Tuesday, 21 September 2010

Kari Laksa Seafood

Semalam pergi menjelajah ke blog orang, singgah lagi ke blog hana. Tengok gambar kari laksa lemak yang dibuatnya terus terliur. Tambahan pulak memang sejak minggu lepas saya rasa teringin nak makan mee kari tapi disebabkan minggu lepas dah buat mee bandung untuk berbuka puasa jadi saya batalkan niat. Takkan lah selang sehari nak makan mee kuning kan? Mana boleh makan selalu, not healthy.

Jadi malam tadi saya pun siapkan lah kuah kari laksa untuk dimakan masa berbuka petang tadi. Hubby pun ikut sama berpuasa 6 jadi memang sesuai benarlah saya jamu hidangan yang istimewa sikit. Kalau setakat saya sorang berbuka makan apa saja yang ada.

Resipinya hampir serupa dengan laksa lemak yang pernah saya buat dulu. Cuma resipi hana menggunakan serbuk kari, maka jadilah ia kari laksa. Saya cuma buat separuh adunan sebab nak makan 3 orang saja, membazir pulak kalau berlebihan nanti. Sabtu lepas saya ada beli udang besar di cold storage. Asalnya tak tahu nak masak apa tapi akhirnya masuk ke dalam kuah kari laksa. Urghhh memang marvelous kari laksa ni dengan udang besar yang manis je isinya.
Udang dah dominate mangkuk sampai tak nampak mee. Fahmi makan bertambah-tambah sungguhpun sedikit pedas for his taste tapi sedap katanya. Kalau tak gemar mee kuning boleh ganti dengan bihun.

Monday, 20 September 2010

Kena Serang

Rumah kami kena serang semalam. Bukanlah serangan bom atau mercun raya. A friendly attack oleh jiran-jiran setaman merangkap hubby’s friends yang datang beraya with their families. All together adalah 3 families with 6 young children dan 4 orang male adults yang datang solo. Tak sangka juga akan terima kunjungan tetamu raya kali ini sebab kami tak sampai setahun pun lagi duduk sini, tak ramai kawan lagi (atau cuma saya saja yang tak sempat berkawan). Barangkali sebab hubby aktif berpersatuan dan cycling, jadi ramailah kawan. Tok Penghulu @ Pengerusi persatuan penduduk pun ada. Yang datang semalam pun adalah geng-geng cycling hardcore hubby juga. Secara tak langsung the wives become my acquantaince lah jugak sebab dah beberapa berjumpa through our hubbies activities and ada antara mereka yang hantar anak ke kindy yang sama dengan yaya.

Kalut juga semalam sebab kami tak prepare food pun. Ingatkan cuma 1-2 families aja, jadi saya suruh kakak goreng jejari keledek dan rendam bihun 1/2 peket sementara saya, hubby dan anak-anak keluar lepak di MPH. Masa on the way balik barulah kami dapat tahu yang nak datang nanti more than 2 families. Kelam kabut saya sampai je rumah campak tudung, terus masuk dapur rendam baki bihun dan siapkan rencah. Yaya saya arahkan dia menyapu laman rumah yang dia sendiri kotorkan with habuk biskut raya. Hubby pulak siapkan minuman - lemonade minuman istimewa yang kena perah sendiri okay. Sementara kakak sambung goreng nugget ayam guna dapur di luar rumah sebab nak kurangkan sesak di dapur dalam rumah. Kencang pulak angin bertiup, lambat nugget tu nak masak. Tetamu dah sampai. Ya Allah kelam kelibut sungguh kami kat dapur macam lipas kudung. Hahaha rasa kelakar. Padan muka, siapa suruh keluar berjalan-jalan lenggang kangkung tadi?

Ajaibnya, bihun 1 peket yang saya goreng tu lebih daripada cukup untuk feed semua tetamu. Apa yang ajaibnya, memang kebiasaannya 1 peket cukup untuk hidangan 8-10 orang kan? Tetamu dewasa kami genap 10 orang jadi memang sedang eloklah tu. Siap ada berbaki, lepas tetamu balik terus kami anak beranak sambung dinner terus. Wallah, sungguhpun penat kelam kelibut tapi seronok. Kehadiran tetamu tu kan membawa rahmat.

