Friday, 8 June 2012

Gloomy Friday

It is Friday. Unlike any other past Friday, I didn’t go out for lunch today. I was plastered to the pc I didn’t realized that it was lunch time already until I heard noises from outside my office. People were leaving for their lunch and Friday prayer. I initially planned to go to this warung in the village, to buy my favourite nasi goreng ayam. But it was late already, no point going there coz I know by the time I reach the warung, nasi goreng ayam will be habis.

But that’s ok, coz I have packed bihun goreng in my drawer. I bought them at petronas this morning. Just in case things like this happened. I normally take my lunch on Fridays. Any other day I don’t bother. But ever since my lunch partner and the only colleague who talks to me/befriended me went on long MC, I’ve stopped going out. I’m extremely shy person (tak caya ke?). Nak makan kat luar sorang-sorang malu. Nak ajak orang lain, masalahnya orang lain pulak yang segan dengan saya. Because of the status gap. Aduhaiiii… as if I mind.

So, bila semua orang sudah pergi, I took out my packed lunch and started digging on it. I tried to look pass rupa bihun goreng yang sangat unappealing. My body need food. Hah… tiba-tiba baru fikir pasal what your body needs, eh? Sesuap… dua suap… tiga suap kecil… and I’m done. That’s it I can not take more. Tersangatlah tasteless, garam pun takde. Makanan kat hospital pun ada rasa. Masa tu lah tiba-tiba saya rasa pathetic. Me, alone… digging on tasteless food because I have nobody to company me out for lunch. Baru semalam satu staff ni tegur saya kata tak pernah tengok saya lunch.

R : Tak pernah tengok puan makan. Puan tak lapar ke?
Me : Takpe, saya puasa. (alasan!)
R : Takkan hari-hari puasa?
Me : Oh… takpe saya bawa bekal
R : Kesian tengok puan, E takde pulak tu lagilah aku tak tengok puan makan


Pardon his ‘aku’. Itu biasa untuk orang Sarawak. They are not being rude, memang itu kata ganti diri pertama orang Sarawak. 10 tahun dulu memang terbuntang biji mata kalau bercakap dengan diaorang. Lama-lama dah biasa. Si E is on month long MC, tulang jari kelingking kaki dia patah. Saya marah dia. Hambakan diri pada kerja, sakit pun datang kerja tak pergi berubat sampai badan merana. Sekarang siapa susah? Saya jugak he he.


R : Puan kalau nak makan cakaplah, aku boleh tapau.
Me : It’s ok, saya puasa. Saya OK.


Saya terharu sebenarnya. Mereka care tapi tak berani nak dekat dengan saya. Bila dengar saya last kerja sampai hujung bulan ini, barulah berani bersuara. Pujuk memujuk berlaku lagi. Alahaiii kesiannya. Macam anak kucing bakal kehilangan ibu. They are all nice people. Saya tahu. Sebab itu saya tak mau R rasa bersalah atau kesiankan saya sebab takde teman makan.

I’m a LONER. Saya sudah boleh terima ia sebagai satu kenyataan. I could never change that. I will remain a LONER. I learned from a recent seminar by Datuk Fadzillah Kamsah that those born dalam bulan-bulan ganjil memang naturally suka bersendirian. Tetapi those born bulan 9 agak outstanding sifat suka menyendiri mereka. Ada yang boleh seimbangkan diri, but not this one (tunding jari kat diri sendiri). Ini bukan ramalan beliau, tetapi hasil kajian. Saya sudah boleh perlahan-lahan hilangkan rasa frustasi terhadap diri sendiri. Dulu selalu tanya diri kenapa no matter how hard saya cuba socialize, be a more bubbly person - at the end of the day I still find solace in being alone.

But right now, I’m so in need of someone to talk to. Saya sangat berserabut. Tersepit antara kehendak sendiri, kemahuan orang lain dan keperluan. Ada permintaan baru dari tuan boss. Jujurnya, saya jatuh kesian. Ni semua tempias si E lah ni. Kan saya dah kata, saya juga yang susah bila dia jatuh sakit. Nak bercerita dengan E yang sudah balik kampung nun jauh di Sibu, tapi tak sampai hati. Definitely she will feel guilty. Buat apa?

