tapi kalau makan kat luar masih kena minta high chair. kalau tak kesian dia susah nak makan sebab tak nampak makanan. tulah badan kecil sangat. *lol*

dinner malam ni pulak ingat tak maulah makan heavy so aku sediakan lamb burger je with salad & fries, for the kids goreng sosej ayam je. alah bukan susah pun, lamb burger keluar dari kotak hehehe tinggal grill kan aja. tapi yang buat aku hangin satu badan bila incik hubby bawa balik satay ayam & jagung rebus. sudahnya budak2 tak mau makan sosej ayam or even fries yang diaorang suka pun tak dijamah. tak pasal2jadi satu pembaziran pulak... manalah tak hangin.

aku tau lamb burger ni tidaklah begitu menyelerakan compared to satay ayam & jagung rebus tu :-(

bila aku membebel hubby salahkan budak2 sebab diaorang yang merayu2 minta satay & jagung. fahmi pulak salahkan daddy sebab tak call mama bagitau yang diaorang beli satay. baguslah tu semua orang tunding jari. aku cakap kat hubby, fahmi & yaya since masing2 dah pandai cari makan sendiri lain kali mama tak payah susah2 masak, pakat2lah cari makan kat kedai ye. since tukang masak dalam rumah ni mama & kakak, so both of us mogok tak nak masak, we both boleh hidup dengan nugget & roti je. yang lucunya fahmi cepat2 kata daddy yang beli satay bukan dia yang nak. yaya pun cepat2 dia kata daddy yang nak beli satay bukan adik yang nak. terkena hubby kali ni! amboii cekap betul budak berdua tu jaga perut masing2 ye?