Tapi tak sempatlah saya nak snap photos sebab tuan rumah pun tak menang tangan melayan tetamu. Nak freshen up pun tak sempat, dengan busuk masam memasak di dapur terus layan tetamu. Mujurlah rumah baru ni luas, bolehlah tetamu duduk berserakan. Itupun segan juga tuan rumah bila ada tetamu duduk bersila atas lantai, kami tak cukup sofa!

p/s: masa saya keluar bersalaman dengan tetamu, seorang kawan (lelaki) hubby kelihatan terkejut melihat saya, so obvious siap dengan mimik muka dan mata yang hampir terjojol padahal saya tidak berpakaian menjolok mata, sopan tau dengan tudung kepala. saya pun pelik, cantik sangatkah saya sampai dia tak sangka hubby beristeri cantik seperti saya? harap jangan muntah dengan statement perasan ni. rupa2nya dia beritahu hubby yang dia sangkakan kakak (our maid) yang terlebih dahulu keluar hidangkan air was hubby's wife. jadi bila saya tiba-tiba keluar dengan pakaian yang lebih sesuai sebagai mem besar dengan ramah menyapa para isteri dia pun terkejutlah! mentang-mentanglah maid kami tu tak obvious sangat perawakan indonnya, sampai hati tau. dan mentang-mentanglah kulit saya agak gelap lebih kurang juga kulit maid, ada orang ingat maid kami tu is my sister! amboiii patut2 lah ye. adik saya haruslah vogue macam saya juga, yucks! saya takde adik perempuan ye.

Sunday, 19 September 2010

Rendang Tok ku

Semenjak raya saya kurang makan lemang mahupun rendang. Tekak agak kurang teruja berbanding dulu-dulu, lemang dan rendang memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Sekarang barulah saya rasa teringin. Semalam masa on the way ke rumah kakak sebab nak serahkan certain document dan sambil tu berbuka puasa kat rumah dia, saya singgah di subang perdana. Anda tahu kan from my past year entry, ada penjual lemang paling sedap di kawasan rumah lama saya tu.

Lemang SP yang diusahakan anak muda berusia lewat 30an ini pada saya adalah yang paling sedap pernah saya makan. Sungguhpun kalau anda ke sini rata-rata orang akan sebut nama lemang bonda, which is lemang yang jauh lebih terkenal tapi lemang SP jauh lebi sedap lagi. Pulut dia elok lembut dan melekat, cukup lemak malah terasa lemak santannya dan paling saya suka lemangnya 'berkepala'. Semua ciri-ciri ini tiada pada lemang bonda. No offence ye, i'm just stating my preference kalau berminat sila telefon nombor yang tertera di atas. taukenya nama mior yang hendy tu pekerja dia which is obviously and indonesian.

lemang tu dimakan bersama rendang tok yang saya buat earlier. rendang tok saya berwarna cerah sebab bubuh serbuk kunyit. maid saya kata sedap, berbeza dengan rendang yang selalu saya buat. bukan maksud dia rendang saya before this tak sedap tapi rasanya tak sama. hehe tak mau kalah.

Saturday, 18 September 2010

Ini Bukan Kes Berat

ohhh tidak, ini bukan kes berat.
sehingga berakhirnya ramadhan belum sekali pun saya sentuh begitu detail tentang berat badan bukan? melainkan komen saya dalam entry sebelumnya bahawa berat badan saya sepanjang puasa masih kekal hingga kini iaitu selepas raya. saya tidak bercadang nak gebang pasal weight loss sebab saya rasa topik itu sangat tipikal sekali terutama sekali bila bulan puasa ramai yang ambil kesempatan nak turunkan berat badan. kerana bulan puasa yang lepas saya tak menjadikan weight loss sebagai satu target. kerana saya sudah pun mencapai ideal weight dan bmi yang normal sejak lama dulu. kalaupun badan saya naik sedikit saya tak perlu tunggu bulan puasa baru nak watch my diet because i've been watching my diet ever since.