Bila dikenang-kenang 10 tahun bukan tempoh yang singkat. It is as old as my marriage… few months older than my marriage in fact! Been through high and low and deepest low with him. Ia bukan hubungan majikan-pekerja yang biasa-biasa saja. That’s why it is so damn hard for me to just let go. Sebab itu juga incik suami marahkan saya tempohari. Bila saya mengadu otak saya berserabut. Dia kata saya tak tetap hati. Sudah tetap but things happen. Yeah why should I care, it shouldn’t be my problem anymore right? Itu lah masalah saya, I have a soft spot. Akhirnya incik suami juga jadi penenang saya. Kalau bukan dia siapa lagi? This loner tiada sesiapa kecuali dia dan… blog ini (serta pembaca blog *smile*). He took me out that night. Jalan-jalan to unwind kata dia. Owh… that was so sweet of him. So we talked. Err… bukan talked dah macam fight pulak. Kesian incik suami, melayan emosi saya yang huru hara. Dia sangat penyabar. Ternyata it was the wrong time of the month. I failed to read the signs. No wonder emosi saya sangat sensitive minggu ini.

Incik suami nasihat saya buat solat istikharah…again. Bukan tak pernah buat dulu. Cuma barangkali caranya kurang sesuai tempohari. Saya buat dengan cara yang diajar seorang teman yang lebih arif. Lepas solat saya ‘cabut undi’ dalam bekas. Sempat tunaikan sekali saja. Tiba-tiba terpaksa ‘bercuti’ pula. Undi yang saya cabut tempohari belum saya buka. Tunggu sampai saya genapkan 3 kali solat istikharah. Aduhaiii lambat lah lagi nak dapat keputusan. Kena tahan dengan hati yang huru hara lagi ni. Dahlah my shoulder to cry on nak berpergian lagi. Nak mengadu kat sapa lagi lepas ni? Sabarlah jiwa.

Tuesday, 5 June 2012

Bruxism

Dah beberapa malam dalam tidur mesti kemam dan mengunyah gigi. Padahal ini bukanlah habit saya. Sebelum ini tak ada habit sebegini. Sebab saya ni memang jenis telinga nipis, jadi boleh tersedar sendiri bila ada pergerakan mengunyah atau kemam gigi dengan kuat. Rasa pelik. Kenapa ye?

Saya pernah terbaca sepintas lalu, kalau kanak-kanak suka kunyah gigi masa tidur ni dikaitkan dengan kekurangan sejenis zat. Tapi saya lupa kat mana saya baca dan zat apa. Saya nak sangat tahu sebab cik Yaya suka kunyah gigi waktu tidur.

Kemudian bila saya google ini hari yang saya jumpa adalah terma perubatan 'Bruxism'.

"The etiology of problematic bruxism can be quite varied, from allergic reactions or medical ailments, to trauma (such as a car crash) to a period of unusual stress, but once bruxism becomes a habit, the original stimulus can be removed without ending the habit. Certain medical conditions can trigger bruxism, including digestive ailments, anxiety, and hypermyotonia due to consumption of amphetamine and related stimulants.[5]" source: Wikipedia



Laaa... berkait dengan trauma dan stress lah pulak. Hmmm... mungkin juga stress yang menyebabkan saya begini. Memang stress pun sejak penghujung minggu lepas. Stress fikirkan hal orang lain yang bersangkut paut dengan diri sendiri. Orang lain buat hal, orang lain cari pasal, ahkak yang tersepit tengah-tengah.


Kalau mengunyah yang ini tak dikira Bruxism ye puan-puan.



Dan alangkah seronoknya menjadi kanak-kanak. No worries about stress or Bruxism!



How I wish I could remove this stress and stop chewing my teeth. Sangat tidak suka.

Monday, 4 June 2012

Too Hot To Talk

Perit tekak. Cuaca terlalu panas sekarang ni sampai serak suara saya.
Pulun minum air banyak-banyak pun tetap rasa dehydrated, rasa kering je badan.
Hari Sabtu suhu di Shah Alam cecah 38C, semalam pulak masa pergi kenduri kahwin suhu 37C. Aduiii menggelitik lah pengantin. Silap hari pilih tarikh kahwin ye? Harus pergi honeymoon tempat sejuk hehehe.

Dah masuk bulan Jun rupanya. Malas sungguh nak update blog. Takde mood.
Last week saya ambil cuti 2 hari. Tak pergi bercuti ke mana-mana pun. Setakat bawa Fahmi & Yaya ke Petrosains di KLCC je. Ronda kat situ pun dah makan 3-4 jam. Memang longlai lembik lutut. Lepas makan cepat-cepat keluar dari KLCC sebelum orang semua balik kerja nanti sama-sama terperangkap dalam jam.

This will be my last month of working. Bulan depan akan jadi SAHM, insyaAllah. Rasa berserabut pula kepala sebab masih tak tahu kepada siapa saya nak handover. Kerja masih datang dengan lebat seperti biasa, macamlah saya forever akan berada di sini. Orang yang sepatutnya take over tugas saya pun awal-awal sudah surrender. Ha ha ha. Tau pun susah. Tapi yang susah ini yang sering dipandang remeh. Owhhh sudah-sudah lah jiwa. Time to move on.

Wednesday, 30 May 2012

Kek Lapis Bumi



Okay dah tengok rupa kek nya boleh agak tak kenapa ianya digelar kek lapis bumi?
Saya membuat spekulasi bahawa kek ini dinamakan sedemikian rupa kerana kombinasi warnanya yang menyamai warna wayar bumi - hijau/kuning dalam sistem pendawaian elektrik. Hak coklat tu mewakili warna wayar hidup ye puan-puan sekalian. Aduhaiii jangan ada yang takut nak makan pulak sebab nanti menyala badan ha ha ha.




Saya memang suka kek lapis Sarawak jenis kukus, lebih moist berbanding jenis bakar. Resipi kek lapis bumi ni diambil daripada blog hasue. Memang anak jati Sarawak jadi sudah tentu keknya sedap-sedap. Inilah kek lapis yang paling mudah dan cepat siap yang pernah saya buat. Daripada mengadun sampai mengukus ambil masa 1 jam sahaja menggunakan loyang segiempat 6inx6in sebab setiap lapisan cepat masak dan tak banyak lapis pun. Saya melapis sambil tonton drama Suits kat AXN. Can't miss this one, suka tengok cerita pasal lawyer ni. Dulu stuck dengan Ally McBeal. Suka dengan watak Harvey Specter yang sentiasa cool but I think he has a past, and Mike Ross his young assistant with a past too. Now Suits tinggal 2 episod je lagi.

Ok back to the cake. Bagi penghidap migrain macam saya boleh omit nescafe dan gantikan dengan serbuk koko untuk bahagian 'wayar hidup' tu ye. Sukatan nescafe terlalu banyak, akibatnya kepala saya sakit dan perut mula mengeluarkan gas-gas yang memualkan tekak. Should have follow my instinct and omit the nescafe altogether last night. My mistake.




Other than nescafe yang meninggalkan a non-pleasant effect to my body, the cake is awesome. Sangat sedap dan sangat moist. Love its velvety texture. Do give it a try. Resipi sila jenguk kat link di atas ye.

Saturday, 26 May 2012

Yang Memalukan, Dan Yang Menyedihkan

Aduhhhh title tersangat serius. Saya masa mendengarkan ayat intro di atas keluar dari mulut Fahmi pun serius berdebar. Serta merta berubah air muka saya.

Yang Memalukan

Fahmi menghampiri saya di dapur malam tadi. Perlahan aje suara dia meminta pemahaman saya.

Fahmi : Mama, nak tau tak... ada satu peristiwa memalukan hari ni. Tapi mama janganlah bagitau sesiapa.

Saya : (berdebar dah ni) Apa dia?

Fahmi : Tadi kan, lepas balik sekolah petang (agama), Abang, Hariz dengan Naqib jalan kat lorong tepi sekolah tu

Saya : (berdebar lagi apa berlaku kat lorong tu?) Abang buat apa pergi situ?

Fahmi : Mama dengarlah dulu... Kitaorang pergi kat tempat sunyi sikit. Lepas tu kita orang menangis

Saya : Hahhh?! Kenapa?