tetapi bila 2-3 orang menegur badan saya makin kurus saya tak dapat elak daripada bercakap pasal weight saya sekarang. dua hari lepas i was at the site attending a meeting. a collegue commented betapa semakin kurus saya. dia bukan orang pertama yang berkata demikian, sudah 2-3 orang. tempohari kakak ipar pun tegur, katanya bukan badan saya saja kurus tapi muka juga nampak cengkung. jawapan saya mudah, ini cuma kesan sementara daripada berpuasa tempohari. normal, tidak ada yang abnormal. terus terang saya sebenarnya tidak menjangka berat badan boleh turun lagi melebihi 54kg (berat ideal di luar bulan puasa). memang sepanjang 2-3 minggu berpuasa berat badan saya masih kekal 54kg, tidak turun atau naik walau sedikit pun. saya juga realised memang tak akan dapat turun lagi dah melainkan i starve myself to death but why would i do that when i've already gain my ideal weight? i know i'd look gaunt kalau saya turun berat badan lagi, seperti sekarang. jadi dah lama saya cakap kat diri sendiri lupakanlah berat badan zaman anak dara dulu which was 48-50kg, jadi jerangkung dalam almari nanti atau roti naan leper. tak best leper2 ni, takde bentuk, biar berbukit-bukit dan berlekuk.

ok, walaupun saya cakap berat saya susah nak turun lagi, tanpa disangka-sangka towards di end of puasa berat saya turun juga 2kg! eleh baru 2kg dah rasa amazing, apalah sangat. rasanya bukanlah lemak sebab dah takde lemak, air je kot yang hilang. owh tapi bagi saya ianya memang sangat amazing sebab kesannya begitu ketara. seluar jeans saya yang kalau dulu rasa sedap-sedap muat sekarang a bit loose tapi tidak roomy, baju raya saya tahun lepasagak roomy padahal tahun lepas saya juga lost weight. maknanya raya kali ini saya lebih kurus berbanding tahun lepas? hmmm somehow saya tak rasa begitu. 2kg tak makes much different dulu or sekarang sebab puasa tahun lepas berat badan saya 52kg juga. saya rasa its the inches loss yang menyebabkan baju-baju saya longgar lebih sedikit berbanding dulu.

tapi percayalah cakap saya, sebaik saya habis puasa ganti dan puasa sunat 6 nanti, bila saya mula pergi open house (err baru 1 jemputan haha) or bila rutin makan kembali seperti biasa, rasanya by october nanti that 2kg loss will become 2kg gain! buat sementara waktu ni bolehlah saya rasa happy? happy ke dengan tulang bahu dan tulang pelvis terjojol sedikit (lawa sangat lah tu. mungkin shoulder blade yang visible boleh buat saya bangga giler?! jeles sama itu angelina jolie! tapi tidaklah terjojol macam miss jolie punya - sampai boleh buat tadah air kat situ hihihi.

tapi ada satu perkara yang buat saya sedikit risau. baju raya saya. ye, kalau berat badan saya masa raya tahun ini adalah sama dengan raya tahun lepas, kenapa baju raya saya tahun ini agak elok melekap di badan berbanding baju raya tahun lepas yang dah a bit roomy itu? saya risau sebab kalau sekarang ni pun baju raya tu dah agak melekap elok terletak di badan, nanti bila saya gain semula 2kg tu agak2 jadi macam incredible hulk tak? ni yang saya musykil nih.

Friday, 17 September 2010

Nasiblah Dapat Mama Skema

pagi tadi hujan turun dengan lebat sekali lagi. sudah berselang pagi hujan turun. kalau bulan puasa tempohari hujan cuma turun di tengahari dan petang, sekarang sudah beralih waktu. sejuknya nak mandi. mujur saya tumpang mandi di bilik air anak-anak, kurang sejuk sikit airnya berbanding air di bilik mandi saya, sangat sejuk mencucuk ke tulang.

sesudah mandi saya kejutkan yaya, suruh dia bersiap-siap ke sekolah. saya yang hantar. kesian dia, sebab belum pulih daripada demam sepenuhnya. suara serak-serak dan sedikit sengau. walaupun dia nampak agak reluctant nak pergi sekolah tapi tidak membantah. lemah aja perkataan "OK" keluar dari mulutnya. sejak beberapa hari ini memang dia agak kurang membantah cakap saya. agaknya segan juga kot sebab few days ni saya sendiri kurang bercakap, lebih banyak mendiamkan diri serta tak bising-bising pada dia dan abangnya. anehnya saya mendapati bila saya lebih banyak mendiamkan diri both my children jadi lebih mudah akur suruhan saya. maknanya saya memang perlu teruskan berdiam diri? which is so not my character. agak susah juga sebab saya memang banyak cakap dengan anak-anak, mesra suka bercerita, bergurau senda dan agak 'bising'. tapi buat sementara waktu mood saya kurang baik ni, eloklah saya teruskan diam dulu. diam bukan kerana apa, tapi emosi saya agak terganggu, emotionally drained - sudah penat saya bimbang boleh burst nanti orang lain jadi mangsa. jadi duk diam-diam ye.