Fahmi : Yelah kita orang sedih sangat sebab ustaz Hafiz dengan ustaz Nazri dah takde.

Saya : Kahkahkahkahkahhh....

Adehhhh berbelit tali perut saya gelak. Mau nya saya tak 'suka selak' kata orang Terengganu. Sebelumnya Yaya dah buka cerita kat saya kata abang dia menangis dalam kelas masa jamuan perpisahan kedua-dua ustaz tu. Ustaz muda berdua tu pergi sambung belajar lepas dapat result SPM tempohari. Terkejut saya, sentimental betul anak teruna saya tu. Dah menangis dalam kelas tak puas lagi pergi sambung menangis kat lorong sunyi!!!! Wakakakaka...

Dah lah pada mulanya masa saya kata "Sentimental nya abang ni", si Fahmi boleh pandang saya tajam dan kata "Mana ada"
Saya kata "Eh betullah..."
Fahmi, "Mama ni tak baik kata orang sakit mental!"
Erkkk!!! Bila pulak saya cakap dia sakit mental.
"Mama kata sentimental lah bang. Takkan lah mama nak kata anak sendiri sakit mental"

Wakakakakaka... lawak sungguhlah anak teruna saya tu.


Yang Menyedihkan

Saya : Abang (Fahmi) mana nya result periksa abang. Ni dah start cuti ni takkan takde result lagi.

Fahmi : Ada tapi tak semualah.
Lepas tu dia buat muka sedih campur bersalah. Macam malu-malu je nak cakap.

Fahmi : Sesuatu yang menyedihkan...

Aduiiiii menyedihkan? Sure teruk result ni... berdebar mak.

Fahmi : ... markah Bahasa Melayu pemahaman abang dapat 88

Owhhhh anak... 88% tu kira bolehlah, tak lah teruk sangat masih A. Berdebar tak pasal-pasal mak.

Fahmi : ... Bahasa Melayu Penulisan abang dapat 100% (cisss saya nampak ada senyuman kecil dibibir dia). Bahasa Arab 100%...

Terus kendur urat-urat bahu. Sabar jelah, buat suspen orang. Gerammmmm saya gomol-gomol budak debab tu pandai dia main-mainkan saya.

Tapi sebenarnya Fahmi memang rasa sedih sikit sebab saya perasan dia letak benchmark yang tinggi untuk subjek Bahasa Melayu. Maklumlah, dulu top scorer bahasa Melayu kan. Saya pujuk dia, rasanya dia tau where he did wrong. Part simpulan bahasa dia agak lemah, katanya. Oklah sayang, Mama don't want to put unnecessary pressure on you. Sebab saya tau dia tahu apa yang dia mahukan and walaupun kadangkala dia rebel dia cakap malas pergi sekolah tapi dia tetap ambil serius. Itu semua hanya di mulut aja. Normal lah, kanak-kanak.

We are at hubby's kampung now. A short visit. Dapatlah Fahmi dan Yaya berjumpa cousins mereka. Next week, going to take them out, jalan-jalan sekitar KL je.

Thursday, 24 May 2012

Sour Cream Chicken, Mushroom & Spinach Quiche

I had the urge to bake a quiche tapi bahan tak cukup. Yang ada dalam fridge hanyalah fresh white button mushroom. So I made a quick dash to the supermarket on the way back home and bough a slice of chicken breast. Yes, chicken breast is good for making quiche filing. Tapi kalau ada leftover cooked chicken from any parts pun boleh je campak semua masuk dalam quiche, jangan membazir ;-).

Ikutkan nak buat vege quiche pun boleh aja tapi saya teringin nak makan yang meaty sikit. Tak pernah buat pun but it's not rocket science. Browse through the internet for few samples and I made my own version. It's quite simple really. Nak yang ada crust pun boleh, no crust pun boleh. I figured out nak buat quiche ni yang penting the basic ingredient mesti ada i.e. telur. Eggs will form the body of the quiche and hold the rest of the ingredients together. Kalau tengok betul-betul this classic French dish sebenarnya adalah pai telur, kan?