back to hal yaya. hari rabu lepas dia dah di'cuti'kan oleh daddy nya. memang sejak 2 hari lepas saya pastikan dia makan ubat demam secukupnya supaya demamnya kebah. saya nak pastikan dia boleh ke sekolah hari ini. saya tak mau dia miss school lagi. teruk kan saya ni, semuanya adalah perancangan yang sudah saya congak!

saya memang tegas bab ke sekolah. dulu masa kecil saya sendiri tak pernah culas ke sekolah. bila saya benar-benar demam teruk tak ke sekolah saya mesti risau. risau sebab ketinggalan pelajaran. duduk di rumah berehat hati saya tak tenang, saya dok fikirkan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri semasa ketiadaan saya. saya sangat takut ketinggalan! owh saya memang suka takutkan diri sendiri. jadi nasiblah dapat mama seperti saya, kalau anak sakit pun cutinya sekejap cuma. jangan harap boleh bergolek-golek sakan di rumah lama-lama. sebab saya pulak yang jadi risau! skema.

Wednesday, 15 September 2010

Bongek Part II

tak sempat mengisi perut, saya teringin nak sambung entry bongek part 2 pula.

where was i... teacher's pet. jadi teacher's pet bukan mudah, semacam sedikit beban pada saya ketika itu, or that's how i feel. sekali saya tersilap langkah terus menimbulkan kemarahannya yang melarat. segalanya bermula bila saya menolak untuk menjadi ketua kelas @monitor semasa di tingkatan 5. saya sudah penat jadi monitor masa di tingkatan 4, mengawal teman2 sebaya yang segelintir kecilnya sedikit nakal sangat memenatkan. saya mahu jadi pelajar biasa, saya mahu tumpukan pada SPM. ternyata keputusan saya tidak menyenangkan dia. kemudian saya hadapi sikit masalah nak melangsaikan yuran SPM, memang jumlahnya tidak banyak tapi waktu itu memang kami agak kesempitan wang ringgit. ramai yang tak sedar kekurangan saya sebab saya tak pernah mengeluh. tanpa saya sedar teman baik yang duduk di sebelah saya juga belum bayar yuran SPM, entah apa sebab dia saya tak ingat. terus suatu hari cikgu masuk ke kelas dalam marah2, saya disindir dan disangka cuba memberontak. sejak hari itu, saya dan ct (teman baik saya) lucut taraf teacher's pet. kerja sekolah saya dipulangkan tanpa sebarang 'mark'. nama saya tidak lagi dipanggil2 untuk menjawab soalan dalam kelas. kes saya diblacklisted kannya sampai ke telinga cikgu2 lain sehingga saya pernah ditanya oleh ustazah. pun begitu saya tidak pernah melawan dia, setiap kerja sekolah saya selesaikan dan hantar tepat waktu biarpun dipulangkan tanpa 'marking'.

barangkali salah saya juga kerana tidak mohon maaf padanya. bukan sombong atau angkuh. tapi kerana saya ini penakut dan segan sebenarnya, biarpun saya teacher's pet dia saya tidak pernah ambil kesempatan nak mengada2. tidak pernah saya ambil kesempatan di atas kebaikannya. setelah berbulan lamanya berkeadaan canggung begitu akhirnya pada hari ibubapa mengambil buku rekod prestasi gugur juga marah dia. kerana sungguhpun dia tidak pedulikan saya berbulan lamanya, tapi saya tetap score kertas bahasa melayu dan pendidikan seni yang diajarnya. dia perli saya depan parents saya, katanya saya tak boleh diusik, cepat merajuk. eh, saya pulak yang merajuk? bukan dia? ;-) hehe.

lantas sejak itu perhatiannya kembali seperti sebelumnya. saya dan ct diupgrade tempat duduk barisan kedua dari depan betul2 mengadap papan hitam dan hampir dengan mejanya. semua yang score dalam peperiksaan percubaan dibawa duduk barisan depan. sebulan sebelum peperiksaan besar SPM kami dipanggil seorang demi seorang, dia teliti kelemahan saya, diberi nasihat dan kaunseling, diberi panduan secukupnya, dia mahu result subjek saya seimbang supaya peluang saya ke universiti tidak terjejas. Alhamdulillah, berkat kesabarannya mengasuh saya dan berkat doa ikhlasnya saya berjaya. Saya berjaya buat dia gembira.

selepas SPM saya sangka saya tak akan berjumpa dengannya lagi. tak saya duga pada hari saya mewakili sekolah baru ke pesta pantun peringkat daerah masa tingkatan 6 saya akan berjumpa semula dengannya. kali ini dia tampil sebagai juri. saya tahu dia bangga kerana saya masih terus aktif berpantun. sempat dia tiupkan semangat buat saya walaupun saya mewakili sekolah lain. dan saya juga tau betapa gembiranya dia kerana saya berjaya dinobatkan sebagai pemantun terbaik peringkat zon seremban sekaligus pasukan saya menjadi juara buat pertama kalinya. dalam hati saya dedicate kemenangan buat cikgu, kerana sebagai juri peringkat akhir dia telah menilai kemampuan pasukan saya dengan baik. kerana ianya juga perjuangan yang saya sambung untuk sekolah lama dulu walau dulu tak sempat julang trofi.

dan siapa sangka, dia turut menyusuli saya hingga ke peringkat negeri pula, juga sebagai juri. cuma kali ini saya agak kecewa kerana gagal buat dia terus tersenyum. saya gugup seketika, which cost my team miss tempat ke peringkat final. saat saya sedar saya terlepas peluang itu, perkara pertama yang saya ingat adalah cikgu. saya malu pada dia, pun begitu tidak luput words of encouragement dari bibir dia.

selepas bercerita panjang lebar ini tentu ada yang tertanya2 apa kaitan Bongek dengan Cikgu Hamid? Mudah, sebab cikgu hamid berasal dari bongek, rembau sebagaimana yang pernah dia ceritakan setiap kali sambut raya dia akan balik beraya di bongek. saya masih ingat ceritanya itu. dan sangat signifikanlah apa yang dikatakannya itu kerana secara kebetulan kita sekarang berada di bulan syawal. saya rindu nak jumpa dia. apa khabar dia? sihatkah? saya sangat-sangat teringin nak berjumpa dia. saya mahu bawa suami dan anak2 berjumpa dia, boleh saya perkenalkan keluarga saya kepada dia. biar cikgu hamid tau, saya tak pernah lupakan dia dan jasa2 nya, sebagaimana saya ceritakan budi baik yang dia curahkan kepada saya pada hubby, cerita yang sama akan saya ulang pada anak2 bila tiba masanya nanti.

saya sudah hampir bertemu dia kerana my schoolmates dah plan nak konvoi raya ke rumah dia esok sempena cuti hari malaysia 16 september. malangnya harapan saya hancur berkecai. esok saya terpaksa turun kerja, jangan di tanya kenapa memang belum jodoh saya nak bertemu cikgu agaknya. ralat sungguh. doa saya moga dia sentiasa diberi kesihatan, kesenangan dan dilindungiNya.

Bongek Part 1

tidak, saya bukan mencarut, memaki atau mengata orang. saya tahu ada orang yang bila bercakap dia kata "... bongek lah kau" yang pada dia bermaksud??? sengal? hampeh? dan seumpama dengannya. tapi pada saya, perkataan Bongek itu membawa maksud tersendiri. Bongek adalah nama sebuah tempat di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Semenjak saya mengenali seseorang yang begitu signifikan dalam hidup saya semasa di alam persekolahan menengah, melihat perkataan Bongek sahaja cepat membawa saya mengingati dia.