Kebiasaannya to make a quiche memerlukan telur, susu, isi ayam, sayur (jika suka), keju (of any type you like) dan seasoning. Owh don't forget the pastry crust if you like. Boleh variasikan your quiche sesedap rasa tekak anda. Nak letak mushroom, spinach, leek, broccoli, bell pepper, onion, kentang dan seribu macam mak nenek pun boleh. Asalkan muat dalam bekas yang nak digunakan. Ada faham?




This is my quiche, Sour Cream Chicken Mushroom & Spinach Quiche. Saja bagi nama panjang supaya senang pembaca teka apakah haiwan dan tanaman yang dimasukkan ke dalam pai ini. Ini pun kira pendek nama dia. Kalau ikut tatacara persuratan di ofis saya, tajuk haruslah tidak kurang daripada 5 baris supaya si penerima surat tak payah susah-susah baca the whole pages untuk faham isi surat. Baca tajuk 5 baris pun dah tau kita nak apa. Ha ha ha... Hmmm tak lama lagi saya akan graduate daripada sekolah persuratan tersebut. Haisyyyy.

Saya buat guna baking tin kecil je dalam 7 inci diameter gitu. So, let's check out the recipe.

1 keping dada ayam dipotong dadu
5 biji cendawan butang (putih) dihiris
1 genggam bayam hijau
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim masam
1/2 cawan keju parmesan diparut (atau serbuk pun boleh)
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung gandum
serbuk lada sulah
serbuk paprika
serbuk buah pala

1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 2 minit, jangan biarkan ia berketul.
3. Masukkan isi ayam, garam dan semua serbuk perasa, tumis sehingga separuh masak atau kering air. Kemudian barulah masukkan cendawan, tumis sampai layu. Sebelum matikan api masukkan bayam, gaul sekejap dan segera matikan api.
4. Pukul telur bersama susu segar, krim masam dan keju.
5. Alas baking tin dengan doh pastry. Kemudian susun inti quiche dan tuang adunan susu di atasnya. Ratakan dan bakar selama 20minit dengan suhu 200C. Kemudian rendahkan suhu kepada 175C dan masak selama 30minit lagi atau sehingga adunan kering tidak melekat pada pisau yang dicucuk ditengah quiche.

Sejukkan sebentar sebelum dipotong. Sedap dimakan semasa suam-suam panas.





Jika anda suka boleh juga gunakan haiwan laut (seafood) bagi menggantikan ayam di dalam quiche anda. Kalau suka tapi sebaik-baiknya percampuran haiwan laut dengan susu dielakkan. Dan lagi satu tetapi... jangan sekali-kali mencampur adukkan haiwan laut dan haiwan darat bersama dalam satu hidangan. Itu tidak bagus, ye boleh membahayakan kesihatan. Ikutlah sunnah Nabi saw. Contohnya kalau hari ini masak laut ayam atau daging, maka esok giliran lauk ikan atau udang atau ketam pula. Janganlah hidangkan kepada keluarga lauk ayam masak merah dan diregukan dengan lauk ikan tenggiri masak lemak pula.

"Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak" (petikan http://www.salehsalmie.com/islamik-2/tazkirah/amalan-pemakanan-sihat-cara-sunnah-rasulullah-s-a-w/)

Nak buat crust macam mana? Dulu saya cukup malas dan menyampah nak buat crust. Rasa macam renyah je. Tapi bila dah semakin berpengalaman ni (chewahhh) saya rasa macam takde sebab kenapa saya perlu mengelak buat crust. Senang je.





Bahan-bahan Crust:

1 1/4 cawan tepung gandum
125gram mentega sejuk dipotong dadu
secubit garam (kalau guna unsalted butter)
2 - 3 sudu besar air sejuk

Gaul tepung bersama mentega dan garam sehingga jadi macam serbuk roti. Kalau malas guna hand mixer je. Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan gaul dengan tangan. Asalkan doh dapat dicantum cukuplah tak perlu tuang kesemua air, nanti lembik pulak pastry kena tambah tepung lagi. Leperkan dan rehatkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya untuk 30minit sebelum digunakan.

Ok, sekian perkongsian kita hari ini, bluwekkk. Selamat menjamu selera.

Wednesday, 23 May 2012

Kids Artwork - Meow




Title: Meow
Painter: Yaya
Date: 18 September 2011



Emmm... macam doraemon ada loceng kuning kat leher... hihihi