Oh, jangan cepat buat kesimpulan. Saya bukan bercakap tentang old flame saya. Saya tidak ada old flame tetapi saya tidak boleh hendak nafikan yang saya ada koleksi yang termasuk dalam kategori 'almost old flame'... hampir2 saja sebab saya dulu naif tak pandai chenta2 ni, iye ke?

Masa di awal ramadhan lepas saya ada balik berpuasa di rumah mil di segamat. Dalam perjalanan pulang ke shah alam, kami singgah ke rumah ma saya di seremban. Sengaja cari kelainan dari segamat, kami ambil laluan jalan 'dalam' atau jalan kampung instead of guna highway simpang ampat tu, jadi selepas tampin kami terus masuk rembau. saja bertukar angin sambil2 mencuba nasib kalau terjumpa lemang ditepi2 jalan. sampai di satu tempat di rembau mata saya tertangkap papan tanda jalan tertera perkataan BONGEK. langsung saya teringatkan dia - guru kelas saya di tingkatan 4 & 5 yang juga guru bahasa melayu dan pendidikan seni, cikgu hamid.

sebelum dia menjadi guru kelas saya dia terlebih dahulu menjadi guru kelas kakak saya. jadi nama dia memang sudah dekat dengan saya sejak awal lagi. saya tahu dia tegas, saya tahu dia garang, saya tahu dia jarang tersenyum, saya tahu daripada senior2 saya bermacam cerita kurang menyenangkan disampaikan sehingga saya sendiri timbul rasa takut biarpun mendengar dari jauh. tidak sekalipun saya jangka dia akan menjadi guru kelas saya pula sekaligus memberi impak yang cukup besar dalam hidup saya.

hari pertama melapor diri di tingkatan 4 barulah saya tau dia jadi guru kelas 4 usaha. masa itu rasa seram sejuk juga. anehnya bila dia jejakkan kaki ke kelas saya pagi itu, dia tidak garang seperti yang pernah dimomokkan senior. malah saya lihat dia agak gembira mendapat pelajar seperti kami - 30 odd students perempuan semuanya! tapi minggu seterusnya wajah dia akan mencuka sedikit bila pentadbiran sekolah merombak semula senarai pelajar kelas saya setelah menyedari 4 usaha semuanya girls! beberapa orang pelajar kelas saya ditukarkan dengan pelajar2 lelaki dari kelas lain. saya kira cikgu tidak dapat menahan rasa sedikit terganggu dengan perubahan itu lalu the boys semua ditempatkan di barisan belakang kelas. ketika itu barulah saya sedar, cikgu sebenarnya lebih senang melayan kerenah pelajar perempuan terutama kami tidak senakal the boys. barangkali dia sudah penat mengajar kelas budak melayu yang nakal nya ya rabbi dan malas belajar, kuat ponteng.

pun begitu tidak bermaksud dia mengabaikan pelajar2nya. cuma memang benar mereka2 itu terlalu dikuasai kenakalan dan masih dalam mood honeymoon untuk serius belajar. ada ketika seorang teman didenda berdiri dalam tong sampah sambil mengimbang penutup tong sampah di atas kepala. tapi segarang2 dia, dia tidak garang pada saya dan kawan2 yang mahu belajar. seringkali perhatian yang lebih istimewa diberikan kepada saya, kerana saya suka mengarang maka karangan saya sering dijadikan rujukan. kerana dia berjaya mengesan saya minat lukisan, maka dia sering berdiri di sebelah saya dalam kelas lukisan sambil tidak putus2 memberi tips campuran cat air yang sesuai. bila dia lihat saya teragak2 tentang sesuatu cepat dia kesan. sehinggakan kalau ada kawan2 yang takut nak approach dia, saya pula yang disuruh jadi perantara walhal saya sendiri masih belum hilang rasa takut dengannya. kerana dia memang tegas orangnya tapi tidak hilang sisi lembut dan kasih sayang pada anak2 muridnya. saya tidak comel, saya pendiam, saya tak pandai berkata2 dengan cikgu2 tapi saya tidak banyak kerenah, saya aktif di dalam dan luar kelas. entah bila dan bagaimana saya jadi teacher's pet dia.

cerita ini agak panjang, belum habis di sini. saya belum pun mandi lagi, berbuka puasa ganti pun sekadar beberapa potong kek mengalas perut. nanti bila perut sudah kenyang sikit kita bersambung dalam part 2.